my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kain batik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Suka tak kain batik? Dulu-dulu, aku memang tak pandai ikat kain batik. Aku tak macam kakak ku, berkain batik siang malam. Sebut kain batik ni, aku teringat kat dia.

"Tidor pakai kain batik?", mengarutlah....kata ku.
Kakak ku mengiyakan, "huhu....betapa nikmatnya tidor dengan kain batik!"

Kakak memang tak pandai baju moden-moden ni. Dia agak kekampungan dulunya. Dia biasa dengan kebaya dan baju kurung Johor saja. Pernah aku cuba sarankan dia pakai seluar untuk buat kerja-kerja yang lasak, tapi dia tetap pilih kain batik. Di ikat separas lutut dan tugas dapur dia lebih lancar.

Aku pun tak dapat lari dari kain batik. Berlambak dalam almari tu......tapi.....bukan aku beli. Semuanya orang bagi, ada yang belum jahit lagi, plastik pun belum buka. Cuma aku tak macam kakak, sampai tidur malam pun berkain batik.

Bagi ku walau kemana kita pergi atau setinggi mana pun darjat kita, kain batik tetap diperlukan dimana jua. Cuba tanya para menteri tu, mesti mereka pun biasa guna kain batik kan?

Aku pula, selagi kain batik yang ku guna hari-hari tak koyak atau berlubang, aku takkan buang. Itulah bagusnya kain batik, tahan lama dan lasak. Sampaikan warna dah pudar pun susah nak koyak.

Info kain batik boleh baca kat....SINI

nota aku: di Sabah ni belum pernah beli kain batik, nampak cantik pula....

2 ulasan:

  1. sy pun xreti nak pakai kain batik...asyik nak tercabut je..he..he...last pakai pun masa dlm pantang..

    sekarang ni kain batik cantik2, teringin jg nak pakai...

    BalasPadam
  2. Fiza mcm kakak Zana juga la sbb mmg berkain batik 24 jam kalau di rumah...sedap jer pakai...selesa... fiza mmg x reti nak pakai seluar ke gaun ke kat rumah ni....mungkin sbb dari anak dara mmg dah di latih berkain batik maklum lah org kampung...he he he

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)