my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ini penyebabnya.....

Update sekejap petang ni sebelum keluar makan malam. Terima kasih mereka yang sudi komen di blog kak pb dan juga add kak pb sebagai kawan di facebook. Maaf kalau kak pb jarang di facebook, bukan tidak mahu bertegur sapa tapi takde apa nak di kongsi melainkan post entry blog di situ.







Oh ye, pagi tadi kan kak pb cerita pasal angin kencang dan hujan lebat. Malam pula tiada letrik. Bila kami keluar ke bandar KK tengahari sikit tu, takde pula kelihatan pokok-pokok tumbang atau rumah kampong air yang tersingkap atapnya. Rupanya (mungkinlah) sekitar kawasan taman kami yang ada pokok tumbang dan kabel letrik yang putus.



Kereta lalu dibawah kabel wayar ni hampir menyentuh badannya. Masih belum di perbaiki ketika kami lalu pukul 10 pagi tadi. Bahaya tu kalau budak-budak terpegang, manalah tau kan?

Jiran sebelah bersembang dengan hubby, malam tadi tak boleh tidur, sudahlah bergelap.....anak-anak dia yang masih kecil asyik menangis ketakutan. Ini kali pertama mereka mengalami suasana ribut kuat semenjak berpindah disini. Nasib baik malam, kalau siang hari pasti nampak angin berpusar-pusar seperti puting beliong.

Nak selit jugak ni, tadi try buat kuih sagu......hampeh....lembik la pulak......kukus dalam bekas kuih lompang. Senang nak keluarnya tapi kurang kental, lepas ni akan cuba lagi. Nampak senang je nak buat kuih ni kan?


20 ulasan:

  1. Walaupun hanya untuk makan bertiga, Zana rajin betul masak-memasak. Memang kakcik tabik kat Zana. :)

    BalasPadam
  2. bahayanya wayar letrik tu.. kak, nt share erk resepi kuih tu..sedap je nengoknye.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la....nanti akak edit kat entry tu ye..

      Padam
  3. iskh. bahaya gila wayar tu..kalau motor yang tak nampak, kompem2 akan tergolek

    BalasPadam
  4. Salam kak pb.. bahaya nya tgk wayat tuhh.. harap2 dh baiki la.. tun mmg stand-by lilin kat umah incase xde letrik. tp yg x tahan nk berpanas tu sbb xde kipas..
    nmpk sedap kuih sagu tuh.. wat acuan kecik2 kene kurangkan masa mengukus la kan.. aritu tun pernah kukus jd lembik gak.. sbb duk tgk tv, terlama pulak kukusnya.. bila lembik jd kurang sedap dh mkn bronok sbb xde rasa kenyal2 n gigit biji2 dia tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm tun, akak mmg tak pandai sgt buat kuih ni, mmg selalu tak menjadi.
      Rasanya bukan pasal kukus lama, mungkin masa mengacau sagu dgn air gula sekejap sgt kot.

      Padam
  5. As salam k pb... Sy sampai kk 10hb (ahad).planning ke kundasang 12 dan 13hb balik...
    Hihii sayang ek..klu x boleh jumpa kawan kk...hb

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm Fiza, takpe la...kalau hubby free kita jumpa di airport pun ok. Nanti akak tgk mcmana.

      Padam
  6. suka makan kuih sagu...tp malas nk buat kat Nihon sebab takde kelapa fresh...yang ada desicated coconut aje...hmmm... wayar letrik tu harap dah dibaiki TNB...bahaya esp kanak2 yg tak kenal bahaya high voltage

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde eh kat sana....wayar tu dah repair pun FnnF

      Padam
  7. hahahhahahahaha
    ayu nk komen lari dr tajuk..
    kikiki

    rupanya kakcik jumpa Pb, itulah kan.. bila kakcik asyik tulis zana.. ayu tak kenal,blogger mana lah yang kakcik jumpa masa bcuti, rupanya dirimu...

    hehehhehe.. tak apa.. ayu nak sambung gelak lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...pb nama alam maya, zana nama realitinya...

      Padam
  8. salam akak..bahaya nya kan wayar letrik tuh..arap2 cpt dibaiki ...

    BalasPadam
  9. Bahaya wayar letrik tuu...
    Risaukan bila cuaca mcm tuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Risau sebab air laut belakang rumah, takut naik sampai daratan.

      Padam
  10. anak2 klu takada elektrik..tak boleh juga tidur sebab kepanasan..
    elektrik dan air klu terputus bekalan..emmm memang terasa sesangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi anak zana tidur mati masa tu, sampai ke siang dia tak tau kisah..

      Padam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)