my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Pengat Keledek Pepel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pernah buat ke? hehe....kaler pepel lagi tau.....i like!!

Petang semalam aku beli keledek kaler oren dan purple, RM3 sebungkus, banyak tu....
Hubby kata buatlah pengat, tekak teringin nak makan. Esok nak puasa dah (hari ini le).

Lama aku tak buat pengat keledek. Nak buat pengat ni kena keledek yang manis, baru sedap.
Entry ni aku tulis lepas balik dari pasar. Nak tau tak? Kat pasar KK tadi ramai yang tutup gerai, kenapa eh? Boikot ke? Aku tengok kerusi dan barang2 niaga elok je telungkup. Banyak gerai yang kosong, ikan pun tak banyak. Mahal pulak tu. Ikan baulu yang biasa sekilo RM5 jadi RM10. Ikan kecil2 pun naik harga. Tu belum pi tanya sotong dengan udang. Dua tiga hari ni baik makan ayam dan daging. Harga lebih kurang je.

Ok balik pada resipi pengat keledek. Ni resipi sendiri ye. Nak cuba pun boleh. Untuk makan 2/3 orang.

Keledek manis 2 biji (potong dadu dan rebus), akak guna keledek kaler oren dan purple
Gula nisan yang kecil 1 keping setengah.
Gula pasir 2 sudu
Santan pekat 1 1/2 cawan
Kalau ada daun pandan boleh letak
Sago biji dalam sesudu

Mula-mula rebus keledek bersama gula nisan. Jangan terlalu empok, nanti hancur pula.
Kemudian masukkan santan dan gula pasir.
Sentiasa di kacau supaya tak pecah santan.
Akhir masukkan sago biji. Kacau hingga sago kembang.


Pengat keledek manis ni memang sedap. Ada lagi kat dapur tu, ingat nak try buat kuih talam pulak.
Nak gi cari resipi ni......

5 ulasan:

  1. alhamdulillah terima kaseh kerana sudi mencuba talam keledek tu..ambik lah tapi jgn lupa link kan ke blog akak ya..
    selamat mencuba..

    eh!nak makan pengat dulu lah..hehe

    BalasPadam
  2. resepi ni lain sikit dari yg biasa punya..nampak lebih power gitu..

    BalasPadam
  3. Anymz...dah tayang pun talam tu, cute je. terima kasih bnyk2..

    BalasPadam
  4. Mrs Yie...iye ke? resipi ikut suka sendiri.

    BalasPadam
  5. macam sedap je... adui..semalam opah baru makan pengat pisang nenek buat.. tibe2 nk makan pengar keledek pulak..huhuh :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)