my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

OPOR DAGING - kuali.com


Sambil update blog, sambil dengar ceramah 'Memahami dan Mengurus Takdir' oleh Ustaz Pahrol dari blog Nur Cetusan Rasa. Terima kasih ye Nur kerana sayangkan kakpb dan juga kawan-kawan lain seperti kakzakie, kakcik seroja, mommy fara dan ramai lagi kawan-kawan yang perihatin. Walau mereka tidak tahu, tidak faham dan tidak dapat menyelami masalah kakpb, cukuplah sekadar kata-kata semangat. Mungkin bagi setengah orang, sikit sangat dugaan kakpb ni. Hanya Allah yang mengetahui nya.

OPOR DAGING
oleh: @blogsurirumah
sumber: Chef Rossham Rusli, kuali.com

1/2 kilo daging lembu, potong seperti buat rendang
Minyak masak untuk menumis

Bahan untuk rempah/kisar:
5 labu bawang merah - kakpb guna bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
sedikit halia
5 biji buah keras - letak 3 biji saja
2 sudu besar serbuk ketumbar
3 inci lengkuas - takde lengkuas, dah kecut merut dalam peti
4 batang serai
1 sudu kecil lada putih - kakpb tukar serbuk lada hitam
1 cwn air
1 liter santan
1 cwn kelapa kerisek - separuh je letak
3 sudu besar asam jawa campur dengan 1/2 cwn air
110 brown sugar
10 gm cili powder - kakpb tak letak
250 ml air
1/2 cwn cili kering mesin
garam
daun limau purut - kakpb tambah sendiri
(kakpb masak separuh saja dari resipi di atas)

Cara membuatnya:
  • Rebus daging selama 30 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan rempah tadi.
  • Tambah cili kisar dan serbuk cili. Kacau sehingga naik minyak.
    Tambah air kosong dan biarkan ia mendidih.
    Masukkan ke dalam kiub daging lembu yang di rebus tadi.
    Kemudian, masukkan santan dan air asam jawa.
  • Kecilkan sedikit api dan kacau rata selama 3 minit.
    Kemudian tambahkan garam, gula perang dan kerisek.
  • Biar kan reneh sehingga daging empuk dan lembut.



 Buat sahur pagi tadi, makan dengan roti keping.......macam rendang juga rasanya. Cuma kakpb biarkan kuah berlebihan, taknak kering sangat.

Selamat berpuasa dan selamat memasak....

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w)
 Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda- tandanya

1. Merahsiakan ibadahnya
2. merahsiakan sedekahnya
3. merahsiakan ujian yang menimpanya
 



Ayam Beriani Madu (bukan untuk si madu)






Sorry ye, gambar agak kelam......dah nak berbuka baru kelam kabut snap gambar. Nanti sibuk dengan kamera adjust tu adjust ni.....marah pulak orang yang menunggu nak berbuka. Tapi, bulan puasa ni, suami-suami kena banyak sabar dengan kerenah isteri dan begitu juga si isteri. Sabarlah sangat akak ni.......kekadang terlepas juga rasa marah tu......cuma tak berpanjangan je.

Hari sabtu lepas, kakpb masak Ayam Beriani Madu......alamak...kakpb pantang dengar MADU. Suka dan benci......suka minum madu dan tak suka nak 'bermadu'....mintak maaf la ye kalau ada yang terberkenan dengan cikgu fahmi kakpb :) Kongsi resipi boleh......kongsi suami.....oh no no no......Doa kakpb di bulan mulia ni, biarlah kami kekal bersama hingga akhir hayat, insyaallah.

Apa pula merepek kakpb ni kan? Resipi ni dari buku Kompilasi Masakan Ayam. Tengok rupa dalam gambar ada macam merah2 lauknya tapi bila kakpb masak, apasal jadi kelabu asap eh? Rasa lauk ni macam kurma dan sedap makan dengan nasi beriani. Kakpb belasah je dengan nasi putih.

AYAM BERIANI MADU
oleh: @blogsurirumah

Ayam potong 8
2 cawan susu cair
3 biji bawang besar - potong dadu
1 biji limau nipis - ambil jus
6 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar madu lebah (ada ke madu lain selain dari lebah?...hehe)
3 sm kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
Air secukupnya
Garam

Bahan kisar:
5 sudu besar ketumbar
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil lada sulah
3 tangkai daun ketumbar - yg ni takde
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar. Kemudian masukkan bahan kisar dan sedikit air.
  • Bila mendidih, masukkan ayam, kayu manis dan bunga cengkih.
  • Masak sehingga empuk (tambah air jika perlu)
  • Masukkan susu cair bersama madu dan jus limau. Biarkan seketika.
  • Hidang bersama nasi beriani - lebih sedap!


Beberapa hari lepas, asyik berbuka dengan jus tembikai blend bersama buah laici dalam tin, sedaaaaap sangat. Tak pandang dah air teh o panas yang kat teko sebelah.

Selamat berpuasa semua dan selamat beramal!!

Biskut Red Velvet Coklat Chip

Agak-agak dah berapa jenis biskut teman-teman blogger kakpb buat? Mesti berbalang-balang kan? Eh...jarang guna perkataan balang ni...teringat pula kat Anymz, dia yang mula sebut balang kat facebook hari tu. Dalam bayangan kakpb, balang ni......botol besar jenis kaca, iye ke?


 comel tak bendalah tu mencanak ke atas? buruk je......nak tukar style lain pulak lah!

 Bila mengukis kuih raya ni.......teringat pula kat kawan kita si Doktor Cinta ni, apalah yang di buka dan di sahurnya? Opkozz la dia menapau je kan? Mana ada lelaki yang nak masak hari-hari melainkan kalau kerjanya sebagai Chef di restoran, hotel dan gerai :)

Kakpb nak share sesuatu dari facebook, ayat-ayat yang menyentuh hati (sebelum buat biskut, kasi motivasi dulu)

"JANGAN SESALI APA YANG SUDAH PERGI
               JANGAN TANGISI APA YANG SUDAH TIADA
TETAPI BANGKITLAH DAN BINA KEMBALI
       APA YANG TELAH HILANG DAN PERGI"

BISKUT RED VELVET CHOCOLATE CHIP
oleh: @blogsurirumah

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula - kakpb guna gula castor
1/2 cawan gula perang
1 biji telor - kakpb guna telor omega
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu teh pewarna merah
1/2 cawan chocolate chip (putih/coklat)

Cara membuatnya:
Putar butter dan gula dengan mesin pengadun/hand whisk hingga sebati.
Masukkan telor, esen vanila dan putar lagi hingga lembut.
Masuk pewarna merah dan serbuk koko.
Kemudian masukkan tepung, baking soda, garam dan akhir sekali chocolate chip.
Gaul sebati dan cedukkan adunan menggunakan sudu atau apa saja.
Susun dalam loyang pembakar.
Suhu oven 375F (kakpb guna 160C)

Untuk biskut yang kakpb buat ni, kakpb tak campur choclate chip ke dalam adunan sebab kakpb nak guna acuan tart. Malas nak main terap-terap. Kemudian choclate chip tu kakpb tenggek sebiji je atasnya. Lepas ni kakpb nak buat lagi tapi nak campurkan coklat chip dalam biskut sekali gus. Kalau ada kaler putih lagi cantik kot.
Tak kesahlah......yang penting rasanya yang sedap tu, krup krap garing dan terasa koko.

NASI SERAI kak ummi dan chef Liza

Alhamdulillah, baru je habis makan sahur. Sementara menunggu subuh, mengadap blog kejap. Maaf la ye kawan-kawan blogger, kakpb kekadang tak dapat nak blog walking setiap komen kat sini. Tapi nanti kakpb curi masa juga bila kerja rumah dah selesai. Sepatutnya di bulan puasa ni banyak masa terluang, tapi kakpb manjang je sibuknya. Bukan apa........waktu makan kita dah berubah, jadi kena adjust masa untuk berintenet.

Semalam petang kakpb berbuka ni........

tak kesahlah kalau orang kata tak sesuai nasi serai makan dengan kuah lemak, dah itu je yang terfikir kat kepala kakpb ni.......terima kasih pada Ummi Kuantan yang kongsi resipi ni....

NASI SERAI
olehL @blogsurirumah
sumber: Ummi Kuantan

Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru)
- 50 Hidangan Penambat Selera


Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng - akak x buat, x sempat loorrr...
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
  4. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
  5. Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng. 
Bezanya yang kakpb masak, kakpb campur daun sup tu dalam air rebusan...:) kalau dihias atas nasi yang dah masak, confirm kena kuak dengan si anak. Kakpb ikut juga cara kak ummi tu, tumis dalam periok letrik atas api, dah mendidih baru letak kat dapur letrik.

Lain-lain lauk tu macam biasa je masaknya, sambal jejari ketam masak macam sambal tumis. Ikan merah tu letakkan nenas, cili padi dan lain-lain.......memang tak terangkat la punggung cikgu fahmi dari kerusi:p

Nanti free kakpb kongsi resipi biskut Red Velvet Chocolate Chip yang di buat semalam. Takdelah menarik sangat cuma rasanya memang sedap, mesti budak-budak suka.

TOMYAM ALA THAI

nama je tomyam udang, tapi sotong tu....terbaring-baring, siap kuak lentang atas udang...:)

Siapa suka tomyam, angkat tangan!! Anak bujang kakpb ler suka sangat dengan tomyam. Sejak sebelum puasa hinggalah hari ini, asyik bertomyam je kakpb di dapur. Naik muak dibuatnya. Biasa kakpb guna paste tomyam Nona yang dalam botol tu. Tapi semalam (hari Selasa) bosan pula makan rasa yang sama, kakpb cuba tomyam alal Thai, paste buat sendiri. Boleh tahan juga rasanya......wah...puji diri sendiri ni.

Jumpa di blog Intai Dapur Liza dan Liza copy dari Tokeh tart nenas..:) Anymz. Kakpb minta copy paste ye, halal ye......(nampak Anymz dan Liza angguk-angguk tuuuu..)

TOMYAM UDANG ALA THAI
oleh:@blogsurirumah
sumber asal: Rozi Salehin/Ros

Untuk Perencah Tom Yam

6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam
(kakpb tak letak cili kering sebab takut pedas sangat, tapi lainkali nak letak juga)

Cara

Semua bahan di atas di kisar
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes
(masa ni kakpb terus tumis dalam periok, tak buat untuk simpan)
 
 
Untuk Sup Tom Yam

ayam -nama je tomyam, kakpb tak guna ayam pun :)
udang
sotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis
(terserah nak banyak mana sayuran ini)
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
1 ketul kiub tomyam - tak letak
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar - yg ni takde
 
Rebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..
 
Terima kasih pada yang sudi berkongsi resipi yang sedap ni di blog masing-masing. Kakpb akan gunakan resipi ni jika rajin atau bila kehabisan stok paste tomyam kat dapur.

Daging Goreng Kentang dan Terung Goreng Belacan

Hari ni cikgu fahmi ajak kakpb makan luar, maknanya buka puasa di luar. Suka la tu......sila jangan jeles. Bukan permintaan kakpb ye......ni arahan encik suami. Sebenarnya kakpb lebih suka berbuka di rumah. Boleh layan drama Dejavu di Kinabalu sambil makan. Lepas tu takdelah terkejar-kejar nak balik solat maghrib. Tapi tempat makan ni berdekatan dengan rumah, sempatlah balik sembahyang.

Bahu kanan kakpb ni sakitlah, agaknya sebab buat tart nenas tu kot. Suruh si bujang memicit, lepas solat maghrib, dah tidur pulak. Mintak cikgu fahmi picitkan? hemmm.....kakpb ni bukan suka sangat minta tolong dengan orang, lebih-lebih lagi orang tu tak pandai dan tak mahir. Ada jugalah dia urut, terima kasih ye. Kekadang mulut kakpb ni lupa nak ucap terima kasih, jadi kakpb ucapkan terima kasih di sini. Harap dia baca.

 Ni lauk buka puasa semalam, terung goreng belacan (gambar atas sekali) dan daging goreng kentang. Terung goreng belacan tu dari blog YATIE, maaf la...kakpb tak copy paste. Kalau nak cuba, boleh pergi blog Yatie tu ye....

Daging goreng kentang tu pula terjumpa di blog K.Nor secubit garam, resipi asalnya dari Wana Potret Kasih dan ni pun kakpb malas nak copy paste. Korang pergilah tengok sendiri ye. Tangan kakpb lengoh la nak menaip :)) ni banyak lagi kerja terbengkalai kat dapur tu sebab update blog.

Ok, sampai jumpa lagi.....ada juga buat tomyam ala thai, tu update kemudian. Selamat berpuasa semua.

Tart Nenas Gebu Anymz, Hasue menggoda...sedapnya

Update ringkas je ni, kakpb try buat tart nenas gebu dari Puan Anymz kita yang baik hati ni. Rela kongsi resipi yang sedap ni dalam blog dia. Mula terberkenan dari Hasue yang menghasut suruh buat (eh...ada ke?:)...saje je)
Emak kat sana memang suka tart, begitu juga dengan MIL kakpb. Harapnya mereka suka makan tart resipi ni sebab kakpb rasa tart ni memang citarasa orang-orang lama. Termasuklah kakpb yang orang lama sikit dari emak...:)



 Tak dapat nak celoteh panjang. Baru lepas solat subuh, terus update blog. Lepas ni nak sambung tugasan sikit, si bujang tu pergi sekolah baru boleh buat biskut.


Snap gambar tart yang dah masuk dalam botol. Malas nak keluarkan, tak larat dah. Buat tart ni yang tak laratnya nak menekan acuan tu. Letih sebab puasa pun ye. Orang tekan ke atas dulang tapi style kakpb lain sikit......tekan ke atas, macam jet nak dilancarkan..:))

Anymz, minta izin dan halalkan resipi ni publish kat blog kakpb ye. Terima kasih banyak sebab berkongsi resipi dan mudah-mudahan bertambah rezeki Anymz sekeluarga.

TART NENAS GEBU
oleh: @blogsurirumah
sumber: Anymz My Kitchen

bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram

sedikit garam
air sejuk
Cara membuatnya:
  • Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
  • Masukkan butter dan minyak sapi
  • Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
  • Guna acuan seperti gambar di bawah.
  • Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
  • Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
  • Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
 Kakpb ikut juga cara Anymz tu tapi tersilap la pulak. Ni kira anak murid yang tak dengar kata. Anymz suruh masuk tepung sikit2, kakpb habiskan tepung tu walaupun masuk sikit2. Sudahnya kena guna air sejuk untuk lembutkan. Takpe, ini pengajaran. Bagaimana pun pastri kakpb tu tetap lembut dan gebu. Inti tart kakpb beli je, tak kuasa nak tunggu masak inti.



Bersahur macam 'pengemis'


Pagi ni kakpb sahur dengan lauk petang berbuka semalam. Ayam goreng bercili, terung rebus cicah sambal dan sup hadnyai. Kakpb macam biasa, tak makan nasi. Perut terasa kenyang lagi. Sini, pukul 4.15 am dah kena makan sahur. Apa menu sahur teman-teman kakpb yang dikasihi?


Sekarang ni, malas betul nak ambil gambar dengan kamera, guna kamera handphone je. Tengoklah tu, berkabus......ada ku kesah? Ayam goreng ni kakpb guna yang segera, dah salut tepung. Gorengkan dulu, lepas tu tumis cili kisar, bawang putih. Masukkan sos cili dan cuka, juga sedikit gula. Lumurkan kat ayam tu, dah siap. Takde la boring makan ayam togel je kan?:)

Kakpb memang kurang selera makan masa bersahur. Biar pun kena marah dengan cikgu fahmi, tapi dah perut kita ni taknak terima, nak buat macam mana. Biarlah kakpb makan macam pengemis, sekurang2nya kakpb ingat akan mereka yang kurang bernasib baik. Entah bersahur entah tidak.

Masa berbuka pun kakpb lebihkan air je. Nasi cuma setengah senduk, hinggakan kakak kakpb pernah sound, kalau macam ni makan, baik tak payah:)) Tapi badan maintain montel sebab kakpb rasa kurang bersenam, time tidur tak menentu. Anak bujang kata, ibu.....kalau ibu kurang tidur, nanti jadi obesiti....blablabla...iyelah tu, tapi........



sebenarnya dia yang boroi......
siap buat sit up untuk dapatkan perut yang.......
 V

V

V

V

V

V

V

V





:)) kononnya nakkan perut yang six pack, berangan la anak bujang ibu ni.....

Lemak Labu dan Udang MatGebu

Assalammualaikum, sudah bermula hari pertama kita berpuasa hari ini. Sahur apa pagi tadi? Kakpb masak tomyam udang campur sotong dan panaskan lauk petang semalam. Tapi kakpb tak makan nasi sahur pertama ni, tak lalu nak telan. Minum serat 3 in 1 segelas, tiga biji kurma dan 2 keping biskut kraker. Ok la tu kan......
Solat terawih pun buat kat rumah je.....badan betul-betul tak mengizinkan. Hati......ibarat nak terbang pulang ke semenanjung, tinggalkan terus tanah Sabah ni.



Lemak labu ni kakpb masak semalam petang. Dah lama benar labu dalam peti ais. Campur dengan kacang panjang dan udang, ikut macam MATGEBU, cuma takde daun kunyit. Resipi boleh tengok kat blog Mat ye. Takde mood nak menaip sendiri.

Sepanjang bulan puasa ni, pasti kita merancang nak masak pelbagai resipi. Tapi bagi kakpb, tahun ni adalah tahun paling tidak seronok dalam hidup kakpb. Nak ke dapur pun malas tapi dah nasib orang perempuan, jalankan juga tanggungjawab tu.






Pasti rindukan pancake pisang ni di Pancake House, berkrim dan moist sangat. Balik KL kalau sempat nak pergi kat Mid Valley (betul ke kat sana? betul kot)






Kak Nong Restoran punya Soto Gulai Udang ni pun buat kakpb nak ulang balik makannya bila lepas puasa nanti. Kami jarang membeli dan buka di luar. Pening kepala fikir nak masak apa hari-hari. Orang lelaki senang je, masaklah apa pun, janji perut dia kenyang.

Selamat berpuasa semua, bukan tahan selera makan dan minum saja tapi tingkah laku juga. Jangan menggedik dengan bini orang, laki orang, anak dara orang, anak bujang orang!!


Selamat Berpuasa, Maafkan saya dan Nasi Goreng Butter

Sabtu ni (esok) semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa. Selamat berpuasa pada semua teman-teman kakpb samada yang silent reader, blogger memasak yang hari-hari tayang makanan sedap2, pada keluarga yang jauh di semenanjung. Rindunya nak bersama mereka, gelak ketawa dan merancang nak masak apa untuk berbuka.

Kakpb minta maaf pada semua sekiranya kakpb ada menyinggong perasaan teman-teman ketika berkomen di blog. Manalah tau, kekadang kita bergurau, orang ingat serius. Mungkin bahasa kakpb terkasar ke.....komen tak memuaskan hati ke....harap maaf ye.

Satu lagi nak minta maaf juga pada seseorang yang kakpb tidak kenali, maaf sekiranya sms kakpb menyakitkan hati. Keadaan memang tak terkawal bila dalam tertekan dan terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya. Kakpb harap 'kamu' maafkan kakpb walaupun sebenarnya kakpb rasa 'kamu' lebih bersalah dalam hal ini. Sempena Ramadhan yang mulia ini, sama-sama kita mohon semoga Allah tunjukkan jalan yang benar untuk kita semua. Amin.

 

Nasi goreng butter ni kakpb buat semalam petang. Untuk anak bujang dan cikgu fahmi. Kakpb makan 3 sudu jek :)) Simple je masaknya.......kakpb tengok kat blog sape tah hari tu, Sheila kot.

NASI GORENG BUTTER
2 cawan nasi putih
2 sudu besar butter
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telor
sotong segar
sedikit garam

Goreng seperti biasa, dah siap. 


nota kakpb: dah publish pagi tadi tapi susah betul nak edit guna tablet...

Tak setuju bawa handphone ke sekolah

Benarkan anak bawa handphone ke sekolah? Oh tidak, kakpb tak setuju sangat. Pasti akan terjadi kes hilang handphone sebab di curi rakan, terlupa atau tertinggal kat kelas atau tandas. Lebih-lebih lagi si Aziz tu, jam tangan yang melekap kat tangan pun boleh hilang, alasannya buka sekejap untuk ambil air sembahyang kat sekolah agama.

Budak-budak pantang ada benda2 begini, pastilah game handphone tumpuannya. Macam mana nak concentrate pada pelajaran. Kalau ngadap game saja, takpelah. Dibuatnya ada yang lebih advance dari tu?

Pada pandangan kakpb, kan bagus kalau cikgu sepakat dengan anak murid satu kelas beli handphone. Cikgu boleh simpankan untuk mereka. Sekiranya mereka ada kesulitan nak buat panggilan pada keluarga masing-masing, bolehlah guna handphone kelas. Itu kalau di sekolah.

Jika terjadi apa-apa kemalangan di luar kawasan sekolah pula, itu kena fikir cara lainlah. Kadang kala ada handphone pun, orang boleh rampas juga. Pokoknya, kakpb bangkang sangat jika dibenarkan handphone masuk sekolah.

AYAM LEMAK BEREMPAH





Stok ayam salut tepung banyak dalam peti ais kakpb. Jenuh nak mengabiskannya. Selalunya salut dengan sambal macam kat pizza hut tu. Tadi kakpb guna ayam salut tepung ni untuk masak ayam lemak berempah. Lari dari resipi yang sebenarnya. Takpe kan.......bukan Agong ke yang nak makan, sendiri makan. Ok, jom pergi station masing-masing, kita mula masak..(ayat 'station' seperti dalam MasterChef):)

AYAM LEMAK BEREMPAH
oleh: @blogsurirumah
sumber: buku kompilasi masakan ayam

Bahan-bahan:
500 gm ayam di potong - kakpb guna ayam segera yang salut tepung
Bahan kisar :
10 biji cili api
2 batang serai
2 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 biji bawang besar

1 sudu serbuk lada hitam
600 ml santan - kakpb guna susu cair
1.5 cm halia di kisar
Minyak masak
sedikit gula merah dikisar juga
Garam

Cara membuatnya:
1. Goreng ayam separuh masak - angkat (kakpb goreng ayam macam biasa)
2. Tumis bahan kisar bersama lada hitam hingga naik baunya.
3. Masukkan santan/susu cair dan garam, kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ia mendidih. Renihkan atas api perlahan hingga ayam masak.
(sebab ayam goreng kakpb dah betul2 masak, tak perlu tunggu lama, agak2 kering kuahnya terus angkat)





Hari ni ambil gambar serba tak kena, tak nampak ketulan ayam tu. Bagaimana pun rasanya memang sedap, ala-ala rendang gitu.




Agak-agak apa yang ada dalam fikiran si bujang ni ye? Sayu je kakpb tengok wajahnya, fikir masa depan atau fikirkan.......janganlah risau, ibu sentiasa ada di sisi mu tidak kira suka atau duka nak!

Doa Untuk mu

DOA ISTERI SOLEHAH

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
 
sumber: di sini

KEK CHIFFON LABU

Semalam, dalam pada bersedih......kakpb sempat juga mencuba kek chiffon labu ni. Entah kenapa memula tu dia naik tinggi, lepas tu turun pulak jadinya. Mungkin putih telor tidak cukup kental ketika dipukul. Iyelah......buat kek pun hendak tak hendak....ginilah jadi.

Pagi ni sambil update blog, sambil tengok tv9, ceramah agama, 'Kunci Pembuka Rezeki'. Bertaubatlah kita, demi mendapatkan rezeki yang melimpah ruah, insyaallah. Allah Maha Pengampun......janganlah kita tambah dosa yang telah sedia ada. Sedarlah, hukum karma..... sekiranya sekarang ni kita terlepas dari balasanNya. Tidak mustahil satu hari nanti terkena pula kepada saudara mara kita, adik beradik kita dan mereka yang kita kasihi.

Terima kasih ya Allah, walau apa yang ku hajati tidak tercapai, syukur dengan apa yang telah Kau beri pada ku. Kek ini kali pertama kakpb buat. Takpelah tak menjadi, asalkan tidak sakit perut memakannya. Anak bujang kata sedap. Ayahnya tak rasa lagi, takde kat rumah malam tadi sebab ada program kat sekolah. Resipi dari......ahhh....tah mana pula link blog tu, takpe la....kakpb tulis sendiri kat sini.

KEK CHIFFON LABU
@blogsurirumah

4 biji kuning telor
30 gm gula halus
60 ml susu atau santan
60 ml minyak sayur
80 gm labu - rebus dan lecek
120 gm tepung kek superfine
1/4 sudu kecil baking powder
garam

4 biji putih telor
100 gm gula halus
1/4 sudu kecil cream of tartar

1. Pukul kuning telor dengan gula hingga kembang dan warna bertukar pucat.
2. Masukkan susu dan minyak. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan labu dan tepung, gaul rata, ketepikan.

1. Pukul putih telor hingga berbuih.
2. Masuk gula dan krim tartar.
3. Pukul dengan high speed hingga menjadi meringue.
4. Gaul putih telor dengan bahan tepong tadi secara kaup balik dan kacau perlahan.
5. Bakar dengan suhu 150-160 selama 35 minit atau hingga masak.

Mungkin ada dua kesilapan kakpb, putih telor tidak betul-betul kental dan menggunakan loyang springform yang baru beli, takde lubang tengah. Kek chiffon memang kena pakai loyang tu ke?

Ku bermohon

YA ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang......

Berat sungguh dugaan Mu pada ku...

Apakah airmata ku ini Kau turunkan untuk menyuci segala dosa ku?

Ya Allah, aku mohon pada Mu, kasihanilah aku yang lemah ini

Apalah daya ku, segalanya ketentuan Mu

Ke Kota Belud tamu

Tadi pagi, awal pagi kami ke Kota Belud. Entah angin apa cikgu fahmi nak kesini. Kakpb ni agak 'trauma' sikit dengar nama Kota Belud. Kenapa? Hanya orang tertentu saja yang faham maksud kakpb ni.

Takde yang menariknya tamu Kota Belud bagi kakpb. Kerosang tudung pun tiada yang cantik, lebih baik cari di Gaya Street atau Kampong Air. Cikgu fahmi kata nak beli parang. Dalam hati kakpb, macam nak berkebun je......nak kata tebang pokok pisang....pokoknya sebatang dua je. Rumput pun tak sampai paras betis. Ahh...lantak dia la....

Kakpb beli barangan kraf tu, dulang bulat dan bujur. Lain-lain hati tak berkenan. Mood menyoping tak berapa nak sangat. Gambar pun ambil mana yang pelik bagi kakpb. Berbungkus hijau tu, katanya tapai beras. Sebelahnya, yang coklat tu......rasanya tembakau sebab ada nampak rokok daun. Paling lama kakpb leka tengok hamster tu nyonyot air dari botol. Anak bujang beli jersey Italy sehelai. Sebenarnya kalau di Kelantan lagi banyak pilihan, ni dah tak sabar punya pasal.

Sebenarnya, shopping moping ni terapi minda kakpb yang akhir-akhir ni sering di duga olehNya. Ikutkan hati memang nak memerap je dalam rumah. Taknak jumpa sesiapa sekali pun keluarga sendiri. Rasa kecewa, kecil hati, rendah diri teramat sangat, marah dan segalanya bercampur baur. Tadi kakpb baca blog  ABIL, kakpb copy sikit ye....suka pula dengan nasihat Abil ni...

Kat sini I nak beritau n nak sedarkan pada pencurang2 ni..U all sedar tak, u all dah dapat 80% tapi u all nak kan 20% tadi dengan membuangkan 80%. Faham tak apa yg i taipkan ni.. ( ulang ayat tadi )..80% tu kurangnya 20% jea tapi 20% tu kurangnya 80%!! Jadi kenapa buat cm tu..kalau u pilih kedua2nya sekali ( kawin 2 la ) nescaya yg 20% tu akan terabai lama kelamaan dan u akan berbalik2 semula ke 80% u...Malu tak rasanya nanti bila u all dah terlambat sedar...? Ni cita pasal curang yea bukan kawin 2 ke 3, kawin lebih tiada larangan tapi ada syarat2nyaaa....So curang tadi, bodoh tak kita ni. Nampak sangat si pencurang ni mementingkan diri sendiri, jangan kata la diri tu baik..



 Hidup ini bukan perlukan makan minum, beranak pinak sahaja. Janganlah seperti hamster tu......lepas makan terbongkang tidur, jadi tontonan orang luar. Kena fikir masa depan anak, isteri dan semua keluarga kedua belah pihak. Fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang akan menyinggung perasaan orang yang kita kasihi.

Ingat tu!!

Semalam seharian kami dikedai perabot, asalnya nak cari almari untuk anak. Maklumlah, dah makin membesar, almari yang gambar kartun2 tu dah tak sesuai untuk dia. Cari yang simple dan murah je, dia pun tak kisah, tak memilih sangat. Lama betul kami tak masuk kedai perabot. Sejak pindah dulu, ada la sekali dua cari barang seperti katil satu set dan lain-lain. Masa dulu pergi kedainya buruk je, sekarang........dah ada aircond, berubah seratus peratus.

Tengok sana, tengok sini......macam-macam yang berkenan tapi sabar dan kuatkan iman. Kena cari mana yang lebih penting. Akhirnya setelah survey atas bawah bangunan dua tingkat tu, berkenan almari yang simple. Macam fesyen lama pun ada juga. Tak apalah, yang penting boleh simpan barang. Tak mahal sangat pun.

Sedang tengok-tengok barang tu, ternampak si Aziz duduk dengan seseorang. Eh, sape pulak tu? elok je landing kepala dia kat Aziz. Rupanya dia leka tengok Aziz main game....:) Mula-mula landing kepala kat bahu, lepas tu terus ambil tab dan tunjuk kepakaran dia..:)) gelihati pula nengoknya. Aziz kata, dia nak ambil balik tab tu pun dia tepis tangan Aziz. Nasib baiklah anak bujang kakpb ni sabar dan tak melenting. Dia senyum je tengok telatah budak ni, cute pulak tu.

Lepas settle semua, hantar anak bujang ni balik. Banyak urusan lain lagi, confirm dia taknak ikut ibu ayah. Siap pesan, jangan buka pintu melainkan pakcik dia sahaja yang datang. Kekadang budak2 ni dia ajak kawan-kawan melepak bila parent takde kat rumah.....


Walaupun dia seorang, tak bermakna ibu dan ayah akan turut semua kemahuan dia. Ada batasannya. Hendakkan sesuatu, kena usaha gigih. Bila dah berusaha dan setakat itu saja kemampuannya, ayah dan ibu tetap bangga. Kena ingat jasa semua orang, tak kiralah cikgu ke....pakcik makcik kat kampung ke.....datok nenek ke....paling ibu tak suka sikap yang tak jujur. Jangan sampai dah ada isteri dan tak jujur dengan isteri. Berat tu........boleh bergoncang rumahtangga. Bukan nak menyindir sesiapa. Satu hari nanti bila dia dewasa dan buka blog ibu ni, ingatlah pesan ibu. Orang perempuan tidak suka lelaki yang tidak jujur.

Entry dengan tajuk agak terpesong, tapi.....ada ku kesah??

Kerabu Mangga Ayam, kerabu ke salad?

Alhamdulillah, kakpb bersiaran pagi ni dengan perasaan yang agak terkawal. Eh...selama ni apa dah jadi? Kakpb dalam dilema, dalam kecelaruan, dalam gundah gulana.....hinggakan nak memasak pun rasa malas. Ada sekali tu nak goreng ikan, panaskan kuali sambil tumbuk sambal belacan. Hampir saja kuali terbakar, dah ada api tepi-tepi kuali kerana terlampau panas. Nasib baik tidak menyambar dalam minyak. Ya Allah, betapa lalainya kakpb melayan perasaan sedih walaupun sambil masak sambil berzikir, sebagai manusia biasa, kakpb memang tersangat lemah.

Baru pagi ni juga kakpb selak ruangan spam dalam ni, ada banyak juga komen teman-teman yang kesitu perginya. Kakpb dah pun terbitkan. Jika ada masa terluang, kakpb akan balas komen di blog kamu semua ye. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati, menatap gambar masakan kakpb yang main campak je tu. Oh ye.....sila jangan jeles kalau ada bau kedai bila baca entry baru ni....:) wangi tak? bukan nak menunjuk-nunjuk. Lepas ni 5 atau 6 tahun lagi baru ganti kot. Masa tu entah ada ke tidak blog kakpb ni lagi.


Ok la.....menyampah pulak orang baca pasal monitor baru ni (bukan satu set ye, monitor je yang barunya) Kakpb buat kerabu mangga berganding dengan ayam yang di panggang. Fulamak.....memang terangkatlah punggung cikgu fahmi makan. Tapi dia tak puji pun....tak apa la....asalkan dia makan banyak sampai licin.

KERABU MANGGA AYAM
oleh: @blogsurirumah

1 biji mangga muda
1/2 biji bawang besar hiris halus
2 biji cili hidup hijau dan merah
1 keping dada ayam yang telah di panggang
Garam dan gula secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu besar mayonis

Perap dada ayam dengan bawang putih, halia, sedikit kicap, garam dan gula. Kakpb dah perap awal semalam lagi, saje nak makan panggang2. Ayam kalau dah perap, masuk dalam tupperware, tak payah simpan dalam sejuk beku. Simpan je dalam ruangan biasa tu. Tak busuknya.

Mangga di cincang seperti biasa. Kakpb potong sekeping2 lepas tu baru potong memanjang. Bukan cincang macam buat sambal tu ye!
Sebelum tu panggang ayam dulu hingga masak. Potong nipis atau memanjang.
Gaulkan semua bahan seperti bawang, cili yang di hiris halus (kasar pun takpe), gula, garam, lada hitam dan mayonis.
Masukkan mangga dan ayam tadi.
Makan begitu saja pun sedap.



errr....kerabu ke....salad?



Murahnya komputer sekarang

Kami survey pc baru di Karamunsing petang tadi. Ada ke tidak, cukup ke tidak bajet kena ada juga kat rumah. Zaman sekarang ni sepertinya wajib ada komputer setiap rumah. Cikgu fahmi dan anak berkenan dengan Samsung. Bila kakpb belek-belek harga pc sekarang, jauh beza dengan zaman kakpb remaja dulu.

Ingat lagi dulu keluar duit epf akaun 2, punyalah banyak prosesnya. Dah la besar gedabak, bukan macam sekarang flat skrin. Bangga gila ada komputer, beli dengan duit sendiri pulak.......kini harga lebih murah, seribu lebih boleh dapat. Untungnya...


Tablet dan kisah lelaki

Assalammualaikum...
Hari ni kakpb buka laptop lama, walau dah berusia lebih dari 5 tahun, masih lagi berguna bila terdesak begini. Laptop ni jenama Toshiba, macam tak popular kan? tapi hakikatnya dah banyak berjasa pada kami sekeluarga.

Maaf ye kawan-kawan, kakpb tak balas komen kat blog. Kakpb jawab di sini je ye, mereka yang bertanya pasal update blog menggunakan tablet samsung 7.0, ini yang kakpb alami. Memang seronok ada tablet ni. Mana-mana pergi kita boleh bawa dalam handbag tapi haruslah ada akses intenet kan? Kakpb guna celcom broadband selain daripada maxis wifi dirumah ni. Berapa bulan-bulan bayar? Itu kena tanya cikgu fahmi, kakpb tak minta pun dia langgan itu ini.

Bila nak update blog memang menjadi satu masalah besar pada kakpb. Terutama ketika upload gambar. Sudah tentu gambar tak dapat nak edit (ke kakpb yang tak pandai...hehe) cuma biasanya kakpb gunakan picsay pro untuk letak watermark. Upload gambar tak dapat banyak, upload sekeping, close dulu......upload lagi....dan begitulah. Jadi kalau ada gambar dalam tablet ni, kakpb dapat share dua atau tiga keping sebab malas nak ngadap lama2.

Ambil gambar guna tablet ni memang cantik, terang dan mudah. Seperti biasa ada flash, boleh ambil gambar sendiri jika takde orang nak tolong snap.....hehe...tapi tak kuasa kakpb nak ambil gambar sendiri der....rupa macam tu jugak!!
Sebenarnya bukan tak seronok guna tablet ni, tentang blog je yang kadang2 buat hal. Lain-lain takde hal. Setakat ni belum pernah lagi tablet kakpb hang. Harap-harap tak jadi begitu, risau juga sebab anak kakpb suka main game dan penuh muka tablet ni dengan game yang dia download.

Ok, kakpb ucap terima kasih pada kawan2 yang rajin komen di sini, sangat2 menghargainya dan insyaallah bila semua dah ok, blog kakpb ni akan ceria seperti dulu. Doakan yang terbaik untuk kakpb dan keluarga. Kakpb takde kawan rapat, blog dan teman disinilah teman kakpb mencurah rasa.

Untuk seseorang, harap baca dan fahami apa yang tercatit disini.......kakpb copy paste dari facebook.


Catatan pagi hari

Pagi ni kakpb berada di JPN, ada urusan dengan mykad. Dalam perjalanan tadi kakpb melalui pasar besar kk dan bertembong dengan lori bomba yang sedang memadam api bangunan terbakar itu. Nampak dari jauh dinding bangunan hitam bahgian atasnya. Api tak kelihatan, asap je berkepul-kepul. Tak sempat nak snap gambar......cikgu fahmi memecut je, nak cepat sampai jpn.

Pc kat rumah belum pulih, susah betul nak upload gambar melalui tablet ni. Dah repair pun masih tak memuaskan hati. Macam kena minta ganti baru pulak. Umur pc dah lebih dari 5 tahun, mintak ganti la tuuu...kopak lagi poket encik suami: Tapi takpe, berkat doa si isteri, rezeki ada di mana-mana. Cuma bila ada duit tu, sebaiknya di laburkan pada keluarga terlebih dulu. Bukan pada perkara yang 'tak penting' atau pada 'insan' yang suka ambil kesempatan atas kebaikan dia.

Di jemput KKIDA

Sebelum entry pagi tadi, kakpb baru perasan rupanya kakpb juga dijemput hadir oleh kkida. Tapi sayang seribu kali sayang......sudah pasti kakpb tak dapat hadir. Tumpang gembira dengan kawan-kawan blogger yang dapat hadir dan memeriahkan majlis kkida.

Terima kasih banyak kkida kerana sudi menjemput kakpb yang jauh di seberang ni. Jika majlis buat lepas puasa mungkin dapat hadir. Takde rezeki nak berkenalan dengan tuan punya blog yang ramai pengikut ni....http://www.koleksi1001resepi.com/


Rim kereta di curi

Petang semalam kakpb keluar ke Karamunsing, cikgu fahmi nak repair pc yang tak sihat tu. Kat rumah takde sesiapa, anak pun ikut sama. Biasanya kakpb pesan dengan cikgu fahmi, gate depan kena tutup tapi dia selalu yakin takkan ada barang rumah kami yang akan hilang.

Balik dari sana cuaca dah gelap, dah masuk maghrib. Lampu tak pasang masa keluar dan jiran sebelah pula takde kat rumah, anaknya masuk hospital. Masuk kat garaj, cikgu fahmi terkejut berok......rim kereta kena rembat....keempat-empatnya sekali. Rim tu rim lama sebab hubby tukar tayar size kecil sikit baru2 ni. Nak simpan dalam rumah, takde tempat nak letak, biar dulu sementara kat luar......hemmm....macam tau je siapa punya kerja. Mesti pencuri ni datang dengan kereta. Memang tak berkat la duit dia jual rim tu. Tak banyak.....sikit pun...pasti ada balasannya.

Kakpb dah cakap banyak kali kat cikgu fahmi, tapi kadangkala tak di endahkan. Mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku ini. Jadikan pengajaran, manusia mudah lupa bila diberi sedikit nikmat dan selalu lalai dengan perintahNya.

Jom Join 'woww 1001 giveaway' kkida

Ini adalah sticky post sehingga 10hbJuly2012.

Kkida ada buat giveaway yang menarik pada pandangan kakpb. Kawan-kawan blogger memasak mesti suka dengan apa yang kkida nak bagi. Ada alas meja yang cantik dari Ho Chi Minh, Vietnam. Sesuai untuk hari raya nanti, kalau nasib baik la. Ditawarkan juga pinggan dan piring yang menarik, boleh buat hiasan.

Paling kakpb berkenan dengan bakul hijau dari Sydney, bawa pergi piknik.....cantik tu.:) Kkida juga beri pilihan dengan tupperware berwarna warni. Kotak tisu, mug dan sebagainya. Tapi paling teruja tengok pie maker tu.......Kkida dah asingkan satu untuk MatGebu....bertuah Mat:)

Kalau nak lebih jelas lagi, pergi terjah blog KKIDA KOLEKSI1001RESIPI
Tak kisah bagaimana caranya, kata kkida......apa yang perlu anda lakukan...senang aje...dalam masa dua minggu...iaitu bermula dari hari ini (tempoh wowww 1001 giveaway dua minggu)...usahakan seboleh mungkin agar nama anda tersenarai diantara link-link tersebut...

kkida tak kesah bagaimana caranya....samada anda nak promo kat facebook atau blog anda....nak tulis mengenai giveaway ini atau nak ulas sebarang resepi atau sebarang topic dari blog 1001resepi...apa saje...terpulang...asalkan by end of two weeks...blog atau facebook anda tergolong dalam 10 link tersebut...lagi teratas kedudukan anda lagi bagus...:)


Marilah kita meriahkan giveaway kkida ni, untung-untung berhasil, insyaallah. 

nota: sila baca entry yang baru di bawah ini..

Bertukar jadi cekodok

Rancangan kakpb tak menjadi, mood masih tak mengizinkan.....
dek sayang terbiar lama
kakpb jadikan cekodok saja:)
Alhamdulillah.....walaupun tergelap sikit, sedap juga rasanya...
agaknya, setiap yang kita masak jika hati tidak bersungguh.....inilah jadinya....


Pc sakit

Pagi ni kakpb tak dapat nak upload gambar dari kamera kerana pc buat hal pula. Sejak beberapa hari ni skrinnya kabur dan kabur..........dah la begitu, line maxis pun kena tunggu tengah bulan nanti baru ok. Ni pun update guna tablet, agak susah nak edit.

Kakpb baru selesai solat dhuha dan baca serba sedikit alquran, tenang sikit jiwa ni. Sarapan tak terfikir pun, macam malas nak kedapur. Cikgu fahmi sekolah pagi, begitu juga anak bujang........katanya hari ni 1M1S? ye kot......lupa dah....

Rancang nak buat kek chiffon, kalau takde halangan 'jiwa' :) pisang dalam peti ais tu dah memanggil-manggil........jumpa nanti ye!

Kerana Anak (Resort Kasih Sayang, Menggatal)


Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Rindunya kakpb pada teman-teman blogger kerana tak sempat nak menyapa kamu semua setiap hari. Kakpb pun takde entry masak memasak, mungkin agak boring sikit bila masuk sini kan?

Kisah percutian sehari kami di Resort Kasih Sayang ni pada petang jumaat (anak bujang ponteng sekolah agama) dan ayahnya pun kebetulan sekolah pagi. Dari cuti sekolah yang lepas kami nak bermalam di sini tapi asyik tergendala je. Baru kali ni tertunai.

Tempatnya jauh sedikit dari bandar KK, di kawasan Menggatal. Dari atas resort ini boleh lihat bandar KK dan pemandangan yang indah untuk tenangkan fikiran. Insyaallah, fikiran yang berserabut menjadi tenang disamping kita bermohon padaNYA, mudah-mudahan kakpb dapat atasi segala rintangan dan dugaan.


Untuk bercerita lebih lanjut, biarlah gambar ini mentafsirkannya.......anak-anak....tidak kisahlah anak sendiri, anak angkat, anak saudara, anak yatim.....mereka tidak memahami masalah orang dewasa atau ibubapa mereka. Hanya yang mereka tahu, menangis dan tertawa. Menangis.....bila sedih, terluka.......tertawa pula bila di usik dan ada yang menggelikan hati. Kakpb rasa macam nak jadi kanak-kanak semula. Tiada beban dalam kepala.

Selepas check in, kami makan tengahari merangkap sekali dengan malam. Walau makanan masuk ke perut, fikiran melayang jauh entah kemana. Teringat keluargalah.....zaman berkerja dululah.....zaman remaja dengan kawan-kawan yang takkan pernah luput indahnya kenangan bersama mereka. Oppss.....kesana pula perginya.
Nasi goreng kampung yang diminta, dihidangkan bersama 2 ketul kepak ayam dan sebiji telor mata kerbau. Kakpb pula taktau nak makan apa, ambil saja mee goreng basah (kalau kat tempat kita sana mee ladna) dengan air mango dan vanilla float untuk anak. Ayah pula makan pasta bersama chicken chop (agaknya, ayah dan anak kata sedap hidangan ni). Harga macam biasalah, mana ada belas-belas ringgit.

Ni pula bilik penginapan kami disebelah atas. Bilik kami menghadap ke matahari terbenam. Waktu ni dah petang, seakan nak hujan tapi sampai ke esoknya, tak hujan juga. Tidur malam tak perlu kipas. Cuma tak selesanya banyak serangga seperti rama-rama pun tumpang tidur sama :) Mungkin sebab pintu bilik kami dedahkan dan lampu pula terpasang hingga ke pagi.

Lupa nak cerita pasal booking bilik, kami tersilap rupanya. Harga murah weekday RM129, cikgu fahmi silap tengok. Dia ingatkan hari yang kami menginap tu harganya sama, rupanya RM198 :)) tak apalah, dah rezeki resort ni nak sengam duit awak, cikgu!

Ok sampai sini dulu ye. Nanti petang atau esok kakpb sambung lagi kisah cuti ni. Ada gambar lain yang kakpb belum upload. Ini pun pilih-pilih mana yang sesuai untuk di kongsikan.

YA ALLAH....lindungi keluarga ku dari segala godaan syaitan. Eratkan kasih sayang kami sekeluarga hingga ke akhir hayat. Ampunkan dosa kami, mudah-mudahan hidup kami diberkati. Syukur dengan apa yang telah Kau beri pada ku, suami dan anak yang baik.......harta ku di sana nanti. Amin.

HARAPAN

Berada jauh dari bunyi deruman kenderaan di jalanraya...
Dikelilingi rimbunan hijau menyegarkan mata dan minda
Memandang langit luas serta kabus menyeliputi
burung-burung berkicauan jelas depan mata
unggas juga turut serta......
alangkah gembiranya menjadi seperti mereka....
namun
hati ini tetap kaku dan beku
ibarat
di telan mati emak, ku luahkan mati pula bapaknya
hanya Dia tempat meminta
tidak banyak, hanya sementara



Bercelaru

Maaf pada teman-teman sekalian kerana beberapa hari kebelakangan ini, kakpb kurang update blog dan menjelajah ke blog kawan-kawan. Idea agak terbatas dek tidak ketenteraman fikiran yang bercelaru. Walau cuba untuk menggembirakan hati ini dengan pelbagai cara, tetap juga merudum........bagaimana pun....kakpb bersyukur, ada tempat mengadu......DIA YANG ESA tetap mendengar keluhan umatnya yang lemah.

Takde gambar menarik untuk dikongsi, kakpb nak cerita pasal periok kukus Frico kakpb ni. Hari tu kemas-kemas bawah katil anak, terjumpa periok ni masih dalam kotak. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa ada periok mahal (taklah mahal sangat, dapat free masa beli dapur dulu). Buka dan cuba pasang, sah tak reti nak guna lagi ni. Kena study dia punya buku manual. Dah hampir 4 tahun usia periok ni sejak beli dulu. Tunggulah sampai mood tuan dia ok, akan ku guna juga dikau periok.



Ni pun satu lagi barang baru beli tapi tak tau nak buat kek apa. Beli satu set, dapat 3 sekali. Loyang springform idaman kononnya......:) Mungkin akan terima nasib yang sama dengan periok frico tu.......:))
Inilah orang perempuan, suka sangat membeli ikut nafsu. Akhirnya tersimpan kemas dalam kabinet dapur.


Ingat nak buat kek itu, kek ini tapi tak terbuat juga. Esok takde kat rumah semalaman, mungkin akan bermalam di satu tempat yang aman damai, insyaallah. 

Terima kasih teman2 yang memahami apa yang tersirat dihati kakpb, kamulah teman terbaik di saat kakpb memerlukan kata-kata semangat. Sayang kamu semua.


ALLAH bersama KITA

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan ALLAH

Jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan pada seseorang

Dia tidak boleh di tahan oleh apa-apa tangan sekalipun

Jika ALLAH menghalang kebahagiaan seseorang

Dia tidak boleh di halang oleh apa-apa tangan sekalipun

Jika ALLAH uruskan urusan kita

dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita

Walau sekelip mata

Dunia boleh berbuat apa-apa

Tetapi....

Mereka tidak boleh mencabar KEBESARAN ALLAH

Jika ALLAH mengatur untuk kita apa yang orang sangka TEWAS

Kita akan melihat KEMENANGAN dari sisi ALLAH


sumber dari ucapan DrAsri

Wordless Wednesday, Retak



Walau R e T a K...., tidak bermakna aku sudah tewas, hanya U j I a N dari ALLAH..

Ikan Kerapu Masak Tempoyak kali pertama

Tempoyak ni beli minggu lepas lagi. Beli sikit je, takut tak habis. Tadi kakpb masak ikan kerapu. Resipi pun ikut-ikut macam dalam myresipi.com. Rasa pelik pula makan lauk yang ada tempoyak. Cikgu fahmi ok je....tolak batu dengan kayu, sedap katanya.


Resipinya simple saja, cili padi, asam keping, air, tempoyak, kunyit dan serai. Blend semua bahan bersama air dan tempoyak. Masak bersama ikan, tambahkan gula dan garam. Titikkan serai. Kakpb tak letak pun daun kesum dan kantan sebab takde dalam simpanan.


Kakpb saja potong2kan sedikit nenas.


Hidangan kami petang tadi. Bagi kakpb tak begitu umph, mungkin kerana kakpb tak pandai menyesuaikan rasa garam gula dan tempoyak itu.

Terima kasih bagi yang sudi komen dan silent readers, kakpb mengantok sangat ni sebab temankan anak tengok bola pagi tadi. Sudahnya.......tak tengok juga.....pejam celik, pejam celik....terus belayar di buai mimpi. Mimpikan MIL dan cikgu fahmi hulur duit kat dia. Orang kata kalau mimpi duit, nak putih mata? atau ada hajat yang tidak tercapai........hanya Allah yang mengetahuinya.

Esok kalau mood dah ok, kakpb akan bertandang ke blog korang, insyaallah.

Kelas kek tanpa dirancang


Assalammualaikum teman-teman blogger semua, rindunya kakpb nak blog walking dapur kawan-kawan. Maaf kerana seharian semalam kakpb sibuk menghadiri kelas Conduct Chocolate Modelling Skills and Decoration. Sekali dengan practise deko kek oleh chef Mr Tan See Fong adik beradik, Mr Tan See Loong.


Kelas ni sebenarnya dah lama nak hadiri tapi asyik tertangguh saja. Kebetulan semalam kami singgah di Sincere Cake dan kebetulan ada kelas yang akan bermula pada pukul 10 pagi. Cikgu fahmi pun suruh daftar, terus masuk kelas. Dari pukul 10 hingga 4 petang, dengan makan tengahari di sediakan.



 Nampak senang bila dia tunjuk cara-cara deko coklat tu, tapi bila kena buat sendiri, asyik tak menjadi je.



Ni hasil chef, bukan kakpb :)


Haruslah....sessi bergambar dengan teman-teman baru dan kek-kek yang telah di deko setiap pelajar (pelajar ke lagi kakpb ni?:P)

 
 Hasil dari tangan yang kaku maku!! hentam saja.....kaki dah penat berdiri sepanjang hari...
Lepas ni nak cuba pula kelas yang di rumah orang, mungkin lebih selesa.
Cuma bagusnya kelas di Sincere ni dapat sijil, ini pun belum ambil......mungkin esok lusa kot.

notakakpb: mood agak terkilan hari ni......sabar la hati..

Fengsan!!

Assalammualaikum, pagi minggu yang indah (tapi jerebu mencacatkan sedikit pandangan) dah dua minggu rasanya tidak hujan. Alhamdulillah, semuanya kehendak Yang Esa. Beberapa minggu yang lepas kita diberi hujan setiap hari, makanya kali ni ujian kepanasan dan berjerebu pula, bersyukur sajalah.

Takde kisah menarik nak kongsi atau resipi baru yang di cuba.
Kisah semalam nak cerita, jangan muntah sudah!

Tak ingat macamana boleh timbul kisah ni, si bujang kakpb tu tetiba je kata......dia takut melihat wajah seseorang (salah seorang ahli keluarga kakpb). Katanya muka dia berkedut, buruk bila bangun tidur.
Kakpb tanya, kenapa cakap macam tu? Entahlah.....itu yang Aziz nampak.

Ayah tanya, ibu macamana Aziz nampak?
'Ibu cantik kalau bangun tidur'.
Wah! nak pengsan kakpb rasa masa dia kata 'cantik' tu.....
Dia sekadar mengambil hati ibu, taknak ibu tersinggung.

Terima kasih kerana pujian itu, walau ibu tahu ianya tidak benar...:)


sibuk talipon pakcik kat semenanjung, suruh beli jersey Spain.....harap-harap dapat la ye!