my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Begedil Udang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Catatan ringkas dan pantas terlanjur celcom brokband tengah ok ni. Cuaca mendong kat luar tu, semalam PB puasa sempena Israk Mikraj, petang hujan lebat sampai malam. Alhamdulillah, setelah beberapa hari panas kering bumi disimbahi hujan rahmat.

Ni resipi begedil udang ciptaan sendiri. Dah buat dua hari lepas tapi tak sempat nak update kat sini.


2 biji kentang dikupas dan potong, kemudian di goreng (kalau famili ramai, lebihkan kentang tu)
Udang basah 10 ekor (kat sini udang besar2 tak perlu banyak)
serbuk lada hitam dan lada putih
Sebiji telor
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Resipi ni PB cipta untuk anak yang tak makan sayur dan bawang. Sepatutnya begedil letak bawang kan? tapi PB tak boleh letak, nanti anak keluarkan balik.
Goreng kentang yang telah dihiris hingga kekuningan.
Tumbuk kentang goreng tadi dan letakkan sedikit garam.
Udang dihiris halus-halus dan campurkan bersama lada sulah, lada hitam.
Bentukkan bulat begedil tadi.
Pecahkan telor, kacau rata dan celupkan begedil kedalam telor untuk digoreng.
Api gorengan jangan terlalu kecil, nanti begedilnya serap minyak. Tak sedap.

Senang kan? boleh la cuba.....kalau tambah cili hidup, bawang dan daun sup pun sedap.


Hubby kata, dalam banyak-banyak awak masak, yang ni paling sedap......huhu....ada ke gitu? tak patut....tak patut....sebab selama ni PB tengok semua yang dia makan, nampak berselera je. Bukan PB masak, kat restoran pun dia berselera....hemm....boleh caye ke?

8 ulasan:

  1. begedil ni cara buatnya macam cekodok la ek..

    BalasPadam
  2. tengok gayanya sodap ni zana. harus akk coba nie..

    BalasPadam
  3. tengok gayanya sodap ni zana. harus akk coba nie..

    BalasPadam
  4. Mamaema, begedil memang sedap, terutama org Johor suka sgt bergedil.

    BalasPadam
  5. kakyon...haruslah cuba, hehe..

    BalasPadam
  6. Mrs Yie...cekodok guna tepung jdnya tak sama..

    BalasPadam
  7. wah dapat pujian ikhlas dari suami tersayang....terbaik tu !

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)