Anak bujang kata, tahun ni anak murid ayah ada perubahan. Perubahan apa? Katanya tahun ni ayah banyak sikit dapat hadiah.....hehe.....budak ni, itu pulak yang di fikirkan. Ayah tak kisah anak murid bagi hadiah ke tak. Dulu-dulu pun dah berbakul ayah dapat, sampaikan ada lagi dalam kotak yang tersimpan kemas. Biar pun kecil, ayah tetap hargai.
Masa balik dari sekolah hari tu, anak bujang yang tak sabar nak buka hadiah. Tapi ibu larang sebab.....ibu nak bergambar dulu....hehe.....lepas makan, sembahyang, belajar......barulah sesi membuka hadiah berlangsong.
Ada yang bagi coklat, gelas, mug haruslah ada, jam, frame dan paling melucukan ada yang balut buah limau bali tapi jenis kecil. Anak bujang ingatkan bola.....haha....siap sepak-sepak lagi, rupanya limau.
Tahun ni ayah agak seronok kerana dapat pujian dari cikgu-cikgu sesi pagi. Sebabnya ayah dapat buktikan pasukan kriket sekolah dia terpilih (sorang je murid yang pergi tu) untuk bertanding peringkat negeri di Johor nanti. Maka katanya berduyun-duyun murid datang nak join kriket. Ayah senyum je......dulu sorang pun tak peduli. Ayah susah payah beli barang kriket beratus ringgit guna duit sendiri, taknak harap duit sekolah. Sampaikan bat kriket pun dah patah sekarang ni. Nak ganti baru bukan murah. Tapi ayah tak berkira, keluar duit, keluar peluh demi anak murid dan minat.
hadiah selepas sesi mengoyak balutan....
Ada sorang anak murid ayah, datang pada dia dan ucapkan selamat hari guru dengan wajah sayu. Katanya, cikgu maaf ye, saya tak beli hadiah untuk cikgu. Ayah jawab, tidak apa.......yang penting, saya nak awak belajar sungguh-sungguh, hadiahkan kejayaan untuk cikgu.
Lantas dia pun peluk ayah erat, penuh kasih dan sayang.......ibu pula yang syahdu mendengarnya.
Anak ibu pun tersengih je dengar cerita ayah. Ucap hari guru, hari ibu pun kena suruh, kena ingatkan......kalau tidak.....entah la...anak lelaki mungkin kurang sensitif benda-benda begini. Sabar je la ibuuuu...
Nak selit juga bab-bab masakan.....
ni kuih kundas (mengikut dalam resipi) tapi kita orang biasa panggil jemput-jemput manis je....
Emak biasa buat dulu-dulu, tepung gandum secawan, 3 sudu gula, 1/2 st soda bikabonat, 1/2 cwn air. Kak pb ikut sukatan dalam blog siapa tah....maaf la lupa pula. Kak pb goreng pun main tuang atas minyak gitu je, takde bentuk-bentuk, tak kuasa. Dapat sepiring untuk sarapan pagi semalam.
sedihnya kak, tak semua parents mampu nak beri hadiah pada guru2 kan, yang tak mampu mesti terasa.
BalasPadamskrg ni dah jadik macam wajib kan, zaman kita dulu lebih pada buat kad tanda terima kasih kita atau buat perform, zaman dah berubah peruntukan pun kena banyak sbb banyak guru yang mengajar ;)
salam zana,
BalasPadamsekarang dah trend murid bagi hadiah pada guru semasa haru guru. Sebenarnya guru tak mintak dan mengharap pun. Yang berniaga pula tumpang sekaki ambil untung.. hehe..
Jemput jemput manis tu mengingatkan kakpah pada arwah mak. Dia pun suka buat jemput2 manis ni untuk minum petang.
dah jadi trend kene bg hadiah pulak. kesian pada anak2 yang tak mampu. harap2 cikgu2 pun boleh berpesan pada anak murid hadiah barang tak perlu tapi hadiahkan kejayaan buat cikgu seperti suami akk pesan. saya pulak yg terharu. :)
BalasPadamtersentuh sy baca coretan akak pasal anak murid tu.. nampak dia terlalu sayangkan cikgunya ibarat dia sayangkan ayahnya kan....
BalasPadamaduhai.. bergenang airmata sy bila baca dialog anak murid yg tak bawa hadiah tu, huhuhu
BalasPadamSalam K.Zana,
BalasPadamsedih pulak bacanya.....):
sy pun x penah dulu bgi cegu hadiah...sbb x mampu.....
tp sy ingt smua cegu2 yg pernah berjasa pda sy....
Sedihnya Kak... baca kisah budak tak mampu tu, hampir nak menitis air mata saya, mujur la arini posa, tak jadi nak nangis.
BalasPadambab yg murid tak dpt beri hadiah tu yg sangat touching FB..meleleh air mata akk.teringatkan sesuatu..sob2x
BalasPadambukan hadiah yg penting tapi sekadar doa dan ucapan pun sudah memadai...:)
BalasPadam@Nieza Ishak
BalasPadamMajority cikgu x kisah nieza, cuma bdk2 ni terikut2 kwn dia.
@ibundo
BalasPadamBiasanya mcm tu ler kak pah, cikgu2 ni ikhlas mengajar tnpa hrp hadiah mereka.
@Asmara
BalasPadamRasanya cikgu dah pesan tp bdk2 ni nakkan cikgunya gembira kot.
@MaDiHaA a.k.a Ratna
BalasPadamYe kot Madiha....hubby tu syg budak2.
@Sari Yusa Ibrahim
BalasPadamTerharu kan....:-(
@Asyifa Mustaffa
BalasPadamHehe....sama je dgn org yg menulis ni Asyifa.
@Miss Mirror a.k.a Sam
BalasPadamRajinnya MM posa? Sib baik x meraung..
@kakyon
BalasPadamMaaf la kak rose.....teringat kisah dulu2 ye?
@adarnadzmie
BalasPadamBetul tu......mendoakan diri anak murid n cikgu sendiri lebih di tuntut.
betullah hadiah x penting....ingatan tulus ikhlas dgn ucapan dh memadai.
BalasPadam