my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Talam Ubi Keledek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Keledek lagi? Nak buat macam mana kan.......bukan senang nak habis kalau yang makannya tiga orang je. Ingatkan tadi sempat nak bagi jiran tapi dah lepas buka puasa, malas pula nak keluar rumah.


Resipi ni aku jumpa di blog http://seleraputeri.blogspot.com/ , puan blognya Iza Akma. Katanya resipi asal dari SAJI. Tapi resipi dibawah aku copy paste dari blog ANYMZ. Terima kasih ye, halalkan apa yang saya copy ni.....hehe..


bahan2 untuk lapisan bawah

300gm keledek merah - akak guna keledek biasa-rebus hingga empuk dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan - akak guna santan kotak + 150 gm air
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak
sedikit pewarna kuning

bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Akak blend semua bahan termasuk keledek.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Akak blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.
macam cantik je kan? dah takde orang nak puji, sendiri la angkat bakul.......


Kat dapur tu ada lagi keledek kaler pepel, nanti nak buat apam pulak, kalau rajin la....


nota aku: muak la lepas ni nak beli keledek....

16 ulasan:

  1. wahh sedap n comel kuih talam nii.. dari ari tu nak buat ..tak terbuat jugak lagi.. ehe

    BalasPadam
  2. comel jer talam dok dlm acuan lompang.. gamaknya nak kena tukar ke nama talam cute kot ni.. hehehe.. mesti sedap ni.. lama sy tak beli keledek.. yg selalu dok ada stok kat rumah ni mesti pisang.. ada yg beli, ada yg org bagi & yg paling byk kalau blk dr kg.. hehe..

    BalasPadam
  3. As'salam Zana

    Kalau dulunya kuih talam hanya dibuat dalam loyang jer. Tapi kini dah bermacam bentuk dan rupa kuih talam ni diperbagaikan. Apa pn kuih talam keledek ni CT belum pernah buat lagi, cuma makan jerlah yang pernah :)

    BalasPadam
  4. mesti sedap..tengok pon dah tau

    BalasPadam
  5. Look so delicious... M.Mirror mmg suka kuih muih berasaskan keledek especially keria.. talam plak blom pernah cuba lg.

    BalasPadam
  6. Izah...hari2 akak tgk blog Izah tak pernah takde mknn, sudah2 le tu...

    BalasPadam
  7. Madiha...best kan kalau balik kampong, semua boleh dpt bukan pisang je...zana kalau kuih talam dlm loyang mmg tak jadi.

    BalasPadam
  8. CT....tak ramai org suka keledek tp kalau dah buat kuih, menarik la sikit kan?

    BalasPadam
  9. sedapnyer talam ubi keledek... nampak comel n lembut jer...pasni boleh la try buat...=)

    BalasPadam
  10. chichi....nmpk sedap eh? cuba la.

    BalasPadam
  11. sedapnya kak... mai nk rasa sikittt

    BalasPadam
  12. sy suka mkn tepung talam yg kaler putih coklat tu.. hehe..

    BalasPadam
  13. Comel je kuih akak tu..mcm tuan dia arr
    p/s : dah puji harus bg kuih tu sket..he3..

    BalasPadam
  14. dah ade resepi nie blehlah cubakan....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)