Kami pindah baring-baring kat ruang tamu pula. Tengok di luar, langit kelihatan cerah seolah hampir subuh. Macam keadaan bulan terang pula. Buka tablet dan tengok ramalan cuaca. Kebetulan paginya (6hb semalam) ada terjadi gempa bumi kalau tak silap di Taiwan.
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak
mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan
WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore,
Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga
Jumaat, 8 Jun 2012.
Keadaan yang sama juga berlaku sekitar kawasan perairan Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Langkawi, Sarawak (Miri)
dan Utara Samui dijangka berterusan sehingga Jumaat, 8 Jun 2012.
Kak pb copy paste dari Jabatan Meteorologi Malaysia
Bangun je pagi tadi pukul 5.30 am (biasanya kak pb bangun awal tapi sebab tidur pun tak tentu arah, lajak sikit) kak pb jengah ke pintu, nampak dah terang benar di luar. Sedangkan waktu syuruk 6.01 am.
Macam mana agaknya keadaan mereka yang tinggal berhampiran laut seperti kami ni.....yang belakangnya laut walaupun agak terlindung. Mereka yang tinggal di kampong air pula?
transport mereka sampan atau bot....
laut yang sentiasa bergelora, amankah mereka?
Bagaimanapun tetap kagum dengan mereka ni, dalam pada kehidupan yang daif, serba serbi kekurangan.......tersergam indah rumah Allah untuk mereka menjalani ibadah. Selamat atau tidak, bukan urusan kita, sekali pun terapong di tengah laut.......
Kakcik dah deraf catatan pengalaman di sana untuk disiarkan secara bersiri sepanjang hari ini. :)
BalasPadamAs'salam Zana
BalasPadambila melihatkan gambar2 rumah diatas air, rasa tenang yang amat sangat. Bila diingatkan kembali diri kita ni yang duduk selesa dirumah yang tegap tapi penuh pancaroba, terkenang kembali saat2 getir insan2 disitu, bagaimana mereka mengharunginya.. Kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengetahuinya..
W'slm CT, mereka dah biasa dgn keadaan begitu sejak dr nenek moyang mereka.
PadamDua malam sudah, kat sini pun hujan lebat. Mama ni kalau hujan kuat dan guruh, mama pengecut sikit. Sib baik dah malam.. terus tidur je. :)
BalasPadamKalau cuaca lain sket mesti risau kan kak pb,
BalasPadamrumah nieza tingkat 4, kadang2 mmg risau berlebih2 .. macam2 perasaan kalau cuaca lain sket.
Kan bagus klu ade inisiatif menaiktaraf rumah2 nie. Mmg mrk tak suke duduk di daratan tp at least, biarlah diperbuat dr kayu2 yg baik. Kan kak?
BalasPadamwalaupun angin kencang, akak tengok rumah mereka maintain je....tegap juga kayu mereka guna utk pacak dlm air tu...
Padamteringin nak tulis cerita kisah kehidupan mereka yg tinggal di kg air ini...
BalasPadamcubalah sesekali mak dara melawat kat sini, mesti teruja..
Padambestnya rumah atas air... done follow - Noob
BalasPadamHi Zana, nice pictures.....I enjoyed looking at them.
BalasPadamI am wondering kalau angin kuat or a bad storm, rumah boleh float away.....
Good photography.
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.
Rumah atas laut namanya ni kan?
BalasPadamkat area pulau mabul pun ada.
kalau tak silap mereka ni kaum bajau laut, kat Mabul pun ada banyak.
PadamKakak pun kagum sebab ada masjid juga. Macamana mereka membina ye...
BalasPadamNgeri juga bila ada angin/ribut.
bukan mereka pinta utk terus hidup di dalam keadaan bahaya. tapi kedaifan dan juga taraf ekonomi merekaa tidak mengizinkan mereka utk berpindah ke tempat lain.. tapi mereka tetap tabah dan bersabar,..
BalasPadamkayu apa ye diaorg pakai utk buat rumah ni?? kukuh betul!
BalasPadamkak pb pun tertanya-tanya, tapi kalau tengok dekat, mmg agak reput dah..
Padam