my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Onde-onde keledek purple

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam sejahtera semua........hari ni kan, mood kakzana baaaaaik sangat! Nak tau kenapa? Sebab.......hari ni hari GAJI.....hahaha....ketawa besar kakzana hari ni. Orang dapat gaji, aku pulak yang suka sakan. Dah lama tak terima gaji, teringat masa kerja dulu. Asal awal bulan je mula la merancang nak itu, nak ini.......masa bujang lagi best. Joli sakan dengan member, bukan shopping apa pun, pergi makan-makan je.....

Tapi sekarang tinggal la kenangan semua tu. Sedih juga.......tapi....kerana 'kekanda' tersayang, ku sanggup berkorban apa saja.....tinggal kawan, tinggallah kerjaya...

Takpe, tak kesah......yang penting kakzana bahagia. Ops....kejap kakzana, kejap aku....rasa macam nak tukar la. Ok tak kalau gunakan ganti nama PB (pondok burok) sebab kekadang bahasa 'aku' tu macam kasar la pulak. Padahal tak pernah pun cakap 'aku engkau' dengan teman-teman, lebih2 lagi kalau perempuan.

Ishh....melencong kelain pulak. Ni...teman2 blogger yang selalu datang sini, terima kasih banyak2 ye. Kalau PB tak sempat balas kat sini, PB pergi blog masing2, jangan risau. PB tak sombong punya....hehe....

Ok, ni resipi cipta sendiri. Nak kata cipta sendiri tak juga la. Ada nampak kat satu blog (dah lupa kat mana) dia buat onde-onde keledek. Tapi PB tak salin resipi dia, kiranya ciplak idea dia je.....jangan marah ye....

Onde-onde Keledek Purple

3 biji keledek kaler purple (harus la kan?) di rebus dan lecek. PB guna keledek kecil2 je.
1 1/2 cwn tepung pulut (sebenarnya tepung pulut dah nak habis, itu je yang ada)
Air untuk bancuhan (agak2 la )
Gula Melaka atau gula nisan (potong dadu)
Kelapa parut putih
sedikit garam

Keledek yang dah dilecek digaul bersama tepung pulut. Masukan air sedikit-sedikit hingga bahan yang diuli tidak melekat dijari.
Panaskan air dalam periok.
Bulatkan adunan tadi ikut kesukaan masing-masing. PB suka kecil-kecil sebab nampak comel.
Isikan dengan gula nisan yang telah dipotong dadu dan masukkan dalam periok yang telah mendidih airnya.
Onde-onde yang telah masak, akan timbul.
Boleh diangkat dan masukkan dalam kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.
Masa ni PB masukkan dulu dalam air sejuk sebab PB sambil2 tengok cerita Kemilau Cinta Kamila....hehe...
Kelapa putih tu biasanya PB kukus dulu sebelum digaul bersama onde-onde. Kalau tidak takut cepat basi kelapanya.
Itu saja, mudah dan cepat. Nak dengan taknak buat.....

Hubby kata, sedap awak buat drp orang jual! Iye ke ni?? Ada orang puji sebab memang betul-betul sedap, ada orang puji sebab nak ambil hati.......hemmm...

8 ulasan:

  1. wahh pestime tgk onde2 pepel camni....
    isk2....sedapnyaa...hehe

    BalasPadam
  2. kaler purple pulak?hehe..kreatif betul la..lepas ni buat kaler pink lak ye..saya suka kaler pink..hikhik :)

    BalasPadam
  3. Mama Gee...sama la kita, first time tengok sendiri punya onde2..hehe..

    BalasPadam
  4. Mrs Yie...pink? tak sukaaaa....

    BalasPadam
  5. Tengok onde2 teringin plak nk makan ni kak zana... selalu time puasa je buat. maknanya, max sekali beberapa kali setahun jelah.hehehhee... mcm best jugak ni guna keledek gini.
    Ijan

    BalasPadam
  6. ini mcm kueh buah melaka kan?anak saya suka kueh ni,suka kumpulkan gulanya,tepung dia buang

    BalasPadam
  7. Ijan, bulan puasa kuih ni jadi idaman..

    BalasPadam
  8. CT...betul tu, ada sebut buah melaka.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)