Sehari dua ni kak pb takde entry masak memasak. Tapi kekadang cakap je takde, tengok2 petang karang terjengol resipi kat sini......hehe.....kak pb puasa hari ni. Kalau masak pun untuk buka puasa je, anak bujang makanlah apa yang ada, tak cerewet sangat kalau ayah dia takde.
Kamu semua pernah dapat messages macam tajuk kat atas tu? Entah apa nasib kak pb selalu sangat dihantar message begitu. Kak pb tak pernah pula buka url yang di baginya tu.
"Video Skandal!"
http://bit.ly/KBJMrQfrom: +60134460269 {baik ngaku, sape punya nombor ni?}
Itu yang terbaru, sebelum ni dah banyak kali dapat tapi tak pernah layan pun. Mengarut je dia orang ni, hantar malam-malam pulak tu......memula dulu tak faham juga, tanya hubby apa kebenda ni? Dia kata jangan layanlah!
Teringat pula baru-baru ni sorang remaja hantar message. Masa tu kak pb tengah sibuk goreng mihun untuk sekolah hubby. Dah la kita sibuk, tengok nombor panggilan tak dikenali, memang kak pb tak layan. Bila tak dilayan, dia message pula......
"Assalammualaikum kila, ni arif...ngah bt pe" > ayat tu dah la singkat-singkat, sakit hati membacanya. Sah-sah salah orang ni.....dia ingat aku ni awek dia kot.
Bila tak dilayan, dia guna nombor lain pula......."Kila ngah bt pe tu" (dalam hati kak pb, budak ni nak kena ni, aku dah la letih)
Kak pb balas juga, "siapa ni? awak salah orang kot".
Dia mesej dua kali lagi, "ni Arif 6 iltizam la"
Lagi sekali, "ni Arif la" sebab kak pb tak layan.
Selang beberapa jam, nombor yang sama naik, dia call. Kak pb angkat dan terdengar suara perempuan. Bila kak pb hello, dia terus letak (apa tak letaknya, dengan nada garang ku jawab...hehe). Sah, dia suruh orang lain call dulu untuk pastikan......huhu.....pengecut la tu. Mesti budak-budak remaja sekolah ni.....mungkin baru berkenalan. Kesiaaaaan....
Teringat baru-baru ni Wardina Safiyah pun dapat panggilan lucah kan? Sama macam kak pb dulu (masa belum kahwin ler....tengah bergetah!) Masa tu ada talipon rumah, mana la tau siapa yang call. Talipon dulu-dulu takde keluar nombor macam sekarang (ada ke sekarang ni?) Tiap-tiap malam dia call, mungkin dia tau ada anak dara kat rumah tu sebab kita orang tolong emak di restoran. Ramai la yang kenal.
Dengan nada suara yang romantik, dia mengeluarkan ayat-ayat bak kata Wardina, malu nak sebut. Adik kak pb yang perempuan berani sikit, dia cabar kalau berani ko datang la sini. Kita orang siap report polis, kebetulan masa tu ramai kenalan abang polis. Ketika dia call, abang polis ni pergi round sekitar taman, tengok kat public phone kot-kot terjumpa. Hingga sekarang kita tak tau siapa punya kerja. Susah sangat nak detect si pelakunya ye?
nota kak pb: walaupun cuma lucah di talian, menggigil juga badan ni.....
Makan kat umah paling best pasai tak yah nak pilih2 lagi...
BalasPadambiasanya pada teman sms yg lagu tu delete je terus ..tak yah dok bukak2...
macam2 laa ni depa nak cari publisiti dan peragakan biz depa..
LB dah tukaq nama ka?
PadamMemang tak buka pun, membazir masa je.
Diorang nie dpt no. scr random je kak. Tp tuhlah...peliknya, ntah mane diorang dpt list2 nombor tu. Sng2 je nak call org, kan?
BalasPadamMungkin dr pihak yg menyimpan maklumat kita bila mendaftar talian...
BalasPadamsalam kak pb.. msg tu mcm mdg bdk sekolah rendah je, xkn bdk tingkatan 6 kan, mesti darjah 6 kan.. ish ish.. bdk2 zaman skrg ni, mmg risau bila fikir.
BalasPadamW'slm tun.....rasanya mcm tu la, bdk lg kot. Tu yg x suka bg hp kt anak akk.
PadamJgn layan jer. Bagus tu buat suara garang2.....sedihkan bila fikirkn budak2 muda yg mcm ni. Minta dijauhkan anak2 dr jd seperti mrk.......nauzubillaminzalik!
BalasPadamHarap anak2 kita tau gunakan talipon utk apa..
Padamdulu ada gal dpt pgglamn mcm ni.budak2 ni main hentam je dail no/sms,
BalasPadamMungkin kot....
PadamSaya pun takut kalau dpt panggilan mcm tu kak....tapi memang tak layanla. Selamat berbuka puasa yer kak:)
BalasPadamAkk pun takut nieza, ntah hape2 mengarut..
PadamTerima kasih ye..
Mereka yg buat semua nie xde kerja ke,atau mereka nie sekadar nak seronok2 je buat camtu....
BalasPadamSeronok bagi mereka bila dpt sambutan kot...
Padam