my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

'DARK SHADOWS' di Suria KK

Cuti sekolah dah bermula dari semalam lagi, kalau di pantai timur jumaat dah pun bercuti. Aktiviti bercuti sama keluarga, jalan-jalan cari makan, kem motivasi, balik kampung pasti menyeronokkan anak-anak kita. Kak pb tak balik semenanjung untuk cuti dua minggu ni. Hubby ada kerja, jadi mengadap tv, pc. dapur dan melepak sahaja. Kerja menggosok akan dibuat bila suka, jika hari sekolah tak boleh skip menggosok.

Semalam petang kami berdua menonton wayang, ala-ala lomantik gitu......anak takde kat rumah.....kami layan cerita yang 18sx. Mulanya hubby nak tengok Men In Black tapi kak pb tak berminat. Bincang-bincang kejap, kak pb ternampak Johnny Depp di papan iklan, apa lagi......kita peminat dia, wajib la tengok kan? Hubby terpaksa ikut tapi dia tak kisah pun.

Cerita belum start, popcorn dan air dah habis. Kenapa iklan lama sangat eh? Hubby kata, kat wayang mana ada iklan tengah2 cerita, jadi masa ni la kita nak makan. Dah start cerita, kena fokus.

Kagum dengan pengarah Tim Burton ni (tak padan dengan rupa yang selekeh tu) cerita bermula dari era 1752 hingga ke tahun 1972, Barnabas Collin yang di sumpah menjadi vampire kerana tidak membalas cinta Angelique. Setelah dua abad berlalu, Barnabas bebas dari kuburnya secara tidak sengaja lalu pulang kerumah dan bermulalah adegan yang menggelikan hati. Maklum la, setelah tidur selama dua abad, bayangkan keadaannya sebagai vampire nak melalui pelbagai perubahan dunia moden. Sampai lampu kereta pun dia tak kenal, jalanraya kelihatan pelik, pengangkutan bertukar dari kuda ke kereta. Masa ni la kak pb gelak sakan tapi ada juga orang kata cerita ni boring. Memang ceritanya agak slow di permulaan tapi tidaklah sampai kak pb nak tertidur. Cuma ada adegan berbaur sex yang tidak melampau.

Klik sini untuk review lebih lanjut > kakiwayang

I like.....Johnny Depp yang awet muda dalam Dark Shadows....
hari minggu ni rasa macam nak tengok wayang lagi, bosan kat rumah.......


 

7 ulasan:

  1. k.ani pn suka johnny depp ni......pun dh lama x tgk wayang. Skrg ni malas dh nk gi cinema....

    BalasPadam
  2. @Ibuhani
    kat sini takde tempat kami nak bercuti (dekat KK) jadi tengok wayang je kalau free.

    BalasPadam
  3. Macam menarik je cerita ni, nanti nak tgk jugaklah cerita ni... chik na suka gak tgk cerita yg ringan-ringan macam ni...

    BalasPadam
  4. @Chik Na
    yup...komedi seram yg menarik, chik na kena pergi tengok.

    BalasPadam
  5. salam k.zana

    saya minat bebeno dgn abg johnny deep ni..since zaman sekolah lagi ...

    BalasPadam
  6. saya pon dah tengok dark shadow ni.best sebab ada johnny depp :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)