my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Gempa : buat ku gelisah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sana sini orang memperkatakan gempa yang terjadi baru-baru ini. Tengok berita, mereka2 yang berkerja dibangunan tinggi kelam kabut turun. Siapa nak tinggal sorang-sorang kalau semua orang turun, mesti kecoh masa tu.

Teringat masa kami di Selangor dulu. Sampaikan nak mandi pun susah hati. Manalah tau, tengah bersabun, tetiba datang gempa, haru dibuatnya. Kat rumah pangsa lagi la kecoh, dengan anak beranak, datuk nenek berebut-rebut turun ikut tangga. Ada jiran aku tu, India, emak dia lumpuh, terpaksa dukung turun kebawah. Bayangkan kalau dalam sebulan tu ada tiga empat kali gempa? Nak naik lif, takut jem dalam lif, lagi satu hal.

Di Jepun, ketika aku kursus disana dulu, orang Jepun selamba je soal-soal gempa ni. Ketika kami sedang belajar dalam kelas, masa tu Mr Wang mengajar kami, dia kata itu perkara biasa. Aku nampak pintu bergegar, kali pertama aku mengalami gempa bumi. Sebelum tu suasana ribut melanda, sampaikan nak berjalan pun susah. Sepanjang jalan balik hostel aku nampak pokok tumbang dan ada rumah yang pecah cermin tingkapnya. Tapi aku tak risau pun, tak tau kenapa.

Sekarang berbeza, aku mudah runsing bila dengar gempa bumi dan hujan lebat seharian tanpa henti. Belakang rumah pula, laut. Doakan kami tiada apa-apa berlaku. Segalanya kehendak Allah, kita hanya manusia biasa dan hanya mampu berdoa.

3 ulasan:

  1. org skrg cepat gelabah... penyakit sygkan dunia dan takut mati~

    BalasPadam
  2. nak kongsikan entri kat fb? silakan~

    BalasPadam
  3. selalunya bahagian sabah ni,klu ada gempa bumi mmg rasa gegerannya kan...tapi hrp2 jauhkanlah malapetaka itu...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)