my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Lempeng Pisang Berkoko

Assalammualaikum semua, maaf sangat kalau kak pb tak sempat bw semua blog kawan-kawan ye. Line tenet cekik darah akak beberapa hari ni, naik bengang pulak dibuatnya. Dah la karen selalu buat hal. Berlenggeng (eh..faham ke maksud berlenggeng tu?) kami anak beranak hari tu takde karen. Kak pb takde ler berlenggeng, hubby dengan anak je.....hehe....

Hari tu takde karen seluruh Sabah agaknya. Semalam pun lepas post entry, terus padam pc ni. Nasib baik tak lama. Hari Isnin lepas, pukul 3 pagi takde karen. Kak pb tidur tak boleh gelap, celik2 mata pagi tu, apa pasal aku tak nampak ni? Rasanya dah bulat mata buka luas-luas.......hampeh....karen takde pepagi buta sampai pukul 7.30 pagi. Area KK lebih teruk, kesian orang yang berniaga kat pasar. Guna lilin sana sini, kalau la terbakar......huhu....

Untuk entry masak-masak pagi semalam, kak pb buat lempeng pisang je. Tapi bukan sebarang lempeng tau, ni lempeng berkoko. Asalnya resipi kak pb tengok kat Saji Online tapi dia tak letak gula. Kak pb tambah gula sebab pisang yang kak pb beli ni agak tawar, agaknya dia peram muda kot.

 walau rupa ku tidak menawan hati......tetapi keenakan ku tidak boleh di tandingi.....

LEMPENG PISANG BERKOKO

10 biji atau lebih pisang emas atau yang sepadan dengannya
2 sudu besar gula pasir putih atau brown sugar
1 sudu besar serbuk koko
Tepung gandum secukupnya (kak pb guna dalam 5 sudu besar je)
Air secukupnya (kalau nak sedap lagi guna susu cair, santan atau susu segar)

Lenyek pisang hingga hancur.
Masukkan gula pasir.
Masukkan serbuk koko.
Masukkan tepung gandum dan air. Gaul sebati.
Letakkan marjerin/planta pada kuali leper dan api yang kecil.
Tuang banyak mana yang di sukai.
Balik-balikkan sehingga lempeng masak.
Dah siap!
Tak perlu cicah apa-apa pun sebab dah cukup manis.







Hubby sekeping, kak pb sekeping......cukup ler sarapan pagi sekali dengan tengahari. Main masak-masak belum lagi sebab nak settle dulu kain baju, mob dapur dan macam-macam lagi nak buat.


nota pb: ada satu komen nama Rozita kak pb terdelete, minta maaf bebanyak sebab tak biasa check spam.
untuk Izah Muffin Lover akak dah clear semua, kalau takde jugak, kena tukar nama jawabnya......

15 ulasan:

  1. salam kak zana
    klu yg ada koko2 nie mmg fav kita..,,sedappp2:)

    BalasPadam
  2. Salam kak zana! ini kalau budak2 nmpk mesti suke kan sbb ada koko :D tp tekak kita skrg ni cekelat2 mmg dah kurang, kalau dulu2 mmg pantang nmpk cekelat mesti nak buat atau beli mmg antu cekelat, sejak dah masuk 3 series ni kan ntah kenapa nikmat coklat dah kena tarik huhu..

    BalasPadam
  3. Sampai hati kena tuko nama. Hahahaa.. Adeh la kak.. Sian saya jadi miss spam niha. Baru sedap2 nak merasa lempeng koko tu, disuruh pulak tuko nama.. Rasa nk nyanyi.. Pohon beringin tegaknya tinggi.. Aku nk kawin ngan anak rajaa.. Hahaha

    BalasPadam
  4. tak penah lg makan lempeng pisang berkoko ni.Boleh la cuba bila cuti nnt.Bila berblog ni byk ilmu masakan kita dpt dari blog kawan2..bole katakan resepi yg simple2 tp sedap2.

    BalasPadam
  5. salam kak Zana.... wahh pepagi dah makan lempeng koko... sure kenyang sampai ke petang tu.. kopi o ada tak? nak makan lempeng tu sambil hirup kopi O.. wahh nyaman...

    BalasPadam
  6. asslm Kak Zana...walaupon rupanye xmenawan...tapi cukup mbuatkan org terliur mlihatnya...nk cuba jugak la...mcm sedap dh tu tgk...lempeng campur koko tu...tq kak resepi...

    BalasPadam
  7. Salam K.Zana,
    melempeng ye pepagi nie...
    peberet sepanjang zaman nie kak...x lapuk dik hujan x lekang dik panas...hehe.....

    BalasPadam
  8. wahh mesti sedap kan..nnt nk try la..anak2 mmg suka...

    BalasPadam
  9. Baru jumpa resepi lempeng berkoko nie dan nampak sedap...

    BalasPadam
  10. Sedapnyerrr. Teliur pulak. Tak pe kajaplagi nak cuba. Sib baik ader resepi. Thank you.

    P/S: CuteToe sedang mengadakan opening sale tuk 4 item pertamanya. Silalah kujungi kami ye.
    http://cutetoe.blogspot.com

    BalasPadam
  11. kreatif kak Zana nie..suka tngok lempeng tu.macam chipsmore besar ...

    BalasPadam
  12. menarik betul lempeng akak ni....perisa koko lum pernah mkn lagi..sedapnya kalau dpt merasa ni:)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)