my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ayam Masak Merah Madu Kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Update pantas, masak tengahari tadi. Mula2 ingat nak masak lain, tiba2 lain pula jadinya. Resipi aku jumpa dalam majalah Jelita. Awal aku masak hari ni, hubby keluar main bowling tak bawak bini. Berangan 'bujang' kejap la tu!

Ayam Masak Merah Madu Kasih 
sumber dari Majalah Jelita

Bahan:-
600 gm ayam
serbuk kunyit
120 ml minyak masak
120 ml minyak sapi (takde minyak sapi kat rumah)
40 gm bwg besar
20 gm bwg putih
2 inci halia
40 gm cili giling
60 gm pes tomato
30 ml madu
60 gm sos cili
1/2 biji kelapa jadikan santan pekat
garam dan serbuk perasa.

Cara membuatnya:
  1. Potong ayam kecil-kecil dan bersihkan. Gaul dengan serbuk kunyit dan biar sebentar.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan gorengkan ayam dahulu.
  3. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan dikisar sehingga kekuningan.
  5. Masukkan cili giling serta pes tomato, tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan sos cili, madu, santan dan akhir sekali ayamm goreng. Kacau.
  7. Garam dan ajinomoto secukup rasa.

Sebenarnya aku masak ni takde la ikut sangat sukatan macam dalam resipi tu. Main campak2 je.......hehe....berangan macam chef wan pulak. Orang tu campak2 pun menjadi masakannya, tak payah guna buku.


nota aku: panjang beno nama resipi tu....


5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Zana...emmm tengok resepi dia pun dah tahu memang sedap la masakan ayam ni..kalau kena dgn nasi minyak lagi laa kan! sgt2 suka laaa.... :)

    BalasPadam
  2. zureen, cubalah...akak pun 1st time buat.

    BalasPadam
  3. wslm Ina..betul tu, kena dgn nasi minyak atau nasi beriani.

    BalasPadam
  4. wahh terbaik la hehe nak seketul boley :D

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)