my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Garlic Pepper Beef Steak & Easy Pepper Sauce

Tak tipu ni......kak pb tak pernah buat benda ni tapi hari ini dalam sejarah tau.....haha..macam suspen je bunyinya kan? Betul, ni first time kak pb masak steak, kerana si bujang kecik tu asyik sebut je nak makan steak. Dia ni memang tekak 'mat saleh' macam ibu dia jugak. Tapi ibu dia tak la teruk sangat, sesekali je......

Kak pb tengok resipi ni masa menjelajah blog si Arah (Ika). Bagaimana pun untuk kali pertama mencubanya, tidak la sebagus orang lain kot. Tetapi kena tepuk tangan sikit, bagi semangat kak pb kerana dah mencubanya. Terima kasih Ika....akak kongsi di sini resipi ni biar mudah menggodeknya bila balik semenanjung nanti. Tak mungkin la kak pb nak bawa buku masak kalau balik sana, buat berat bagasi je.



 steak yang agak kering sebab kali pertama mencubanya, takpe......ada 2 keping lagi tu dalam peti sejuk

GARLIC PEPPER BEEF STEAK
oleh: blog surirumah
sumber: Arah

Ingredients:
  • 1 tablespoon olive oil (1sb minyak Zaitun)
  • 2 cloves garlic, peeled and crushed - kak pb letak lebih dari 2 ulas
  • 1 tablespoon coarsely ground black pepper (1sb Lada Hitam yg di tumbuk atau blend)
  • 2 pounds round steak, 1 1/2 inches thick (2 Keping daging steak)
  • Salt (sedikit garam)  
  •  
  • Method (cara-cara) :

    1)Preheat an outdoor grill for high heat and lightly oil grate. (Panaskan grill pan non stick atau apa2 kuali yg sesuai utk di bakar atau boleh guna outdoor grill mcm resepi asal - kak pb guna kuali leper biasa goreng roti canai je.

    2)In a small bowl, mix together olive oil, garlic and pepper. Score steak and rub with the olive oil mixture. (Dalam mangkuk kecil, campurkan semua bahan2 tadi kecuali daging steak, sehingga sebati dan sapukan keseluruhan daging steak tadi sehingga rata keseluruhannya)>>yg ni perap sekejap dlm 15minit atau 30minit.

    3)Place steak on the prepared grill. Cook 20 minutes, or to desired doneness, turning once.
    (Letakkan daging steak yg telah di sapu dgn bhn perap tadi dan grillkan di atas pan yg panas tadi, masak sehingga masak lebih kurang 20 minit atau sehingga masak, balikkan sekali sekala jika perlu>>untuk yg ni kita tutup satu bhgn dan bila balikkan dah tak payah tutup biar dia terbuka dgn api sederhana sahaja, angkat dan boleh di hidang dgn black pepper sauce atau sos kegemaran bersama salad dan kentang goreng)>>jgn di basuh kualinya atau buang lebihan air daging tadi sbb nk gunakan utk sos dia. (ini kak pb tak ikut macam Ika sebab nak siapkan awal, steak masak kemudian, lebihan minyak tu kak pb campurkan dalam sosnya)


easy pepper sauce (lupa pulak watermark)




  EASY PEPPER SAUCE
  • oleh: blog surirumah
    Olahan : ARAH

  • Bahan-bahan :
  • 1/2 biji bawang besar di cincang
  • 150 ml susu segar
  • 1sb lada hitam yg ditumbuk/diblend>>nak lebihkan pun ok kalau nk pedas
  • 30 ml whipping cream/ thickened cream
  • 1 cube beef bouillon/1/2 cube stok lembu knorr, hancurkan
  • Sedikit mentega
  • Sedikit kicap manis utk gelapkan kuah tadi jika perlu
  • Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah>>kalau tak masukkan pun ok
 Cara-cara :

  • Dengan mengguna grill pan yg sama utk steak tadi, tumiskan bawang besar yang di cincang tadi sehingga layu atau naik bau, dgn api perlahan.
  • Kekalkan suhu yg sama, masukkan pulak susu segar dan cube lembu yg dah dihancurkan dan kacau perlahan perlahan, jgn sampai mendidih.
  • Masukkan pula whipping cream sambil di kacau perlahan. Masak lebih kurang 2 minit.
  • Kemudian masukkan pula lada hitam dan kacau lagi serta perasakan masinnya>> kita tak masukkan sbb dah masin.
  • Akhir sekali masukkan kicap dan kacau lagi bolehlah dimasukkan kicap manis utk menggelapkan warna kuah, tak payan byk2 sgt, agak2 aja ya, dan masukkan sedikit butter, padam kan api dan kacau sehingga butter mencair dan sebati.
  • Boleh dimakan bersama steak tadi, selamat mencuba!!

Walaupun nampak kering tapi dagingnya tetap lembut dan senang di potong. Terima kasih Ika, sayang Ika dan pelok kuat-kuat macam Shahriah (ayat dia mesti ada macam tu kan?)

10 ulasan:

  1. salam. Nampak sedap je steak tu. Tapi bundo tak boleh makan steak daging. Terselit celah gigi nanti dua tiga hari tak hilang keselesaannya.
    Oleh sebab bundo tak makan, yang lain-lain kalau teringat nak makan steak kena pegi makan kat kedai hehe..

    BalasPadam
  2. pepagi nampak beef steak, sedap oww...pas tu aad teh panas, trbayang2 kat kepala nie..

    BalasPadam
  3. tepuk tangan untuk kak pb tanda sokongan.Oklah tu dah mencuba.kita tak penah lg ni.

    BalasPadam
  4. Salam,
    Kalau tak cuba kita tak tahu kan. So meh kita sama sama mencuba...

    BalasPadam
  5. Sy suke steak medium. Sedap. Yummeh!

    BalasPadam
  6. saya suka makan benda2 mcm ni...tp nak buat..nak masak..hehe..tu yg malas sikit tu

    BalasPadam
  7. klau anak akk pun suke menu camni.. selalunya beli jer yg readymade dah berempah.. buat sendiri lagi baik kan.. nnti bila2 nk cuba jugak la..

    BalasPadam
  8. sedapnye...sos xpress tu bleh la jugak cuba jugak nti...sesekali tukar selera omputih pulak kan...hehe

    BalasPadam
  9. Salam.. wahhh.. tumpang tepuk tangan.. first trial kiranya dah berjaya sangat dah tu.. kalau makan di Resto dah berapa RM?? buat sendiri memang berbaloi-baloi.. kan kan.. kecur dah ni hehhehee

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)