my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Spageti Rebus ala Mee Rebus

Apa tajuk macam tu eh? Saje je......teringin nak makan mee rebus Haji Wahid, jauh beno nun di selatan semenanjung nak redah. Kalau kat Putrajaya tu, dekat la juga dengan kampung kak pb. Tapi....kak pb rasa lebih sedap buat sendiri, walau resipi main ubah ikut suka hati.

Mulanya nak buat mihun rebus tapi bila mihun dah terendam, teringat pula ada sikit spageti dalam simpanan. Baik tukarkan dengan spageti, rupa pun lebih kurang dengan mee je. Kak pb pun kurang suka dengan mee, kekadang sakit perut lepas makan.

Kak pb baru kenal tuan punya blog ni, AlyaSarah. Masa tu sedang tercari-cari resipi mee rebus yang macam Haji Wahid punya. Terjumpa pula kat sini, tapi apa yang kak pb buat ni tak sama seperti resipi Alya, kak pb dah ubah sikit-sikit dengan berpandu pada resipi asalnya. Terima kasih ye Alya, seronok pergi blog Alya, siap dihiburkan dengan lagu dari Bee Gees.....masa tu....terkenang pula zaman remaja ahkak!!

SPAGETI REBUS ala mee rebus
oleh : blog surirumah
sumber : ceria-resipi

Bahan-bahan:
Spageti untuk makan 3-4 orang (kak pb rebus dalam secekak) 
5-6 ketul fish ball, sotong ball, atau apa-apa yang di sukai (menggantikan daging)
4 biji keledek, direbus dan dikisar - kak pb ganti dengan kentang
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar - yang ni takde stok, tak letak
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar - kurangkan 1/4 je sebab buat sikit
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik - tak letak, takde stok
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar - kak pb ganti dengan ikan bilis yg di mesin halus
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng




Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Mula-mula tak faham macam mana nak goreng. Kak pb main agak-agak je renjisan tu, maksudnya sudukan tepung bancuhan tu dan kiraikan atas minyak panas. Kelihatan gorengannya berpecah tapi takpe, asalkan rangup bila di makan dengan kuah.


Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur - ada taugeh lagi sedap, kak pb takde
limau kasturi, dibelah dua
udang rebus - kak pb tambah sendiri

Cara-cara untuk Kuah:

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.


Memang sedap sangat, seolah-olah sedang makan di Angsana JB sana. Alhamdulillah, lepas juga rasa rindu nak makan mee rebus Haji Wahid......huhu....tersedak pak aji tu kena sebut selalu.






12 ulasan:

  1. dah tergoda nengoknya nii...
    dah ler ari posee...tak pa kuatkan iman...hihihi

    mmg nnpk mengancam jer..

    BalasPadam
  2. SAlam Kak Zana cayang.. wahh terliur sudah... sedap naa tuuu.. :))

    BalasPadam
  3. Peh! Sedap tu kak. Sy klu bt ape2 resipi mi, mmg suke gantikan dgn spageti sbb kurang muaknye.

    BalasPadam
  4. @ainnoraini
    haha...kalau puasa, semuanya tergoda, air paip pun sedap!

    BalasPadam
  5. spageti ka mee ka..yg penting dapat merasa ala2 hj wahid punye...(x penah mkn kt sanaaaa pon...hihihi)

    BalasPadam
  6. as salam kak..saya menyinggah ke blog akak ni...

    Terima kasih sudi share resepi sedap ni...insyaallah dpt sy jadikan panduan nk memasak wiken ni...

    Tq sudi singgah ke blog saya..salam kenal dan follow :))

    BalasPadam
  7. Salam perkenalan dari saya juga..aduhai kecur air liur tgk spageti rebus nie, betul2 nampak sedap..nnt saya nak trylah kak bolehkan.

    BalasPadam
  8. @Rahmah Ram Ram
    terima kasih erana sudi balas kunjungan akak..

    BalasPadam
  9. @INA
    cubalah Ina dan terima kasih atas kujungann ni..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)