my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Laksa Johor dan Mangga 'berGABONG"

Dua hari ni kak pb tak dapat mengadap sangat pc sebab line slow sangat, tambah pula cuaca dua tiga hari ni hujan sepanjang hari. Hari ni pun tak dapat online lama-lama, ada urusan dengan KakCik Seroja. Semalam jumpa KakCik kat hotel Promenade. Besar tinggi orangnya kalau nak banding dengan kak pb yang kemetot ni.......peramah....seolah kami dah kenal lama...hehe....memang dah kenal lama di alam maya. Kali ni jumpa di dunia realiti pula. Suaminya lebih lagi ramahnya, sampai terkedu hubby kak pb sebab terjumpa orang yang lebih peramah dari dia......haha...

Ok la, taknak cerita panjang sangat. Ada hal lagi hari ni. Kak pb buatkan kakcik laksa Johor semalam. Mula rancang nak ajak makan kat rumah tapi suami kakcik ada meeting pula. Jadinya.......bawa ke hotel je. Cuma ralat sebab tak tahu suami kakcik tak makan/pandai benda-benda seperti laksa, orang Jawa katanya lebih suka nasi. Takpe la kakcik, esok-esok kalau datang lagi kak pb masakkan nasi ayam ke....nasi tomato ke...insyaallah.





Kiriman dari kakcik pula roti airport dan sebeg buah mangga. Fuiyoo....ingatkan kakcik bawa sikit buah mangga yang kecil-kecil......rupanya....berbiji-biji dia angkut. Kesian hubby kakcik menjimbit berat-berat. Ni buah mangga kakcik sendiri yang di ceritakan dalam blog dulu, kena jolok dengan mat bangla kalau tak silap. Kakcik tak suka mangga masam katanya, tapi kak pb rasa mangga ni tak berapa masam. Ok je kami makan malam tadi. Terima kasih KakCik.













Tu dia.....cicah dengan rojak buah Mak Bee....kopek sebiji pun dah sepinggan penuh.




nota: seronok sangat dapat kiriman dari semenanjung, hilang rindu dengan keluarga disana..


 






17 ulasan:

  1. sedapnye laksa tu.pagi2 dah terasa nk mkn laksa jadinye nie.huu

    BalasPadam
  2. aduhhh kecur tgk mangga cicah dgn kuah rojak tu...

    BalasPadam
  3. rasa mcm nak terbang ke Sabah juga...nk makan laksa kak pb buat.tengok mangga cicah kuah rojak tu betul2 buat semua org terliur.

    BalasPadam
  4. Pertemuan dgn kakcik aduhai syoknya zana... kakak jeles sangat.

    Itulah jelas terpancar kakcik punya kehebatan suka benar berbudi sesama insan. Besar pulak tu mangganya..

    BalasPadam
  5. Salam Kak Zana... bak mai laksa Johor tu kalau tak de sape nak makan hehhee..

    Tuu... tuu mangga muda tu hadoiiiiii kecur tak sudah ni taw...:))

    BalasPadam
  6. Kak....Kakcik tu kecik je orgnye. Upenye, akak lagi kecik? Klu akak tgk sy, mst akak terkejut sbb sy tinggi besar! Hehehehehe!

    BalasPadam
  7. bagi laksa kat kak chik je, cik ina punya mana?sedapnya laksa johor rajinlah zana ni : )

    BalasPadam
  8. adoii.. menitik air liur atas keyboard nengok mangga tuuuu... xsabar nk balik kampung, kait buah mangga tepi umah.

    BalasPadam
  9. Terliurnys menengok laksa tu...Tk suka sgt laksa johor tp kat tganu xde. Las week dpt gak rasa laksa johor sbb kami turun ke johor.

    BalasPadam
  10. Salam kak pb... nyum2 sodapnyer terliur dibuatnyer.. bawak mangkuk kosong nak join h ah ha ha

    BalasPadam
  11. Kecur liur tengok laksa johor..emmm..tahan je la..

    BalasPadam
  12. aww!! mangga tu!! adoi.. teridam plak dah ni!! hadoi.. hahaha

    BalasPadam
  13. petang2x gini layan makan ni pun sodap ni...

    BalasPadam
  14. kalau orang Jawa mesti suka nasi ambeng :D
    fuhh, kecur eh tengok mangga besar cicah kuah rojak. laksa pulak lagi. mak aihhh :P~~

    BalasPadam
  15. wah..rindu roti gardenia tu..hehe

    BalasPadam
  16. Hi Zana, wah... Laksa Johor sedap best.... my favorite!
    Have a nice day.

    BalasPadam
  17. seronok jumpa kawan maya di alam realiti pula..
    laksa johor tu nampak sungguh sedap lah zana. pekat.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)