my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Manggis?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni takde resipi ye. Pagi tadi buat jemput2 ubi keledek. Macam tak sedap pulak, buat sepiring je......
Lepas hantar anak, biasalah kami dating kat tepi laut. Jalan-jalan sambil gurau senda....hehe....macam la kat rumah tak dapat bergurau. Pb suka jalan tepi pantai, udara segar dan nyaman waktu pagi. Tenang dan tak ramai orang.

Tiba-tiba pb terjumpa buah manggis yang bertaburan kat tanah. Comel dan menarik warnanya.......


Tanya kat hubby, betul ke ni manggis? Kenapa sebelum ni pb tak pernah jumpa pun? Tak puas hati, pb kekah buah tu dan tengok isi dalam. Iye la.......isinya macam manggis tapi warnanya agak kekuningan.
Pb suruh hubby rasa.....katanya rasa manggis tapi masam sangat. Berkerut-kerut muka dia. Itu pun cuma rasa kat lidah, bukan makan seulas. Serious, pb belum pernah jumpa manggis yang cute macam ni. Mungkin orang lain tak hairan. Pb ni kan asyik duduk rumah je, nak kemana-mana kena tunggu 'driver' free baru boleh.

Patut le takde orang nak makan manggis ni, masam rasanya. Dongak ke atas pokok, banyak lagi buahnya yang merah-merah. Pb rasa geram sangat sebab pb suka manggis. Kalau balik rumah hubby, pb mengharap sangat ada musim manggis. Sanggup jolok sendiri dengan galah panjang. Terhoyong hayang pb sebab galah lebih berat dari tuannya...........

Lepas tengok manggis, tekak pb teringin pulak 'raja' buah. Entah bila dapat makan. Mak hubby kata tengah musim kat rumah sana, harap2 sempat makan balik raya nanti. Oh durian.....tunggu la dulu, jangan gugur banyak sangat ye....tinggalkan sikit kami yang jauh ni!!

4 ulasan:

  1. mnggis kuning, macam buruk je kak.. huhu.. p best la ada pokok mngggis sndiri, nk bole pnjat.. haha

    BalasPadam
  2. Ibnusyukran...rasa pun masam, pokok manggis tak sebest pokok rambutan..(mcm la biasa panjat)

    BalasPadam
  3. Edy...ntah la, kita tak rasa pun, nmpk dari kulit mcm sedap.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)