my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kiriman dari kakak

Assalammualaikum semua, kak pb beberapa hari ni rasa sunyi sangat (baru je sehari sebenarnya...hehe) sebab encik hubby hampir seminggu di Sandakan. Kak pb mula puasa dengan izin dia, tak lalu sangat nak makan berdua, baik puasa. Nampaknya tidak ada la gambar masakan kot......agaknya la.....nak makan sedap-sedap teringat pula dia yang jauh. Alhamdulillah, setelah call berkali-kali tak dapat dari siang sampai ke malam, akhirnya hubby sampai dengan selamat ke sana dalam pukul 10 malam. Dia call pun kak pb dah tidur.

Semalam, bakal anak saudara (tunang kpd anak saudara, orang sabah juga) datang ke rumah bawakan barang-barang kiriman dari kakak yang kak pb pesan.


Paling kak pb suka bila dapat Puff Pastry tu, tak la sakit hati cemburu tengok blogger tayang puff masing-masing kat blog, kita pun adaaaaa......Kakak tolong carikan juga permintaan kak pb rempah bukhari tu. Kat sini tak jumpa, dah lama intai kat Survey dan Giant, haraaaaam.....takde! Minuman segera cereal jagung tu pemberian dia, kak pb suka tapi kat sini macam tak jumpa je.

Terima kasih kakak ku sayang, juga Aneng/Suryani yang susah payah membawanya. Baju yang tinggal dulu pun di bawa sekali. Harap pemberian kami tempohari dah selamat sampai ke tangan masing-masing.


nota kak pb: apa ayah makan agaknya?


12 ulasan:

  1. InsyaAllah kakcik akan tiba di KK lagi pada 4/6 ini. Ada nak pesan apa2 ke? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakcik nak dtg lagi? nanti zana fikirkann...kita org suka mangga la kakcik, menyusahkan je nanti.

      Padam
  2. Salam Kak PB cayangg.. sabar yaa.. rindu ekk?? ye la kak betul tu... dah biasa berdua kan... tak pe nanti abang balik terubatlah rindu dendam tu..:))

    Wahh banyaknya kiriman dari semenanjung.. wahh pastri tu nak buat apa?? jangan lupa kirim kat sha barang sebuku hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusalam sha...op kozz rindu, dah biasa bergaduh..hehe..
      ni tengah fikir nak buat bila pastri tu, tunggu en abe balik kot.

      Padam
  3. Salam Zana :)
    alalala kesian nyer rindu yer.. biasa lah kalau dah berjauhan

    kat sana brg2 cam kat gmbr tuh mmg susah yer nk dpt? Ingat sama jer ada kat Msia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm Mama, Sabah ni tak semua ada, ni dok bandar. Kalau kampong2 pendalaman, entah ler....silap2 tanya org pun mereka tak pernah tengok.

      Padam
  4. lepas ni k.zana bolehlah meng'ngepuff'...kalau buat tu banyak2 tau..
    sebab perut ucu ni selalu jer berkeroncong..

    cian akak...makan tak lalu ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah lapar sgt, tak mengingat juga kt dia....hehe...ntah2 dia berselera dgn kwn2 sana..

      Padam
  5. tun kan, kalau hasben tun outstation seminggu, seminggu laa tun x masak nasik. haha...
    kt sini pun xde puff pastry tuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena masak sb taknak drive keluar....lesen baru mati..
      Oh takde jg ye? Hmmm...kena buka kedai nmpknya.Akk

      Padam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)