my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Apalah yang di cari...


Bila buka facebook, pertama sekali kakpb akan tengok message dari kawan atau keluarga. Kemudian mereka-mereka yang ingin jadi kawan di situ. Kebanyakannya yang kakpb terima, kaum perempuan sahaja. Kalau ada lelaki, kakpb akan tengok dulu latar belakangnya, kenal atau tidak, bujang atau sudah berkahwin.

Tapi pelik juga tengok mat-mat saleh ni, sibuk memuja memuji kita nak berkawan. Kakpb bukan budak-budak atau remaja yang boleh tertipu dengan mereka ni. Biarlah rupa mereka handsome macam Johnny Deep pun....:P tak mungkin kakpb sudi nak jadi teman mereka. Cukuplah dengan kawan-kawan yang ada ni....:)




berderet tunggu jawapan dari ku....:))
macamlah kita ni cantik sangat :)





semakin lama, facebook tidak menarik bagi kakpb.....cuma tengok apa yang perlu saja sesekali..



mereka ni suka sangat orang Asia agaknya, mesti ada agenda tersembunyi kan?
untuk remaja di luar sana, hati-hati melayari facebook dan hati-hati memilih teman/kawan...
bermula dengan 'kawan biasa' akhirnya jadi 'luar biasa' bila sudah terpedaya.....fikir dulu sebelum terjebak dengan orang yang tidak dikenali.







12 ulasan:

  1. di sebalik wajah mereka tu semuanya Awang Hitam, Kak Zana. Mereka memang dilatih untuk menipu, siap ada sekolah untuk belajar menipu tu. Saya biasanya terus delete jer sebab saya ni mudah cair, ekekeke..

    BalasPadam
  2. fb saya lak ramai kawan2 sekolah,dan saudara mara je ...

    BalasPadam
  3. dorang ni tengok muka kakpb ..muka banyak duit kot sbb tu dorg memuji2 nk berkenalan heheh

    BalasPadam
  4. Memang ada agenda tersembunyi tu Zana,
    Amie abaikan saja...

    BalasPadam
  5. Kadang2 gambar je mat salleh, sebenarnya mereka adalah mat/minah masalah!

    BalasPadam
  6. x yah layan kak...ntah2 virus ke apa tu....

    BalasPadam
  7. Kakak dah lama tak aktifkan FB kakak. Tak terlayanlah zana..

    BalasPadam
  8. Salam k.Zana.mmg elok tak layan...betul kata kwn2 mungkin ada tujuan lain.
    re; mmg jauh perjalanan merentasi pdg pasir. ttg tol tu tak pasti mahal ke tidak sbb kereta kami dikecualikan dr bayar tol.

    BalasPadam
  9. hmmmm.... saya sendiri rasa FB dh makin membosankan... byk merapu.....
    FB sbg medan utk sy berkongsi dan post entri jer.

    BalasPadam
  10. pergh! berderet2 mat salleh..

    ni mesti ada agenda lain ni..

    nk promot biz menipu or send virus mgkin..

    BalasPadam
  11. Sama la.. shima pun x accept org lelaki dlm fb. Ada agenda tersembunyi

    BalasPadam
  12. sm la tp bkn dlm FB..asik nk kacau kite je..sy trus delete

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)