my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti Paratha inti sardin dan kentang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya dah bosan nak makan roti canai kat restoran. Kadang sedap, kadang keras kejong. Bila rotinya sedap, kuah pula hampeh! Susah betul nak jumpa tempat makan disekitar KK ni yang menepati citarasa ku.

Pagi tadi pergi pasar tamu, belikan nasi lemak untuk si bujang ku itu. Hubby tanya ku, taknak beli kuih ke? Aku takde selera la.......balik-balik kuih yang sama juga aku beli. Aku ni jenis yang memilih sikit, kalau sekali dah terkena tak sedap, jangan harap aku akan datang balik tempat tu. Jadi setiap kali pasar tamu, aku akan pergi tempat yang sama. Sehinggalah aku sendiri naik jemu.

Aku rancang nak goreng roti canai segera yang ada dalam peti ais. Ada inti kentang dan sardin yang ku buat semalam. Sebelum ni aku tengok kat blog CMG guna roti canai segera tapi dia letak telor. Kira macam mertabak.

Mula-mula ambil sekeping roti paratha jenama KAWAN goreng atas kuali leper. Roti ni sedap tau, lembut je. Kat rumah kami ni kalau beli sepeket tak cukup. Dalam tu ada 5 keping je.

Bila roti hampir garing, letakkan inti sardin dan kentang yang telah dimasak dahulu (macam biasa la masak inti tu ye, akak tak ajar kat sini).

Kemudian lipatkan dua dan bakar hingga masak. Roti ni kami makan begitu je sebab dah cukup rasa didalamnya. Tapi kalau ada kuah kari lagi sedap kot.

Senang kan? Adik-adik yang bujang boleh cuba kat rumah ye!!

6 ulasan:

  1. aslmkum zana.. jln2 ptg.. tgok post zana ni ingat stok roti canai dlm peti ais.. bila la nk rajin ni..

    BalasPadam
  2. minta maaf zana.. atas tu komen saya yer...

    BalasPadam
  3. Wslm dZana, haha...kenapa jd gitu? silap sign in ye?

    BalasPadam
  4. Puas hati buat sendiri. Inti boleh letak tebal sedikit :-)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Zana,
    Good idea ni... senang dan nampak sedapppp. letak sardin sure best ni.

    Ijan

    BalasPadam
  6. sy pn suka mkn roti paratha jenama kawan ni tpi mkn cmtu je sbb dia lmbut, masa stdy dlu amik kt rumah masak bnyak2 :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)