my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek lapis dari kakak dan jerok lagi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni abang ipar ku datang bawa kek lapis dan jerok Penang. Kami masak lemak cili padi ketam kesukaan dia. Lepas sarapan pagi dengan roti jala dan kari ayam (buat sendiri ye, bukan makan dikedai) kami kepasar KK. Nampaknya hanya ketam kecil je yang ada, bukan musim dia, apa nak buat? Katanya kalau bulan mengambang, baru ketam berlambak kat pasar.

kek lapis kiriman kakak, suka sangat dia buat kuih ni, senang ada stok dalam peti ais...

Selesai, perut masing2 dah kenyang, baru aku dapat menatap blog ku. Semakin hari blog ku ada follower walupun tak semeriah blog yang dah ribu riban follower. Alhamdulillah, aku tak kesah sikit ke ramai. Apa yang penting, teman-teman ku dialam maya bertambah.

Sebenarnya aku tak memilih siapa2 yang aku nak follow. Tapi apa yang buat ku kekadang terasa bila kita selalu pergi ke blog seseorang dan tinggalkan komen,  tiada langsong kunjungan balas dari mereka. Iyelah, blog picisan, tak glamour. Nak tinggalkan jejak pun agaknya macam membazir, betul tak?

Ada tu tinggalkan jejak sebagai follower tapi bila usha profile dia orang, takde pula url kat situ. Macam mana aku nak follow balik? Jadi taknak terputus hubungan, sila periksa profile masing2 untuk memudahkan teman-teman bertegur sapa.





nota aku: sebenarnya ini entry petang semalam tapi dek kesengalan 'brokbeng' yang teramat la sangat, maka pagi ni baru dapat ku publish.

6 ulasan:

  1. Kak... cantiknya gambar kat header akak tu... Pepagi saya masuk ke blog Akak mcm damai je rasa tengok gmbr tu, terus saya follow akak ni. Hehe.. Salam kenal. Moga ukhwah berpanjangan.

    BalasPadam
  2. iye ke? gmbr tangkap sendiri, kamera murah pulak tu..
    salam kenal juga dr akak..

    BalasPadam
  3. Salam k.zana!!!! windunya...lama e-na cuti berblog...ni pun x tau sampai bila bole bertahan...hihiii....
    ttg blog yg glamer x buat kunjung balas tu mungkin mereka bz gaknya(think +ve, walaupun terasa gak sbb byk kali komen tp xde rspon)iyelah e-na pun budak hingusan lg dlm dunia blog ni...mana lah blogger2 hebat nak pandang...apa2pun niat kita utk sharing...so x kisahlah semua tu...kek lapis tu sedapnya!!! kalau ada jual kt sini kat best...

    BalasPadam
  4. mcm blog kita yg x seberapa ni kdng2 mlas mereka nak dtg...tapi x pe kita buat aje entry mcm biasa,lama2 nanti ramai yg akan sedar kewujudan blog kita ini...

    Promo video sinopsis Nora Elena minggu akhir

    Zaman isteri bermanja-manja sudah berlalu
    Tonton filem kongsi disini full-movie and Free

    BalasPadam
  5. E-na, wslm...akak tak kesah org dtg komen ke tak, kita pun 'sedar diri' dan taknak fikir bukan2. Niat nak kongsi, trpulanglah org suka ke tidak.

    BalasPadam
  6. ct N honey...betul tu, kita teruskan hidup spt biasa, baru ceria!!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)