Semalam petang pb sempat buat kek pisang, kesukaan anak pb. Dia suka sangat makan dengan syrup coklat. Sebelum tu pb beli pisang sebab nak suruh dia makan mentah. Dia memang susah nak makan buah tapi kalau pisang dia agak suka juga.
Selepas 3 biji pisang dia bedal, dia request ......'kalau buat kek pisang pun sedap ni!', nak kek la pulak!
Sebab anak nak makan, ibu sanggup susah payah buat (walaupun sebenarnya tak susah pun)
Resipi ni dari buku Chef Anuar 2, rasanya pernah buat dulu....tapi resipi dari orang lain rasanya.
Ok kita share kat sini........
KEK PISANG
sumber drp buku Chef Anuar
Bahan-bahan:
200 gm gula kastor
4 biji telor gred B (pb guna 3 biji telor yang besar, Omega)
45 ml susu segar
250 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
3 gm soda bikabonat
15 gm ovalette
2.5 gm serbuk penaik
179 gm pisang masak
1/4 camca teh esen pisang (takde dlm simpanan, tak letak pun)
1/2 camca teh esen vanila
170 ml minyak jagong
Cara membuatnya:
- Campur gula, telur, susu, tepung, gara, soda bikarbonat, ovalette dan serbuk penaik di dalam mangkuk pembancuh.
- Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
- Lecek pisang yang dicapur esen pisang dan esen vanila.
- Masukkan pisang kedalam adunan tepung. Kacau perlahan-lahan menggunakan camca (dlm buku guna camca)
- Masukkan minyak jagung dan kacau rata.
- Isikan adunan kedalam acuan yang telah di lengser dan dialas dengan kertas minyak.
- Bakar sehingga masak pada suhu 170C lebih kurang 40 minit.
Kenyataannya, kek pb dah elok2 naik tinggi sampai terkeluar dari loyang (keluar sikit je) lepas tu pb pergi tukar 'channel' la pulak, memula guna yang berkipas, lepas kasi padam kipas tu.......huhu....kek jadi menurun.
Apa-apa pun dah habis separuh dah kek tu. Sedap dimakan masa panas-panas!!
walau tak menarik, yang penting kek ni lembut dan lembab.......kalau beli kat pasaraya, agak kering dan tak terasa sangat pisangnya.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)