Sedihnya melepaskan hubby pergi ke Sandakan pagi ni. Kak pb doakan dia selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Hampir seminggu di sana, hubby ada latihan pusat kriket untuk anak didiknya yang akan ke Johor pula selepas ini. Tapi Johor tu hubby tak terpilih, sebenarnya hampir juga menggantikan kawannya yang taknak pergi. Hubby lebih suka menghabiskan cuti sekolah bersama anak dan isteri di sini. Terima kasih ye 'ayah' kerana selalu memikirkan kepentingan isteri serta anak dahulu berbanding diri sendiri. Sangat menghargainya, kualiti bersama keluarga harus didahulukan.
Kali ni hubby pergi bersama kawan-kawannya dan bermalam di hostel komplek sukan Sandakan. Minggu ni dia agak sibuk menguruskan anak muridnya yang terpilih ke peringkat negeri mewakili Sabah. Bangganya dia kerana dapat melahirkan pemain kriket atas asuhannya sendiri dimana dulu tiada siapa yang peduli. Sekarang ni katanya ada guru-guru yang berminat menawarkan diri sekiranya ada kursus sebagai jurulatih. Tapi kak pb pesan, kena bagitau mereka yang kerjaya ni perlukan pengorbanan seperti juga guru dalam kelas. Maksudnya mereka tidak boleh berkira jika kulit terbakar di panas terik, dengan kerenah anak murid yang kadang kala nakal dan degil dan pelbagai masalah lain lagi.
Untuk ayah, ibu nak pesan :-
Jangan tinggal solat walaupun letih.
Cubalah call sehari dua kali, siang dan malam walau sesibuk mana pun.
Handphone jangan cicir lagi, dah 3 kali rasanya kehilangan benda tu....
Cuci muka satu hari tiga kali ye, muka ayah jenis berminyak.
Jangan balik lewat kalau keluar makan atau minum dengan kawan, tempat orang kita tak biasa.
Bawa kereta tu kalau mengantuk, gilir-gilir dengan kawan atau berhenti tidur sekejap.
Nak berehat pun jangan tepi jalan yang sunyi, cari masjid atau surau.
Sebelum balik selepas selesai tugasan, pastikan takde barang yang tinggal, jauh nak patah balik.
Akhir sekali, setiap kali start enjin kereta, baca doa dulu dan pastikan badan segar ketika memandu pulang.
Moga 'ayah' di lindungi sepanjang perjalanan pergi dan balik dan ibu akan sentiasa mendoakan untuk ayah dan kawan-kawan semua. Sayang ayah!!
Banyaknya pesanan ibu! :)
BalasPadamPerasaan bimbang bersarang sebab biasalah org lelaki apa yg dia buat biasanya ada assistant... bila sendiri bangun pagi pun takut terlajak kan zana...
BalasPadamsemoga selamat pergi dan kembali buat hasben kak pb. seronok bawak budak2 lawan sukan nih.. tun habis degree aritu jd cikgu kejap, time tu jd coach memanah, mmg hangus muka duk tgh padang, tp masa tu sgt gembira ^^ semua team kriket sekolah hasben akak berjaya.
BalasPadamps: complicated betul nk mengomen. hihi... tun tekan 'reply' kat komen kakcik dulu, pastu delete link yg keluar utk komen nih.
salam kenal acik..harap 'ayah' baca pesanan ibu ni..pesanan untuk yang tersayang..
BalasPadamSalam k.Zana. byk pesanan ibu....sesekali nak pergi jauhkan..
BalasPadamre; k.Zana, belah Pantai timur kalau kuah lemak boleh mkn dgn laksam atau laksa biasa.sy pun suka Trg sbb byk pantai yg cantik...ptg2 boleh jln2 ke Pantai sambil mkn ikan celup tpg...
hehehe....byknya pesanan utk cik abang dia ye!
BalasPadamkak pb ^^
BalasPadamdh senang nk komen ^^
Aaaaminnnnnnn.....
BalasPadam