Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Pagi tadi KK (kawasan rumah kami) dilanda ribut awal pagi. Lebih kurang pukul 6 hingga 7 lebih. Dengan angin yang kuat berserta dengan bunyi. Lepas update blog, bergegas aku keluar rumah.....
Langit gelap disebelah kiri tapi sebelah kanan agak cerah. Kemudian awan gelap mula menutup keseluruh kawasan taman perumahan. Hubby tanya kenapa aku keluar? Masa ni belum hujan lagi jadi aku ingat nak ronda-ronda belakang rumah. Bukan ronda nak exercise sebab takde maknanya kalau aku dengan kain batik dan t-shirt saje....hehe...kain batik memang kesukaan ku.
Aku ajak hubby ke belakang rumah (selang satu block, dah jumpa laut). Hubby dengan seluar pendeknya, aku berkain batik merentas tepi rumah untuk melihat keadaan air laut, adakah berombak besar? Kan tadi gerhana bulan.
Walau kain batik ku seakan2 nak terbang di terjah angin, aku nak juga lihat tepi benteng ni. Kelihatan air laut yang keroh kerana ombak kuat. Ada serpihan pokok kayu yang tumbang hanyut hingga ke longkang besar rumah kami dibawa oleh ombak.
Dalam takut, sempat juga ambil gambar. Angin begitu kuat hingga hampir menerbangkan tudung dan kain ku. Alhamdulillah keadaan reda selepas 8 pagi.
Hubby ku balik dari sekolah awal hari ni. Aku taulah dia puasa, tapi takkan boleh balik awal kot? Rupanya jeti disekolah dia runtuh!! Sebab tu kena balik awal. Memang patut pun runtuh, kalau tak, takkan berganti baru sampai bila-bila.
subhanalalh, cantiknyer view
BalasPadamsalam pagi...nampak macam dah nak melimpah plak air laut tu...takut jugak duduk dekat laut ni..mintak2 semuanya selamat...amin
BalasPadamAda hikmahnya di sebalik musibah.
BalasPadamSalam kak, salam balas kunjungan, mekaseg dtg singgah, semoga dlm lindunganNYA sentiasa insyaAllah, mcm penuh gitu tgk air laut tu dgn kalernyer yg mcm sungai, sume org ckp pasal gerhana kita jer tak nmpk..
BalasPadammmg kalo gerhana jadi ribut ek
BalasPadamsalam kak zana..lengat posang nie trkenal kat area perak atie jer kot!hihi
BalasPadamIsteri Encek Bard...Allahu Akbar...
BalasPadamKerull...harap2nya begitulah.
BalasPadamkakchik....insyaAllah.
BalasPadamijayuji...sama la kita, cuma pagi tu merasa ributnya.
BalasPadamJIJI YU...entah la dik, biasanya tak mcm ni, tetiba hari ni jadi gitu pula.
BalasPadamAtie, akak dulu tinggal kat Perak juga, pun tak jumpa lengat pisang tu.
BalasPadam