“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
JJCM di Upper Star, Suria
Malam tadi cikgu fahmi ajak makan luar, katanya sebagai upah penat kemas rumah dua hari ni :) Lagipun dah gajian kan......apa lagi...sesi jalan-jalan cari makan ler. Terima kasih ye encik suami yang ku cintai, banyak pahala kalau suami belanja anak dan isteri atau seisi keluarganya. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki cikgu fahmi, insyaallah.
Kami makan di Upper Star, Suria Sabah. Suria ni agak kurang popular berbanding dengan One Borneo kerana bagi kakpb ianya belum lengkap sepenuhnya. Walaupun food courtnya cantik, view keindahan laut di sebelahnya tapi masih belum dapat menarik hati kakpb. Suasana dalam Suria agak suram. Namun sekarang ni sudah ramai juga pengunjung berbanding masa buka dulu. Jarang benar turun ke sini. Kalau pergi pun sebab nak tengok wayang.
Oklah.....malam tadi punya makan kakpb tak snap gambar satu-satu. Malas dan penat sangat. Dua hari berkemas tau, dek habok orang menebuk dinding untuk pasang aircon tu. Kami makan Gril Chicken dengan sos black pepper untuk kakpb dan anak. Cikgu fahmi order lamb chop....fuhh...kita dah ingatkan....awak tu selalu sakit kepala, haaa...makanlah! Degil nak jugak, lepas tu belum sampai rumah dan picit-picit kepala, rasakanlah :)
Ada ambil foto kakpb berspec baru (alamak, terlepas cakaplah) tapi tak cantik laaaa......dah rupa si Betty yang dalam cerita apa tu dulu? yang kaki buku, pakai besi kat gigi......uwaaaa...:)) anak kakpb kata, tak lawa spec baru ibu ni.....
Kos kami makan malam tadi dalam 70.... hengget!! sekali sekala boleh ler.....agak2 la berapa harga sepinggan hidangan tu dengan jus mangga yang pekat, melekat......jus carrot yang bagi kakpb agak tawar tapi ok la dan vanilla smoothi untuk anak. Suka la dia, ada pc kat sebelah, sempat main game.
Lepas makan segala berlemak bagai, kakpb minum fiber d'apple ni balik dari Upper Star. Rasanya opkozz la rasa apple. Macam tak boleh nak masuk ketekak sebab dah penuh sangat tapi paksakan juga. Nak kempiskan perut punya pasal, telan saja laaa....:) Kat sini harganya RM75.90 tapi dia bagi discount RM66.
nota kakpb: pagi tadi dua kali masuk tandas :))
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kakcik pun kena cari serat epal tu la nampaknya... :)
BalasPadamassalam kak pb
BalasPadamseronoknya JJCM, kalu sy sefamily tak cukup kak he he 5 org makan
tp ok kan sekala sekala time dpt gaji he he
ok tak serat epal tu, kat man beli? sy pun tgh mencari ni nk kempiskan peyutt hu hu
bila en suami ckp tu kenalh ambik pot kan kak he he
akak pb, jus apple pun boleh buat lawas eh?
BalasPadamSalam kenal..best tu jjcm..
BalasPadamSedapnya jus Apple
BalasPadamwah! mesti best kan makan kat situ?
BalasPadambest sekali sekala makan luar en husband belanje...ada sesi potong lemak lagi tu..tabek kak..
BalasPadam@kakcik
BalasPadamkalau hari kerja kakcik jgn minum, nanti tak sampai ke pejabat, asyik gi tandas pulak.
@mama sara nur
BalasPadamkat mana2 butik kecantikan ada kot..
@Rapunzeel Cikilolo
BalasPadamiye boleh dik..
@Boni JLL3
BalasPadamalhamdulillah, setelah berpuluh hengget terbang.
@Rohah
BalasPadamhehe...haruslah kan?