my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

ROti NaiK (kali pertama juga)

Dalam pada rindu-rinduan kat 'orang disana tu', sempat juga meroti pukul 2 ptg tadi. Memang dah ambil resipi ni daripada hari tu, geram tengok orang buat cantik je. Kita pun nak jugak mencubanya.



Tak boleh nak celoteh lama ni, nak masak untuk buka puasa. Simple je.......buat nasi goreng untuk kami dua beranak. Ada roti naik ni boleh la buat sarapan esok pagi sebab kak pb tak dapat keluar, walaupun kereta tersergam depan rumah, lesen dah mati, belum renew lagi......

Roti naik ni kak pb jumpa masa bw kat blog Linda, dia pun kali pertama meroti dan uli tangan je....Mula-mula cuba tu macam tak jadi je rasanya. Lembik melekat semacam je......alamak...dah risau dah. Teruskan juga ikut step by step yang di ajar. Alhamdulillah.....elok je naiknya...gebu sangat. Ini pun kali pertama juga kak pb buat roti lembut macam kat kedai.

Kejap eh.....nak masak untuk buka puasa dulu, nanti sambong.....






Kak pb kongsi disini dan minta izin copy dari blog Linda ye.....kak pb edit sikit ayat-ayat tu untuk memudahkan kak pb faham.

ROTI NAIK
oleh: blog surirumah
sumber : Linda, Sasha Rahmat

bahan A
11 gm yis (instant /serbuk)
1/2 cwn air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
(satukan bahan A dan biarkan yis naik)

bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega di cairkan

bahan C
1 cwn gula dilarutkan dengan 1/2 cwn air panas - kak pb kurangkan gula jadi 3/4 saja

- untuk dijadikan sirap gula (rasanya tak perlu tambah air, dah cukup bagi kak pb)

bahan D
3 cwn tpg gandum + 1/2 cwn tepong gandum (setengah cawan tu digunakan ketika menguli, mungkin tak perlu habiskan tapi kak pb guna semua)

Cara-caranya:


Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditengah tepung
Masukkan bahan A & C
Masukkan bahan B
Uli serata, hingga licin (doh tidak melekat di tangan)
Gunakan extra tepung yang 1/2 cwn tadi...(tak perlu habiskan-guna sedikit2)
cuma utk dusting dan untuk doh tak lekat ditangan.
Perap hingga 30 ke 45 minit
Kalau nak doh naik cepat simpan doh di tempat hangat
Biarkan doh naik seganda - tak perlu tumbuk doh
Terus cuil doh dan bulatkan jadi doh kecil

Susun doh dalam loyang yang telah di sapu margerin
Biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 ke 40 mins)
Bakar roti dengan suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
Keluarkan dari oven dan boleh sapu marjerin di atas roti

Lebih sedap taburkan gula (tips dr mama jijah)

Boleh tengok blog SashaRahmat untuk cara membuatnya. Ala....korang semua lebih pro, baca pun dah faham kan? Gambar2 ni untuk orang yang lembap macam kak pb, semua kena detail.


Boleh la untuk sarapan kami dua beranak esok........






30 ulasan:

  1. kak pb
    menjadilah

    tahniah...
    ayu pun skrang semakin rajin meroti.. hehehhe

    bab uli sendiri ayu bagi 100% markah.. ayu guna BM jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....markah penoh tu, tahniah utk diri sendiri.

      Padam
  2. Salam Kak Zana... wahhhh sedapnyaa... roti naik ni memang evergreen... :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm...kena tuko nma ni, roti naik evergreen...

      Padam
  3. wah kak... naik gebu sungguh roti tu.

    BalasPadam
  4. menjeleskan diriku je nengok akak meroti ni..duk kmpung masa cuti2 nih mcm nak buat mcm2 tp tak terbuat2..camner tu kak?hihi..gebusnya roti akak tu ha..ada teh o panas x?hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...takyah buat, kat tesco pun bnyk.....gi la bercuti.

      Padam
  5. Salam kak zana.. nak roti jugakk!!! esok pecah telur sebijik tampal roti atas tu. simple bekfes yg tun sgt suka! ^^ tun xpandai uli tangan.. hihi..kalau uli tangan sure keras kejung jd nya.. biasa kalau buat x sampai setengah kilo, tun uli guna mixer mata cangkuk. len kali blh la akak try. senang dan kejap je siap. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akk uli ni pun senang jg, tak perlu tekan kuat, dgn hujung jari je....
      Nnti cuba cara tun pulak..

      Padam
  6. assalam
    memang bestkan bila roti kita menjadi camni
    hilang penat menguli tu bila dpt rasa roti gebus he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm...betul tu mama, tapi semalam puasa tak dpt merasanya.

      Padam
  7. ha tu dia...roti naik...mmg nmpk sgt gebusss gebas rotinye tu...

    BalasPadam
  8. amboi menjadi betoi roti tu na.. berselera M tgk

    BalasPadam
  9. perghhh...gebus sungguh roti tu. Makan dengan kopi panas sedap sungguh ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak tak minum kopi Ummi, nescafe boleh masuk...

      Padam
  10. Assalam kak, tabik sama akak yg rajin menguli roti guna tgn. saya pun tak mampu nak uli tgn semua guna bm jer kalau meroti...hehe

    rep: maafla kak lambat bls komen pasal komen box tu yg akka tanyakan tu saya pun dah lupa la kak link dan tutorial yg saya tgk mcm mana cara buat tu..dah lama sgt buat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe nieza, akk dah ada tempat belajar edit template tu.....belajar sendiri je...hehe

      Padam
  11. Salam kak....

    wah gebunya...sy penah buat roti....pes time nak menerainya...mak ai..! mmg keras cam batu..baling kat dinding bukan roti terabur..dinding yg pecah...! hahaha....

    akak punya nie gebu semacam jek...sy ambik resepinya ye...nnti nak try lagi...mana tau resepi akak nie menjadi pulak kan....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm Asyifa.....haha....sakit hati tak? Mcm nk nangis kan? Yg ni akk buat takde terok pun mengulinya, lembut je...guna hujung jari pun boleh. Ambik la, akk pun copy dr Sasya.

      Padam
  12. Rajinnya akak, saya yg ada BM pun tak terbuat buat roti. Asyik mengintai rumah org je....

    BalasPadam
  13. as'salam kak....hihi...jd kan...pasni la leh arr kita meroti lg kak...heheh...gebu roti akak ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm linda...happy sgt ni lgpun dah lama tak meroti, tq linda...

      Padam
  14. hakakk... jgn merajuk... nanti hawet muda.. hihihi.. meh campak seloyang ke kuantan roti gebu nih.. kiter nih fhantang nengok roti gatal ajer anak tekak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo..dtg jg ek? Melenggang je pulak tu! Merajuk pd yg syg je hana....hehe...

      Padam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)