Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Pagi tadi aku agak 'hangin' sikit, bukan sebab senggugut atau apa-apa. Cuma terkilan tengok satu blog ni yang aku follow tapi dia tak benarkan aku masuk blog dia. Maknanya apa tu? Aku tak di jemput untuk sama-sama memeriahkan blog dia. Kalau aku tau begitu, baik aku tak follow dari dulu. Ingatkan dia duduk luar negara, boleh la bertegur sapa. Kalau nak tulis blog tapi tak suka orang lain baca, baik tulis dalam diari dan simpan elok-elok dalam bilik.
Jadi sekarang ni aku 'terpaksa' unfollow blog dia. Sorry ye dik, sekali orang tak sudi, seribu kali akak tak hingin. Ada juga teman-teman lain yang aku unfollow tadi. Sebabnya?
Pertama, kerana tak update blog berminggu-minggu, malah masuk berbulan. Ada tu makan tahun. Aku rasa, baik la delete je blog tu atau buat satu pengumuman. Beritahu pada teman-teman yang tertanya-tanya ni, mana pergi, cuti bersalin ke, pergi haji ke, laptop rosak ke, pindah rumah ke atau apa-apa alasan yang sesuai.
Kedua, agak-agak 'sombong' gitu. Kita ni terhegeh2 kat blog dia. Jangan pula ada yang terasa hati. Aku pun faham kalau blog yang follower dah ribu riban tu, mana ada masa nak lawat blog 'low class' macam aku ni. Mana lagi sibuk dengan tugasan harian. Tapi takkan dia tak tengok orang komen kat blog dia? Takkan dia tak ambil tau profile orang yang komen tu?
Aku respect blogger yang menghargai follower dia. Bila kita komen blog dia, esok lusa atau bila-bila free dia akan datang blog kita dan tinggalkan komen. Aku tau kalau blogger lelaki agak sukar nak komen di blog yang rata-rata menceritakan hal-hal rumahtangga, masakan dan yang bukan di bidangnya. Tetapi......itu bukan alasan untuk kita tidak bertegur sapa kan?
Minta maaf la kalau aku agak sensitif hari ni. Biasalah orang perempuan. Apa-apa pun aku tak simpan di hati sebab aku dah unfollow. Senang gitu.....
kite selalu gak tgk blog akak. tgk2 resepi..suke tgk tapi malas nak buat..hihihi...
BalasPadamharap2 kite bukannlah salah sorang blogger yg akak mentioned tu..hiii
Aesya...bukan adik la..
BalasPadamsinggah menyinggah amalan mulia walaupun cuma dalam blog saja..mungkin blog yg di maksudkan tu tengah buat setting apa2 kot..saya pun selalu jugak klik pada blog private macam tu..tapi bersangka baik sajalah..mungkin dia tengah upgrade blog ke..tengah edit2 blog ke..mana la kita tahu kan.. :)
BalasPadamluahan rasa le ni yea...
BalasPadamselamat berkenalan yea... sya mmg jarang sgt tgk blogger profile... tp kalau tinggalkan url insya allah sya akan jejak kasih... ;-)
cuma kalau follow blog sya, insya allah sya akan follow balik..tp ambik masa sket la...bila betul2 free baru wat sesi mem'follow'...
hehehe.. sensitif ek.. meh teman aku mkn roti telur ke... nasik lemak ke.. aku lanjer.. aku tgh lpr ni..
BalasPadamKH jenguk di hari bapa...
BalasPadamhave a nice day ahead..=)
Mrs Yie..dah cuba bersangka baik berbulan2, tak kesah sebenarnya cuma kekadang terkilan juga tak dpt bertegur sapa.
BalasPadamSYaMila...slm kenal juga dr akak. Follow ke tak, tak kesah asalkan.....
BalasPadamGua Syed....roti telor murah, belanja la Kenny Roges ke?
BalasPadamKalamhati...terima kasih singgah.
BalasPadam