Sana sini orang sebut nama kak besah ni, sampaikan kak pb pun tertanya-tanya, istimewa beno kak besah tu? Pergi blog sana, kuih kak besah......blog sini pun, nama kak besah juga yang di sebut. Untunglah kak besah ni, banyak dapat pahala sebab berkongsi resipi, sedap pula tu!
Kak pb pun dah termakan dengan kata kawan-kawan blogger, contohnya kuih kaswi pandan lemak ni. Punyalah sedapnya, berketul-ketul masuk dalam perut kak pb ni. Dah la lembut, lemak, lembab.....cukup 3L. Ni semua gara-gara terperangkap di blog Dapur Ibundo. Kak pb nak kongsi juga di sini, untuk simpanan dimasa akan datang, bukan untuk anak dara (takde anak dara, tunggu menantu pun entah sempat ke tidak)
KUIH KASWI PANDAN LEMAK
oleh: blog surirumah
asal : kak besah
sumber : ibundo
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.
1 sudu teh pandan paste - Bundo tambah
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.
Cara membuatnya :
Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur.
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup.
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.
Kak pb ikut macam ibundo, guna acuan lompang je, senang nak ngap. Hantar orang sebelah sepiring, kesian dia baru bersalin, entah apa masaknya.
nota kak pb: ni buat beberapa hari lepas, kak pb sibuk sikit nak bw pagi ni, tengahari baru free..
amboi kak.....sy nak gak sepiring.! X kan orng tngh pntang je kut....ish...x leh jdi nie......nie ha kak sy bgi piring....meh letak sini buat bekpes pgi nie....hehe......
BalasPadamSalam Kak Zana... wah memang betul sana sini semua dah cuba kaswi pandan ni.. sha tak lagi... Insyallah nanti nak cuba nak rasa sendiri kecur jugak ni.. tapi nak membuat teman nak makan tu tak de hehehe.. tunggu cukup forum baru buat
BalasPadamsedap! tun belom buat lagii!!! insyaAllah nnti nk buat jugak. senang x nk kuarkan kaswi tu dr acuan lompang ni kak zana??
BalasPadamHalamak! Sedapnya. Ni klu masuk dlm mulut nie, adeh...tak ckp sebutir kak! Heheheheh...
BalasPadamTerasa rasa sedapnya kuih kaswi tu...Bila lah nak cuba buat nih ?
BalasPadamSalam Zana...
BalasPadamwah sana sinun teman dah buat kaswi pandan ni... marbeles nmpk... lagi2 kena yg goyang2x inul g2 hehehe