my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Aduhai Encik Suami!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dua tiga hari lepas pb sembang2 dengan hubby dalam kereta (biasa kalau naik kereta berdua lebih banyak idea nak sembang berbanding kat rumah, kenapa ek?)

Pb tanya,
"kenapa orang lelaki suka suruh orang perempuan jaga kesihatan, makan vitamin, makan makanan tambahan seperti spirulia, minum kacip fatimah, herba dan lain2 lagi?"
"kenapa orang lelaki taknak sama-sama jaga kesihatan walaupun 'sayangkan' isteri tu?"
"suami kakak saya pun macam tu jugak, suruh kakak dulu yang amalkan, dia taknak"
"dia kata, awak la (kakak pb) dulu minum/makan......awak kan tak sihat, kena jaga badan...bla..bla..."

Hubby pb jawab.......
"Awak kena faham.......kebanyakan lelaki memang begitu. Mereka utamakan isteri, anak2 dan keluarga dulu berbanding diri sendiri. Saya yang cari duit, jadi saya kena pastikan keperluan keluarga mencukupi."

Pb potong cakap dia......
"Kalau macam tu, kita sama2 la jaga kesihatan. Saya sihat, awak pun kena sihat. Kalau tak, macam mana awak nak bekerja?"
Dia jawab.....
"Saya tak apa2, awak tu yang penting...."

Pb kata.....
"habis tu, kalau awak takde, bagaimana saya dan anak?"

Dengan pantas dia jawab......
"PENCEN saya kan ada...."

Aduhai suami tercinta, bukan WANG yang ku perlukan tapi diri mu itu amat berharga buat kami sekeluarga. Harta kekayaan kita boleh cari di mana2 muka bumi ini tapi SUAMI yang baik, penyayang, beriman, soleh dan berhati mulia bukan senang aku nak cari.

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan kita demi diri ku, diri mu sendiri dan anak kita. Begitu juga demi keluarga2 yang kita kasihi. Sayangi diri kita sebelum kita menyayangi orang lain. Itu lebih penting.

4 ulasan:

  1. memang betul..biasanya kita yg beria-ia nk jaga badan dan sebagainya untuk suami tp selalunya suami jarang nk jaga badan untuk isteri..memang biasa la tu..

    BalasPadam
  2. dh memang sifat lelaki kot. bagusla bertanggungjawab dan mendahulukan wanita:) tapi betul kata akak, sm2 menjaga lah kan? bru ada keuntungan dua2 belah pihak. jaga kesihatan itu penting for both lelaki n perempuan.

    semoga akak kekal bahagia ok!:)

    BalasPadam
  3. haah kan..patut la en Gapar tu payah tui nk suh makan ubat..tp klu kita je jaga dia x, nnt apa2 hal jadi kt dia kita plak cemana..alahai lelaki....

    BalasPadam
  4. Anis...gitulah lelaki namanya..

    Fifey...terima kasih singgah blog akak, moga berkekalan dan akak hrp Fifey juga bertemu dgn lelaki idaman.

    Min...owh gitu jugak ye? abg fahmi plak mmg susah nak mkn vitamin, ubat apatah lagi.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)