my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Lobak Berkismis, Ayam Gulai Kawah, Ayam Goreng Tepong

Alhamdulillah......semalam rajin betul kak pb, angin memasak sudah mari! Hari ni dah jumaat, selamat menunaikan solat jumaat pada kaum adam dan bagi ibu-ibu yang bertugas di pejabat tu, curi peluang nak shopping atau jjcm kan? Kak pb biasa juga dulu-dulu masa bekerja, time rihat dua jam tak sah kalau tak cari makan kat luar. Tukar selera seminggu sekali.

Kali ni kak pb masak semuanya bertumpu pada ayam sebabnya yang ada dalam peti sejuk cuma ayam dan daging steak segera. Hari ni baru nak ke pasar sejak balik dari Sandakan, banyak yang dah kering.







Ayam gulai kawah ni, kak pb biasa buat dan rasanya ada resipi dalam ni. Simple je masaknya, macam masak kari tu, cuma guna rempah gulai kawah. Boleh tengok sini





sebenarnya ayam ni permintaan anak bujang tu, dia tak berapa suka ayam tapi kalau masak macam ni, boleh masuk tekak dia.....


 AYAM GORENG  celup TEPONG
di olah: @blog surirumah
sumber: tulip77@myresipi


  • 6 ketul ayam- kak pb guna dada ayam yang di potong kecil
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • garam
  • lada sulah
  • lada hitam
  • serbuk perasa
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur - pukul sedikit
  • minyak - utk menggoreng

Cara-cara

  1. Dalam sebuah bekas, masukkan ayam,garam,serbuk kunyit,lada sulah,lada hitam dan serbuk perasa. Gaul biar semua bahan sekata. Perap 10minit.
  2. Celupkan seketul ayam dalam telur. Kemudian golekkan dalam tepung. Buat sampai habis.
  3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan dengan api sederhana. Kalau nk garing blh goreng lama sikit. 
Terima kasih adik Tulip....







NASI LOBAK BERKISMIS
di olah: @blog surirumah
sumber: Wana Potret Kasih, Chef Liza


Bahan2nya
6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan - 1 gelas lebih je utk makan 3 org
2 cawan carrot ( potong dadu kecil) – saya parut kasar-kasar.
1/2 cawan susu cair
8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam - yang ni kak pb guna air biasa je
1 kiub ayam knorr – kak pb guna perasa maggi
1 sudu kecil gula - yang ni tak letak
garam
Bahan Tumis
2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani (kak pb ikut macam Wana)
5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih –  mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang (ni takde)
daun pandan……..simpulkan (pun tak letak)
Kak pb tambah kismis sejemput ketika nasi hampir kering

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.


Terima kasih Wana, akak copy paste dan link sekali ye.....







Sebelum ni kak pb buat juga nasi lobak tapi tak guna pun rempah apa2. Kali ni ikut macam wana, guna rempah baryani, memang sedap sangat. Rasa macam makan nasi bariani.......





11 ulasan:

  1. Salam pagi jumaat kak zana! dapnyer nasi tu! kita mmg peminat tegar nasi2 mcm ni :D suke mkn nasi2 mcm ni dgn nenas gitu ajerr atau acar nenas :D ayam tu nmpk rangup ya kak.

    BalasPadam
  2. salam kak hemm ada gulai kawah ayam leee biasa pernah mkn gulai kawah dgg aje....boleh lah cuba ni...npk pun cam sdp....salutan aym grg tu pun npk ragup.....:-)

    BalasPadam
  3. Salam Kak Zana,
    amboi...nasi tu..menyelerakan sungguh...
    ayam tu pulak mmg tggu masa je nak kene gigit tu...!

    BalasPadam
  4. Masa mula-mula tengok pun kakak ingatkan nasi beryani - baca baru tahu nasi carrot ye... ayam goreng tepung tu pun anak kakak suka zana...

    BalasPadam
  5. suka semua menu di atas tu...nampk semua sedap2...terliur dibuatnya...

    BalasPadam
  6. Wah...meriahnya. Macam2 Zana masak. Nampak sangat menyelerakan.

    Petang semalam kakcik cuma masak lauk asam pedas ayam saja. :)

    BalasPadam
  7. tak pernah lagi mkn nasi carat ni..mesti sedapkan..

    BalasPadam
  8. Amboi, kak! Sedapnya tgk nasi akak tu. Rajin betul akak. Cuba mcm2 resipi. Adeh...sy nak dtg umah akalah mcm nie. Heheheh...

    BalasPadam
  9. Waaa...lapo ABK tengok lauk gulai kawah tu.....terliur la..

    BalasPadam
  10. Salam K.Zana.tumpang jamu mata dgn set nasi lobak kismis...ada lauk ayam gulai kawah..ayam celup tepung....sedappnya....tp kalau budak2 habis ayam celup tepung tu dulu...

    BalasPadam
  11. Baru dpt nk BW...kak sedapnya gulai kawah mkn plak dgn nasi kismis tu...perghhhhh!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)