my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Hari ini dalam Sejarah 'Keropok Lekor'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hehe.....tajuk macam gempak je kan? Memang gempak pun sebab 'puan tanah' dah pandai buat keropok lekor sendiri. Lepas ni tak laku la keropok lekor tepi jalan kat rumah tu......
Anak pb kata kalau nak beli kat area rumah kami, kena tunggu 20 minit (biasa la, nak goreng dulu), kesian dia. Suka sangat keropok lekor, balik Kelantan mesti beli bawa balik Sabah. Tapi orang kata keropok lekor Trengganu lebih sedap. Pb rasa pun memang sedap Trengganu punya.

Cerita panjang tak guna, hari ini dalam sejarah pb mencuba buat keropok lekor. Search kat internet dan pb tengok resipinya lebih kurang sama. Dan ini percubaan pertama. Alhamdulillah.........hampir menjadi.....

Percaya tak pb yang buat tu? nampak macam boleh buat busines je ek? senang rupanya buat keropok ni....

selepas direbus.......buat sikit je untuk percubaan.......



Keropok ni pb buat sukatan sendiri, sebab baru nak cuba......

230 gram isi ikan (pb guna ikan basong, org Sabah panggil basong)
(ikan dibuang tulang dan tumbuk hingga lumat)
100 gm tepung kanji (lain kali nak kurangkan lagi)
50 gm tepung gandum
sedikit air untuk menguli
garam (tadi buat kurang garam, kena komplen dgn hubby)

Gaul semua bahan kat atas tu dan bentukkan panjang.
Panaskan air dalam periok dan rebus keropok tadi.
Bila nak goreng baru potong serong atau nipis.
Cicah dengan sos (sos pun buat sendiri)

Ok la buat sendiri daripada beli, belum tau bersih ke tak. Bagusnya kita boleh pilih ikan apa yang kita nak buat keropok.

6 ulasan:

  1. ee..bestnya pb pandai buat kopok lekor sendiri.. saya n anak pon suka mkn kopok lekor ni.. bebila bole la try buat.. ikan tu nak kene rebus dulu ke sblm dicampur dgn tepung?

    BalasPadam
  2. salam zana...wah dah pandai buat keropok lekor...antara mau dgn tidak saja kan...lepas ni boleh jadi towkey keropok lekor kawasan sana pulak key...:)

    BalasPadam
  3. ye kak..senang je..dulu2 selalu buat sendiri je
    skagn ni je malehh

    BalasPadam
  4. idun saidun...alamak, akak lupa nak tulis ikan tu dibuang tulang dan tumbuk tp akak dah edit balik. kalau direbus dulu, hilang la manisnya kan?

    BalasPadam
  5. eni....taknak ah bisnes kepok lekor, susah buatnya..hehe..

    BalasPadam
  6. rose...org yg dah pernah buat mesti kata senang, mcm akak.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)