my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan merah tumis cuka


Masakan paling simple dalam dunia kot....haha....angin malas sudah mariiiii.
Resipi dari encik MatGebu yang gebuss, walau belum pernah ku jumpa orangnya tetapi popularnya mengalahkan Aznil Haji Nawawi.....hehe..

IKAN MERAH TUMIS CUKA
oleh: blog surirumah
sumber n asal: matgebu, 1001resepi

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan merah saiz sederhana, disiang, cuci bersih dan kerat 4
Sedikit garam dan serbuk kunyit
3 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 cm halia muda, hiris halus
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1/2 camca teh biji sawi
1 kayu manis, resipi asal tak letak
1 kuntum bunga lawang, resipi asal tak letak
1 camca besar cuka (mat lebihkan sedikit)
3/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis biji sawi, bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan air, bila mendidih tambah gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan cuka dan cili merah/hijau. Tambah ikan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....

8 ulasan:

  1. masakan fav akk ni zana.. paling best klau hiris lada hijau tu banyak2..

    BalasPadam
  2. Kak zana..sy x pnh lak msk gini..sedap yer kak?leh try len kali nih...nmpk mnyelerakan wpun simple.. :-)

    BalasPadam
  3. @dZana
    zana jarang buat, tak teringat pun..

    BalasPadam
  4. @HaSue
    rasa mcm kita makan acar timun tu..

    BalasPadam
  5. assalam zana, mmg simple je mskkan ni, akk pun belum cuba lg, len kali boleh buat ni

    BalasPadam
  6. masakan simpel macam ni yang selalu laris.

    zana,
    zana ni tinggal kat sabah ke kat bangi. Konfius dah kakpah ni.

    BalasPadam
  7. @EmbunRosaliza
    senang je ni, pejam mata pun boleh masak...ngeee.

    BalasPadam
  8. @ibundo
    zana ni sebenarnya skrg di Sabah, famili ada di Bangi kak pah. bila balik semenanjung zana balik sana atau kelantan....hehe...jgn konfius.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)