my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

dari Dinda utk Kekanda!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Lewat sikit hari ni tengok blog. Malam tadi siapkan hubby ku punya bekas pensil. Mesti ada yang kata, alah....beli kan senang? Menyusahkan diri nak buat sendiri. Betul, lebih mudah beli dari buat sendiri tapi aku lebih suka buat sendiri kerana rasa puas dan bangga bila nampak orang tu bawa hari2.

Ini juga sebagai tanda kasih sayang ku pada seseorang. Bukan dari segi kraf saja, kalau aku buatkan kuih, kek atau seumpamanya pada seseorang, itu tandanya aku sayang dengan orang tu.

Aku jenis yang tak pandai mengayat orang, tak pandai memuji untuk menarik perhatian. Tapi kalau betul aku suka dan aku rasa patut di puji, secara berdepan aku akan terus cakap. Orang kata, perempuan ni apa keluar dari mulut dia, adalah lahir dari hatinya. Iye ke? Betul la kot?

Cerita panjang tak mau, kita tayang gambar je. Bekas pensil dari Dinda utk Kekanda (saje nak lomantik sikit)


Walaupun murah harganya (sebab sang isteri buatkan) tetapi tetap dipuji si suami tercinta dan dicemburui oleh anakandanya......hehe.....sabar ye, tahun depan ibu buat pencil case baru untuk Aziz dengan tema 'KELANTAN WARRIOR', mesti suka!!

10 ulasan:

  1. salam K.zana..Soooooo sweetttttttt!!.bahgianya HB akak dpt wife spt akak....rajen memsk,kreatif & rajen segala-galanya lah....

    BalasPadam
  2. wah bangganya kamu kan bila hb suka hasil kerja kamu.


    Tempat jual jeruk tu orang panggil pasar chowrasta kalau tak silap. Kalau gi pp ..akak suka gak ke situ beli jeruk.

    tak jumpa pacat pun masa kat sana..hairan gaklah

    BalasPadam
  3. salam...bila tgk tajuk entri ni teringat lagu broery dgn sh aini....`seiring dan sejalan'...he he...semoga berbahagia selalu...

    BalasPadam
  4. Atie...wslm, nak pancing suami, mcm tu ler..hehe..

    BalasPadam
  5. kak Ina...kalau takde pacat, nak pergi la nanti, itu pun kalau larat.

    BalasPadam
  6. eni...terima kasih doanya, amin.

    BalasPadam
  7. Cantik la Zana..
    nak 1 leh ke? hehehe

    BalasPadam
  8. yang penting keikhlasan org yang bagi bukan murah @ mahal :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)