my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Apam Polkadot

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sana sini orang memperkatakan tentang 'Bersih', kat facebook pun rata-rata bercakap soal tu. Kami di Sabah hanya dapat membaca melalui status teman-teman dan melihat berita di tv atau internet.

Apa-apa pun kerja rumah kena teruskan juga, betul tak? Bersihkan rumah lagi bagus. Petang tadi pb sempat buat apam polkadot ni, ambil dari blog Ros www.jintanmanis.com/ dan dia pun dapat sumber dari sheely@myresipi.com. Terima kasih pada kedua-duanya, comot koreng tangan akak buat apam ni, nasib baik hubby takde kat rumah. Dapat la hulur kat jiran sebelah yang belum pernah dihantar juadah. Jiran sebelah pb tu hari minggu je ada kat rumah. Dia cikgu juga tapi mengajar jauh, balik seminggu sekali dan baru juga menetap area rumah kami.

Ok, cerita panjang pulak. Ni resipi pb tolong copy paste dari blog Ros.......

APAM POLKADOT (filling strawberry)

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) pb guna telor Omega
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Nak tengok Ros punya Apam Polkadot dia, tengok SINI

  guna acuan kuih lompang macam Ros jugak, lepas tu isikan separuh dan masukkan inti strawberi tu........masa mula2 buat pb terkial-kial sebab tak isi adunan dalam corong plastik (benda tu ada tapi malas nak guna) cedok dengan sudu je......

 bawah letak warna merah, saje je nak pikat hati anak.........

yang ni agak cantik sikit dotnya..........berbanding yang lagi satu tu, macam main pondok-pondok la pulak..

yang ni jangan tenong lama2, tu main conteng-conteng je.....






last2 ok sikit sebab pandai agak............



Ada nampak lobang ek? tu kan........pb malas nak cover penutup kukus dengan kain/towel, kejap2 pb buka penutupnya, buang air wap (tapi jangan buat macam ni, takut apam bantat pulak)
nota PB: ni peringatan, makan apam ni kena sediakan air kat sebelah
, orang lain pb tak tau la tp pb tak boleh takde air.......

6 ulasan:

  1. wahhh kite memang cari resipi ni.. kite penah makan sblm ni. sedap dan menarik... nak try ahh buat...

    akak, buat resipi kuih raya bulan puasa ni.. nk try buat biskut cip coklat tahun ni..huhu...

    BalasPadam
  2. Aesya...jgn tak buat tau, cantik dan cute je apam ni...

    BalasPadam
  3. tq..dpt gak resepi buat apam ni...tggl rajin tak rajin je nk buat..hehee

    BalasPadam
  4. sy pun pernah cuba resepi ni, tapi xberapa nak menjadilah...sy tambah sikit myk masak dlm adunan..baru cantik sikit strukturnya...

    apa pun nak buat apam ni perlukan kerajinan dan kesabaran yg tinggi...he..he...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)