my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Salad Ayam

Sekarang ni kan, kalau masak untuk makan tengahari atau malam, selalu tak habis. Daripada masak nasi satu gelas suku berpindah ke 3/4 gelas je. Itu pun tak habis juga. Adakah selera kami dah berubah? Masak berlemak pun dah kurang. Harap-harap perubahan ini berterusan sepanjang masa. Bukan hangat-hangat tahi ayam.




Masak macam ni simple pun dah sedap. Dada ayam sahaja yang di gunakan. Kalau bahgian dada ni masak kari, lemak atau jenis berkuah, masing-masing mengelak. Semua nak bahgian kepak dan peha. Bila buat begini, habis licin.

SALAD AYAM
oleh: bLOG surirumah

1/2 isi ayam bahagian dada
salad ikut suka
1/2 st serbuk lada putih
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar cuka/perahan lemon (kak pb guna dua2)
1/2 biji bawang besar hiris nipis
1-2 batang lada hijau dan merah
1 biji tomato dihiris (buang isi dalamnya, tak buang pun takpe)

Ayam tu kak pb perap dulu dengan bawang putih, serbuk lada hitam, sedikit gula dan garam.
Lepas perap dalam beberapa jam, bakar dalam oven atau atas kuali leper, guna dapur gas je.
Balik-balikkan hingga masak. Kak pb guna olive oil untuk bakar ayam ni.
Potong memanjang bila nak di hidangkan dengan bahan-bahan lain tu.

Kak pb buat sosnya dulu, nak makan baru masukkan ayam dan semua bahan.
Maksud sos tu, kak pb gaulkan cuka/lemon, gula, lada serbuk, bawang dahulu.
Bila nak makan barulah kak pb gaul semua sekali.



Cubalah......tidak mengecewakan bagi mereka yang tidak suka dada ayam, macam kak pb.

9 ulasan:

  1. kak zana....salam kenal...ke macam dah kenal...hehehhe..confuse sat....terima kasih sudi follow blog saya..:) sedapnya salad..saya pun risau je nak diet ni...takut hangat2 taik ayam je...kekekke...

    BalasPadam
  2. @quinnie
    W'slm QQ...rasanya akak dah follow blog awak, lupa eh? takpe2...ramai sgt kwn blogger, mcm tu ler.

    BalasPadam
  3. salam kak.zana,
    menu sihat nie...nnti nak try lah...:)

    BalasPadam
  4. waaa .. best ni zana. KC mmg feveret salad-salad ni. tp kalau dpt yg zana sediakan lagi best, kannn. hehehe.

    BalasPadam
  5. sedap juga ye kak buat macam ni je...kenyang juga...betullah kak,anak2 suka memilih makan ayam ni..kalau masak lain sikit baru nak makan..

    BalasPadam
  6. @ummiarissa
    Anak bujang akak ada masakan tertentu baru dia mkn, pelik skit orgnya.

    BalasPadam
  7. makan dgn roti pita sodap salad ni.....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)