my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mandi laut lagi!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Maaf la kalau blog aku ni takde cerita 'panas' macam blog orang lain. Sebenarnya aku taknak blog ku ini jadi kontroversi sekiranya aku update tentang diri seseorang seperti artis ke, atau sesiapa yang popular di Malaysia ni. Kalau aku nak komen tentang orang lain di sini, aku taknak sentuh nama dia melainkan dia tu artis yang dikenali. Jadi, jangan 'muntah hijau' kalau entry ku setiap hari membosankan, terutama blogger lelaki. Mesti boring datang sini.........tak kesah la......

Hari ni mandi laut lagi, pepagi aku dah masak nasi lemak, sotong bakar, sambal telor dan ikan bilis goreng. Bila dah siap semua, hubby kata takyah bawak la.....kita makan kat rumah je! Pulak? Aku macam nak naik angin jugak la masa tu.....sebab semalam dia kata, kita bentang tikar tepi pantai, makan kat sana best.

Tiba-tiba pagi ni? Nak makan kat rumah la pulak..........takpe, senang kat aku macam ni, takyah nak bungkus bangkis. Perut dah kenyang, kami semua melepak tepi laut tg aru lagi.

Aku tak join ayah dengan anak mandi, bawa jahitan ku kesana, sambil berfacebook.......hehe...sempat lagi tu...

Nak tayang jugak, sotong bakar yang aku buat pagi tadi untuk sarapan.
Tapi sotong ni aku tak bakar dalam oven, bakar atas kuali leper dengan minyak zaiton, sedap!!

6 ulasan:

  1. alaaa.. kalau semua nk update benda yg sma, bosan jugak.. hehehe...

    err.. tu sotong bakar atau sotong goreng? hehehe...

    BalasPadam
  2. Assalam kak..:)

    sye Nur Aisya Humaira, blogger terengganu..kawan akak nme aisya jugak ehh...:)

    sotong bakar gitu ehh??tk pernh makn lgi yg bakar punya..:)

    BalasPadam
  3. Solihin, sotong tu sepatutnya dibakar tp akak malas nak guna oven daa....letak kt kuali leper, kiranya mcm goreng juga, cuma minyak sikit.

    BalasPadam
  4. Wslmm Aisya....kwn akak tu dulu keje kt Sabah, dah balik smnjung kot skrg.
    Cubalah sotong bakar, sdp.

    BalasPadam
  5. tomatokering...cuba la buat sekali sekala mmg best.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)