my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Goreng Ikan Rebus Daun Selom

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Alamak.......panjang pulak tajuk resipi ni. Pb buat nasi goreng ni pagi tadi untuk sarapan. Bosan asyik-asyik nasi goreng kampung. Tukar la pulak.......

Sebenarnya ada ikan rebus lebih semalam buat laksam. Lepas tu pergi pasar tamu, ada beli daun selom untuk buat ulam makan tengahari. Tiba2 datang idea nak buat nasi goreng letak ikan dan daun selom.

Sebenarnya tak perlu share resipi ni sebab dah ramai yang tau. Tapi saje je nak penuhkan koleksi resipi dalam blog ......hehe....

Nasi putih (biasanya pb guna beras basmathi kat rumah, sedap kalau buat nasi goreng)
5-6 biji cili padi hijau
3-4 ulas bawang merah kecil
Sedikit belacan
Sebiji telor
Ikan rebus yang dah dibuang tulang
2 tangkai daun selom dihiris kasar



  1. Tumbuk cili padi, bawang dan belacan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk, kemudian masukkan ikan rebus.
  3. Pecahkan telor dan gaul sebati. Masukkan garam dan ajinomoto.
  4. Masuk nasi putih dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan daun selom. Tak perlu lama, balik-balik dah boleh angkat.
  6. Hidangan untuk dua atau tiga orang.


daun selom tu yg buat berselera......


Sekarang ni tengah fikir nak cuba buat apam polkadot sebab kat mana-mana blog, ada je apam ni terselit gambarnya. Naik berpinor mata ni tengok, takkan nak tengok je? Teringin gak nak mengedotnya...hehe.....kita tengok la esok ke petang nanti, jadi tak?

2 ulasan:

  1. Ish...Tak banyak ni boleh nak cakap or komen.Satu perkataan je..

    MENGIURKAN...hihi

    BalasPadam
  2. ikan rebus daun selom zana nampak menyelerakan..

    aduh!!!!!!
    mujur baru makan nasi ambeng.
    kalau tak buat muka seposen hulur piring kosong..

    hehehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)