Kak pb order macam biasa, soto ayam dan neslo. Hubby order kopi tongkat ali susu (sekarang ni suka pulak tongkat ali tu) dan roti canai kosong. Sedang makan, tetiba kat belakang kak pb kelihatan pekerja restoran berkumpul dan menunjuk-nunjuk atas lantai. Nak tau apa? Ulat keluar dari celah jubin/marmar lantai restoran. Bukan sikit, habis di sapu... dia keluar lagi. Semua pekerja mendongak ke atas, mungkin jatuh dari atas bumbung. Tapi setelah di periksa dari tingkap tingkat atas, tiada apa-apa pun bangkai.
Kak pb kata, mungkin dari tempat sampah kot? Tapi tak mungkin pula sebab tempat sampah tu jauh juga dari restoran. Sebelum ni tak pernah terjadi dan kak pb nampak sendiri, ulat tu keluar dari celah-celah lantai. Entah apa masalah agaknya restoran mereka ni. Pelanggan memang ramai dan kebanyakannya orang yang datang adalah pekerja pejabat sekitar situ dan student yang berdekatan. Memang restoran ni sering penuh tak kira pagi atau malam. Setakat yang kak pb nampak, restorannya bersih dari dapur hingga ke depan. Pekerja pun bagus, cepat dan cekap serta peramah. Mungkinkah ada yang dengki? Wallahualam......
Balik dari restoran tu, hubby masuk bilik air belakang dan kak pb guna bilik air dalam bilik. Pintu depan (grill) memang terdedah, biasanya kak pb tutup pintu tapi hari ni terlupa pula. Tiba-tiba kak pb dengar hubby menghalau sesuatu lepas keluar dari bilik air. Tanya dia kenapa?
"Anjing besar gila warna kuning masuk dalam rumah kita!" kata hubby.
Mula-mula halau dia taknak keluar, kata hubby melilau mata dia tengok rumah ni, agaknya pelik tak pernah masuk. Mesti dia salah rumah ni. Kak pb taktau anjing siapa tapi mungkin ada tuannya, terlepas dari pagar rumah. Ish......bahaya betul la bela anjing tapi tak tengok mana dia pergi. Teringat kisah sorang veteran yang berjoging dan mati di gigit anjing. Lepas ni kak pb takkan biar gate depan terbuka luas. Kalau nak buka pun, grill pintu depan rumah kena kunci.
Entry masakan wajib ada walau simple je. Semalam kak pb buat rojak tauhu ikut suka hati sendiri. Sebenarnya emak kak pb selalu buat ni dulu masa kami masih remaja. Masa tu mak ambil tender kantin untuk para pelatih anak-anak peneroka. Jadi kak pb selalu la tolong emak mesinkan cili, kacang tanah dll......buat banyak mana boleh tumbuk kan?
Kuah rojak tauhu ni kak pb buat ikut macam biasa emak buat. Mungkin ada yang kata kak pb tiru orang lain, terpulanglah.
Kuah untuk makan 2 keping tauhu yang di goreng. Dulu, kalau buat banyak, mak gunakan cili hidup merah dan campur dengan cili padi.
3 biji cili padi - cukup la tu, ni pun dah pedas sangat bagi akak.
2 ulas bawang putih
2/3 genggam kacang tanah goreng dan tumbuk kasar (halus sangat pun tak, kasar sangat pun tak)
air asam jawa secukupnya > gunakan air masak
4-5 sudu besar kicap manis/masin pun boleh
Gula ikut kemanisan yang disukai
Tumbuk cili padi dan bawang putih, masukkan dalam mangkok.
Tumbuk kacang tanah goreng. Gaulkan bersama bahan2 di atas.
Tak perlu masak, main gaul-gaul je. Dah siap.
Gorengkan tauhu, potong ikut suka.
Kalau ada timun, sengkuang, nenas atau apa2 bahan buat rojak lebih sedap.
Kak pb takde semua tu, cuma makan dengan salad je, cukuplah.
Memang sedap, tak perlu makan nasi, ni pun dah kenyang tau...
Assalam kak pb,
BalasPadamwaduh anjing masuk dalam rumah ya..anjing sesatlah tu..uish betul tu lain kali kena tutup gate tu atau pagar pintu...tauhu kita suka, hari2 makan tauhu pun kita taak kisah..masak apa dengan tauhu pun kita suka..kecur pulak tengok rojak tauhu kak pb ni..
Seram lak baca entri akak nie. Mcm ade unsur2 mistik. Blk rumah, tiba2 ade anjing lak. Ishh...kecut perut sy.
BalasPadamsalam kenal... sedapppnya.... tekak tengah pahit... nampak apa semua sedappp aje..
BalasPadam@Ayu
BalasPadamW'slm ayu....mungkin kot, hrp2 anjing sesat..
@Pok Amai-Amai
BalasPadamIsh...fara ni buat akk takot je.
@ogyep yummy mellow
BalasPadamKnpa plak pahit? Tak sihat kot, slm kenal dr akk n t.kasih follow akk.
KC paling tak suka anjing termasuk dlm rumah ker .. kereta terlanggar anjing ke .. anti betul la.
BalasPadamYg psl vietnam tu kan Zana, KC gi sendiri .. tak ikut mana2 travel agent. KC book hotel sendiri, book flight sendiri .. semua KC buat sendiri. Kalau zana nak gi bgtau ye. nnt KC tolong.
simple tapi mmg sedap sgt ni...
BalasPadamkak pb, saya ambik resepi ni ek...teringin nak cuba jugak
BalasPadam@kakchik@ella
BalasPadamterima kasih KC, nanti akak inform kalau betul nak pergi ye.
@FnF Simple Life
BalasPadamtu la pasal, akak ulang makan tah berapa kali.
@Ann Ishak
BalasPadamsilakan Ann..
anjing? bahaya betul tu.
BalasPadamrojak tahu tu sedap yang amat. terasa dah dalam mulut ni.