my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Tongkang pecah suda....

Maaf ye teman-teman blogger, hari ni kakpb tak dapat blog walking sebab kesibukan yang teramat sangat. Pagi tadi mengalih barang-barang bawah katil anak sebab nak pasang aircon. Asyik komplen bilik dia takde aircon. Katanya bila dah ada nanti nak tidur bilik sendiri :P iye la tu? Harap-harap lepas ni takde la orang menyelit sebelah waktu malam.

Bilik cikgu fahmi pun nak tukar aircon baru juga...:) yang lama tu transfer ke bilik anak setelah di service. Aircon yang lama tu kena main jolok-jolok pulak dia punya kipas. Kalau cikgu fahmi takde, bini dia terpaksa doublekan kerusi, jolok dengan rotan si Aziz...:)) malu je kalau orang nampak. Masa mula-mula masuk rumah ni dah service, tapi sama je jadinya.

Lepas mereka selesai buat kerja installation ni, kakpb kena tukar uniform pulak, jadi bibik/wahaha... mob lantai sebab habok satu rumah sudaaaa!!

9 ulasan:

  1. waaa... sejuklah air-con baru..

    saya ngan husband dua2 kalah air-con dan kipas, kami tidur malam buka tingkap dan langsir luas-luas, tidur dihembus angin malam... nyenyak sampai pagi.

    BalasPadam
  2. takpe la sari kalau rumah tinggi, apartment ke....rumah bawah ni kalau buka tingkap, nak suruh penyamun masuk jwbnya. nyamok pun bermaharajalela..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah... sambil buat kerja rumah dapatlah senaman sikit, keluar juga peluh...sihat!

    BalasPadam
  4. tak pe...anggap senaman...huhuhu....

    BalasPadam
  5. Mesti lena tidur nanti..icon dah baru

    BalasPadam
  6. wah!! mesti rasa excited ni kan??hehehehe

    BalasPadam
  7. tun pun sama mcm kak sari, tido buka tingkap.. hihi..xde la luas2, cukup utk biar udara circulate je.. nasib baik kt tingkap ada mosquito net, kalau x sure byk serangga masuk jugak. hihi

    BalasPadam
  8. kite memang tak reti nak tdo dalam bilik ekon. selalunya kite on ekon sejukkan bilik je. pastu bile nak tdo, off semula, pasang kipas je. kalau tdo dlm ekon, habis kulit jadi kering.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)