my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Aku RINDU dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Hari ni, pagi ni.......tiba-tiba aku teringat arwah bapa ku yang ku tau semua adik beradik memanggilnya dengan panggilan 'Bak'. Entah kenapa begitu panggilannya, cuma yang ku tau kebanyakan orang Johor menggunakan 'Bak' untuk bapa. Mungkin bahasa Jawa?

Di tv sekarang ni kerap tayang cerita tentang bapa. Kalau tak silap ku, bulan Mei atau June sambutan Hari Bapa agaknya. Maaf kerana aku kurang perihatin dalam soal ni kerana aku dah lama tak punya bapa. Jadinya, terlalu lama sangat aku tak menyebut atau memanggil 'bak' dibibir ku, menjadikan aku langsong tak ingat hari bapa. Melainkan bapa mertua ku yang ku panggil 'abah'. Alhamdulillah, hubby ku masih punya abah. Aku tumpang abah dia nampaknya.

Bapa ku meninggal ketika usia ku dua tahun lebih. Ketika itu arwah adik ku baru pandai meniarap. Kata mak, bapa ku putih orangnya, macam cina. Rendah dan gempal, mak lebih tinggi dari dia. Kiranya aku ni mengikut gen bapa la ni.......kulit je ikut mak (coklat2 gitu....hehe)

Mak kata, arwah bak dulu orang yang penyabar tapi tegas dengan adik beradik. Dia anak sulong. Fasih berbahasa Inggeris dan mengajar adik beradik serta sepupu2 bila ada masa terluang. Apa yang ku tau, arwah bak berkaca mata dan agak tampan orangnya. Ini yang ku lihat dari fotonya di rumah kakak.

Dia juga kaki bola dan selalu jadi perhatian ketika ada perlawanan dengan pasukan Polis di kawasan perumahan dulu. Hinggakan pernah berlaku pergaduhan kerana ketidakpuasan hati setengah pihak. Aku dengar sendiri cerita ni dari adik arwah (pak andak ku)

Dalam ramai2 adik beradik ku, kakak la yang paling disayangi. Ketika itu dia tua dua tahun dari ku, agak banyak juga pengalaman dia dengan arwah bak. Naik basikal kehulu kehilir dengan arwah. Tapi dalam manja-manja tu pun kena marah juga katanya. Pernah sekali arwah masukkan kakak dalam tempayan (bukan kurung) aku tak tau pasal apa. Cerita ni buat kami gelak sekeluarga.

Apa lagi yang ku ingat? Hanya ketika dia sakit selepas operate dibahagian kepala, katanya ada ketumbuhan. Mata menjadi buta dan tak boleh bangun selama setahun. Hanya terbaring di atas tilam dan emak la yang menjadi nurse, merawat dan mencuci najis setiap hari. Hinggakan kata emak, dia tak larat nak uruskan  kerana badan arwah bak ketika itu berisi. Lama kelamaan jadi melepuh bila lama terbaring.

Dalam setahun arwah bak menanggung sakit. Ketika itu aku terlalu kecil untuk membantu emak yang beranak lima. Aku di ambil oleh arwah tok, mungkin untuk meringankan beban emak. Sekejap tok di JB ambil, sekejap tok di kampung ambil. Lama2 aku terus dibela oleh datok ku hingga 18 tahun umur ku.

Arwah bak meninggal dalam usia muda. Anak-anak masih memerlukan dia. Tapi itulah takdir hidupnya. Allah lebih menyayangi dia. 
Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Mahmudiah. Aku selalu berharap arwah datang dalam mimpi ku, tapi tidak. Aku cemburu melihat mereka2 yang masih ada bapa. Aku tak cemburu kalau kawan2 ada handphone canggih, ada rumah besar, kereta mewah tapi aku akan jadi benar2 cemburu jika melihat satu keluarga yang hidup bahagia di samping bapa tercinta.

Dari itu, sayangilah, hormatilah kedua ibubapa kita semasa hayatnya masih ada. Kerana bagi ku, satu kerugian besar bila mereka telah pergi dan kita tidak gunakan sepenuhnya menjaga dan menyayangi mereka. Doakan mereka setiap hari agar dikasihi olehNya.

AMIN.


nota aku: aku tau, arwah bak pasti 'aman' disana....

3 ulasan:

  1. sedih pula bila baca entri zana ni..teringat abah kt kg...sy doakan mudah2an bak zana dicucuri rahmat..Aminn...

    BalasPadam
  2. Kasih Ibu...dah ini takdir kita, terima je, ada hikmah disebaliknya. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Semoga arwah dicucuri rahmat. Dan Semoga Abah Alin dipanjangkan umur. Tak dpt dibygkan bgmana jika kehilangan Abah :-

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)