my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sup Ayam ala Utara

Bosan asyik makan yang berkari dan berlemak, sesekali tukar menu dengan sup, bagus juga kan? Sup ayam ni kak pb masak minggu lepas tapi tak sempat nak publish, asyik dok dalam draf je.

Kak pb suka pula sup ala utara ni, menyelerakan sangat. Pada hal kak pb orang yang tak berapa suka sup. Kalau  makan nasi ayam, kak pb tak hirup sangat sup, sekadar buat kuah atas nasi je. Tapi sup ni memang akan kak pb simpan resipinya sebagai kesukaan kak pb dan keluarga.

Resipi kak pb jumpa di blog Nadz cute oven small kitchen dan dah ramai pun yang membuatnya. Dia orang punya sup lagi power, ada daun-daun dan pelbagai hiasan. Kak pb memang suka macam ni je, malas nak menolak ketepi benda-benda terapong atas sup (alasan orang tak cukup bahan). Nadz....akak minta tolong sangat ni....tolong halalkan akak copy paste ye....ngeee..





SUP AYAM ALA UTARA
oleh: blog surirumah
sumber: Nadz


Bahan Tumis : 
(boleh dimesin atau ditumbuk kasar) Naz guna terus tanpa dimesin atau ditumbuk kasar
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 sudu besar ketumbar - Naz guna serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis - Naz guna serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar lada hitam - Naz guna serbuk lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu besar lada putih - Naz guna serbuk lada putih
  • (ni semua kak pb ikut mcm Naz)
Bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar - yang ni kak pb mesin juga
  • 3 ulas bawang putih - Naz tumbuk
  • 2 inci halia - dititik atau dikisar
  • 1 batang serai - dititik
  • 1/2 peket kecil serbuk rempah sup ADABI - bancuh dengan sedikit air utk dijadikan pes
  • Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo ayam - potong kecil
  • Minyak masak (sekiranya guna cara menumis) Naz guna minyak jagung untuk menumis
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara Penyediaan :
  1. Jika dibuat cara menumis - Panaskan minyak dan tumis rempah kasar sekejap. Kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk dan kacau. Masukkan pes rempah sup ADABI dan kacau lagi.
  2. Masukkan serai dan halia. Kemudian masukkan air dan kacau untuk mengelakkan berkerak.
  3. Masukkan ayam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih baru kacau-kacau sedikit. Masak hingga empuk. Naz masukkan ubi kentang pada waktu ini. 
  4. Bila ayam hampir empuk, perasakan garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mereneh seketika. Apabila daging ayam betul-betul empuk, padamkan api dapur.
  5. Boleh dihidang dengan taburan daun sup dan daun bawang, perahan air asam limau, potongan cili padi dan juga taburan bawang goreng.




nota pb: jeles dgn blogger yang buat gathering di taman tasik cempaka...



















6 ulasan:

  1. SAlam Kak Zana cayangg.. wah sup utara dah mai... sedapnya.. sha memang suka sup.. tak kira apa jua jenis sup tak pernah jemu..:)))

    BalasPadam
  2. masakan sup memang jadi kesukaan family akk zana. nak2 sup tulang selangka..power..

    BalasPadam
  3. salam kak zana..
    wahhh rata2 org dh try sup nie..nnt zila punya turn nk buat jgk la...sedappp jew kan:P

    BalasPadam
  4. @Shahriah Abdullah Novelis
    W'slm sha ku syg....yup sup utagha terbaekkk!

    BalasPadam
  5. @kakyon
    hah...yg tu zana belum cuba lagi, tulang selangka.

    BalasPadam
  6. @zila 4ever
    hehe...akak je lambat tau psl sup ni..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)