my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Putu Mayam kejong


Semalam kan, anak bujang kak pb nak makan putu mayam. Sini mana la nak cari putu mayam yang sedap, macam takde je. Memang favourite dia masa dok Kajang dulu kita orang selalu beli bila hari minggu di pasar Kajang. Tanyalah orang Kajang, aci tu buat beratus-ratus keping agaknya. Ramai pelanggan dia. Kalau beli pukul 7 pagi, sampai petang masih lembut lagi, tak perlu nak panaskan.

Tapi putu mayam yang kak pb beli ni di satu restoran yang agak popular juga, hampeh betul. Beli dalam pukul 8 pagi, anak bujang balik dari sekolah kerana ada latihan menari pukul 11 lebih, dah keras kejong. Macam plastik bila pegang. Kak pb macam tak percaya, betul ke....... dia orang ni buat putu mayam dari tepung apa?

Kesian anak bujang nak makan dah keras, terpaksa ibu panaskan kukus. Kelapanya pun tak boleh di makan, macam berbau. Tak sedap satu hal, mahal pula tu. Tiga keping RM 2.40. Kalau aci Kajang tu beli RM2 dah menimbun. Beli tak sampai sepuluh hengget boleh makan ramai-ramai. Memang terbaik la yang aci punya di Kajang tu.....

Beginilah nasib kami tinggal di rantau orang. Teringat nak makan itu ini, telan air lior je atau buat sendiri.

Semalam kak pb main twit-twit dengan artis kesukaan kak pb, Zulhuzaimi. Katanya dia ada di KK sekarang ni. Mungkin hari ni atau esok dia terbang balik KL. Dia tanya mana tempat makan di KK yang paling sedap. Kak pb cadangkan di Restoran Gayang, Tuaran dan Restoran Masakan Sedap di Luyang. Katanya dia akan pergi petang semalam.......hehe....seronok bertwit dengan artis yang kita minat tapi setakat tu je la. Nak pergi cari dan jumpa dia, memang tak laaa.......minat boleh tapi jangan sampai mengabaikan perkara lain yang lebih penting dari itu. Kak pb bertwit pun untuk suka-suka lepas perasaan bosan.

9 ulasan:

  1. kak..saya lama dah tak makan putu mayam..kat sini(lipis)..susah gak nak cari..tak pernah jumpapun..dulu duk KL kat umah mak mudah je(waktu kecil2 dulu)..sekarang pun nak cari tak tahu kat ne...sedaplah..terliur..gitu lah saya bila duk merantau negeri orang ni..

    BalasPadam
  2. salam kenal...
    kak, sy penah mkn putu mayam yg plg sedap pun dr bangsa india yg buat..klu yg lain, rasa biasa2 aje...

    wahhh..bkn main lg ye kak bertwit2 dgn artis gitu...:)

    BalasPadam
  3. @ummiarissa
    Org kita tak pandai buat kan? Dok jauh merantau kena tahan nafsu...

    BalasPadam
  4. @Salmiza
    Terima kasih Sal sudi dtg blog akk. Org India terror buat putu mayam, dah mknn dia agaknya.

    Hehe....saje je suka2, terlanjur dia dtg kk.

    BalasPadam
  5. cerit pasal putu mayang nikan.. akk teringat..masa anak akk nak makan sangat*kes susah nk carila*..akk celorkan meehoon gaul dgn kelapa parut n gula merah..jadi jugak..hehe

    BalasPadam
  6. putu mayam! mai peberet ni.. stiap kali ujung mnggu ada pasar tani, mesti beli punya.. hehe..

    lagi satu putu buluh..

    BalasPadam
  7. Slm kenalan kak pb...berkunjung di sini n 4low...lama dh x makan putu mayamnya...dulu kecik2 beli kat india naik moto...sedap mkn dgn gula melaka n kelapa ...:))

    BalasPadam
  8. assalam zana, putu mayam susah sikit nk cari, kalo putu piring ramai org jual kat pasar mlm. Akk selalu juga dengar belakang rmah akk ni putu mayam2x jual guna motor, tapi akk tak pernah beli n tgk pulak penjual tu

    BalasPadam
  9. Salam,
    Tengah2 bloghopping ni terjumpa pulak blog akak. Hari tu time kita bertwit2 dgn Zulhuzaimi tu, akak twit saya kata yg akak kat kk pun susah nak jumpa dia...ingat ke? hahaha...anyway. hello!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)