my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Tart Nenas dan kisahnya..


Seharian semalam kak pb sibuk dari pagi sampailah ke malam. Sibuk apa eh? Tak kerja pun sibuk jugak ke? Sibuk goreng mi hoon untuk anak murid cikgu fahmi kak pb ni, seratus orang je tapi berkecahnya dapur macam ribu orang order.....hehe.....habis je bungkus bangkis, mob lantai pulak. Sambung lagi masak untuk tengahari, sambung sidai kain baju, sempat singgah pasar KK sebelum buat semua tu tau!

Selesai tugasan tempahan orang punya, kak pb buat tart nenas pulak. Entah kenapa semalam angin rajin sudah mari daaa......sampaikan tak sempat balas komen kawan-kawan di blog. Takpe, lepas ni hubby ke Sandakan lagi kerana tugasan dia sebagai jurulatih kriket, boleh la kak pb conker pc ni.

Eh, lupa nak perkenalkan hidangan yang di atas tu. Itu upah kak pb, seharian berpenatan di dapur, malamnya kami berdua lepak di Restoran Kak Nong lagi selepas menghantar anak bujang ke rumah opahnya. Opahnya asal cuti je mesti nak budak tu kat rumah dia dua tiga hari. Biasalah, orang tak ramai anak, macam tu ler.......
Best woooo.....honey dew pearl strawberry ni, ada macam rumpai laut di atasnya. Pearl tu sedap di kunyah, krup krap....ada isi jagung manis, filling strawberry yang di blend halus. Biasanya kak pb tak suka desert begini tapi kali ni, habis semangkok kau! Cuaca pula panas terik......hemm...apa lagi, laku la ais dimana-mana saja.

Ok, resipi tart nenas ni kak pb ambil dari teman di Bintulu Sarawak, jiran sebelah je ni tapi kak pb belum ada kesempatan nak melawat Sarawak. Terima kasih Reen, sedap sangat tart ni, lembut dan gebu, lepas tu ada rasa masin-masin sikit sebab marjerin kot (kak pb campur planta sikit je) Nak terjah blog Reen sini, macam-macam ada.

sebelum ni pernah juga buat tart tapi guna resipi lain, ada di sini

TART NENAS
oleh: blog surirumah
sumber: fb Reen Khan

3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula icing
250 gm butter
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu tepung
**cara
1. Campurkan kesemua bahan tadi menjadi 1 dan boleh dibentuk.
2. Letakkan jem nenas di dalamnya..
3. Bakar 170 c
** inti
1 Parut jer nenas tu, pastu tapis jap air dia.. Masak jer ngan gula, daun pandan dan sebatang kulit kayu manis. Masak sampai pekat n berkilat.. Boleh buh air sikit untk bg dia mesra.. Gula dia biasanya saya ikut rasa.. Tak suka manis sgt.. Suka cam ada masam2 sikit.. Tu selera saya la
1 adunan guna 2 biji sedang nenas
** Butter tu saya campurkan dengan sedikit margerin supaya tart tu tahan sbb margerin ada bahan pengawet kann.


#Inti nenas kak pb beli je, tak kuasa nak menebeng tepi dapur. 


Ada kisah disebalik tart nenas ni.........kak pb pergi kedai bakery nak cari acuan tart. Tanya tokeh tu, mana acuan tart yang macam ni, yang gulung punya? Dia pun tunjuk, kak pb sangka acuan tu kak pb dah ada. Oh, ni saya ada......ingatkan ada yang baru ke...takpelah, saya tak mau. Lepas tu baliklah dengan kodifennya ada acuan di rumah. 
Doh dah siap, carilah dalam kotak toyogo acuan yang kata ada tu......emaaaaaak....tak adaaaaa! rupanya yang ada acuan deko kek yang hampir serupa. Aku sengal!! Akhirnya terpaksa guna acuan samprit, naik pedih tangan ni menekannya. Adoi hai....kena beli jugak lepas ni....




Dapat sebotol lebih, cukup dulu kot. Akan di terbangkan ke semenanjung malam ni, itu pun kalau adik ipar janji nak bawa elok-elok, tak mo campak dalam bagasi. Kena duduk di samping dia sepanjang masa, sanggup ke dia?

11 ulasan:

  1. Zana memang jenis tangan buat apa pun menjadi. Kuih tart gulung nie bapak kakak suka sangat. Kakak pulak bukan jenis rajin macam Zaa... so beli ajelah selalu..

    BalasPadam
  2. Salam kak,
    mcm nak raya pulak dah...hehe...smngt mmbuatnya tu...tp tu la kan..kalau semangat kerajinan tu tiba2 je dtng...nak beron9 pun mood x dek kan...
    kulitnya tu...nmpak gebu je gak...

    BalasPadam
  3. Salam Kak PB hadoiiii memang rajin betullah dia!!! macam robot! semua benda buat sekaligus!

    aduhaiii tart tu sedapnya...... kecur dah jadi tukang tengok ni hah! guna acu semprit hahaha hadoi sure sakit tapak tangan tu menekan yaa... apa pun memang terbaik!

    BalasPadam
  4. assalam
    tq ye sudi kenal2 he he
    rajin kak Pb ni,memang kesukaan ramai tart nenas ni, sedappp
    cuma memang malas nak menekan tu, kalau buat sekejap je ni habis

    BalasPadam
  5. rajinnya zana. Dahlah masak utk seratus org.nbukan sikit sikit tu. Pastu smbung lagi buat tart. Adei...kalau kakpah dah tak sanggup tu.

    BalasPadam
  6. @Kakzakie
    Alaa....yg jd je tayang kat sini kak zakie..:-)

    BalasPadam
  7. @Asyifa Mustaffa
    Ye la shifa, asal tart je mesti ingat raya kan?

    BalasPadam
  8. @Shahriah Abdullah Novelis
    Rajin sehari je Sha....malasnya berhari2...haha
    Sakit jari ni tak hilang lg tau!

    BalasPadam
  9. @ibundo
    Ni permintaan hubby ibundo, layan jek..

    BalasPadam
  10. cantik..terima kasih kerana mencuba resepi ini ..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)