my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tauhu Poket

Assalammualaikum semua....

Tauhu kak pb dah 2 hari dalam peti sejuk. Kalau tak goreng, hubby bising sebab kak pb ni pantang nampak tauhu kat pasar. Mesti nak beli. Kak pb memang suka tauhu walaupun ada orang kata rasanya tak sedap. Berbanding dengan air soya, kak pb kurang suka. Melainkan taufu fa.....itu memang kegilaan kak pb.


Tapi....jangan tau makan je....kena tau kebaikkannya. Meh kita kongsi kebaikan kacang soya ni, sumber dari saji online

KEBAIKAN SOYA:

1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.

2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua  kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

 
TAUHU POKET 
 @blog surirumah
  • 5 kpg tauhu- kat KK ni tauhunya tebal dan lembut, 2 keping boleh boleh dapat banyak
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus
  • 1 inci lobak merah diracik halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yang dikeluarkan jangan buang.
  2. Hancurkan isi tauhu tadi dengan sudu. Campurkan semua bahan lain kedalam tauhu yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  3. Sumbatkan bahan2 yang telah digaul tadi ke dalam tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dengan minyak yang panas
  4. Boleh dijadikan lauk atau snek yang dihidang bersama dengan sos.... 
Terima kasih pada penyumber resipi, akan selalu ada dalam hidangan kami selepas ini.

12 ulasan:

  1. slm zana..

    sedapnya... my fav ni... minta izin cnp resepinya...

    BalasPadam
  2. walalikummussalam, silakan wana.

    BalasPadam
  3. SAlam Kak PB cayangg.... wahh pagi2 dah ada tauhu garing kat sini...
    kecurr lah pulak ni....

    simple aje... tuu..:)) sedap!

    BalasPadam
  4. asslm Kak Zana...sedap tu mkn tauhu poket tu panas sambil dicicah dgn sos..QH mmg pminat tauhu jugak...

    BalasPadam
  5. Kreatifnya Kak Zana nie. Sy selalu gak mkn tauhu mcm nie tp punyelah lembab otak nak msk mcm ni kat umah. Mmg sy amik resipi nie ye kak?

    BalasPadam
  6. sedap nih! tahu mmg bagus kan. saya suka taufu fah jugak! :D

    BalasPadam
  7. @Pok Amai-Amai
    Takde la fara....resipi org lain ni, akk cuba je.

    BalasPadam
  8. Keluarga kakak pun penggemar tauhu zana. Goreng cecah dgn sambal kicap pun dah sedap apa lagi buat poket isi dgn inti pelbagai ini.. mesti sedap:)

    BalasPadam
  9. @Kakzakie
    lepas ni kakzakie cuba buat poket pulak, mesti mereka pun suka..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)