Tengoklah tu, entah apa kenama bendalah ni......tanya kat hubby dia geleng kepala....nak tanya kat penjual nanti tak membeli, segan pula. Hubby kata, spesis kerang juga kot.
Siput sedut agaknya yang telah di buang cengkerang. Kak pb dan anak tak berani makan. Tapi masa kecik-kecik dulu, arwah tok biasa masak lemak cili api dengan keladi siput ni. Sedap aje kak pb makan, mungkin masa tu tak kisah sebab tak berapa kenal jenis-jenis siput.
Ketam suri yang banyak ketika ini, sekilo RM18 kira murah lagi bagi orang semenanjung kan? Tapi di sini, mereka kata mahal, boleh dapat RM13 atau RM15 dan masih hidup lagi.
Sejak menetap di Sabah ni, kerap sangat makan udang. Macam mana nak elakkan eh? Udang kan banyak kolestrolnya.......asal pergi pasar je taksah kalau tak beli udang. Ni tak perasan pula berapa hengget......mahal kot......biasanya paling mahal yang kami tengok RM25 sekilo. Itu yang baik punya. Mungkin ni lebih lagi mahalnya....
Akhirnya, ini saja yang kami beli, ikan yang pelbagai jenis, cuma ikan kerapu jadi pilihan. Sembang dengan penjual tu, hubby tanya, takde ke ikan sulik (kita orang suka sangat ikan tu, lembut dan manis bila di goreng dengan kunyit hidup) Katanya setengah nelayan menggunakan bom untuk memukat ikan dan ikan akan kelihatan sedikit lebam, tulang pula patah-patah. Ish...kena berhati-hati kalau beli ikan lepas ni, jangan fikir nak murah saja. Ikan di atas tu RM10 sekilo, cukuplah....
Kalau bercuti ke Sabah, haruslah melawat pasar besar KK ni.......hehe....pasar pun nak tengok eh. Boleh je nak bungkus bawa balik, ada di sediakan bekas berisi ais dan harganya mengikut kecil atau besar kotak. Pekedai akan tolong bungkus dengan plastik, masuk kotak dan ikat. Kita cuma bayar je......hehe....wajiblah bayar kan?
Sekali tengok gambar yang atas sekali tu, macam cendawan je. :)
BalasPadamAbang Mus kalau KK memang 'wajib' dia melawat Pasar Ikan KK tu, pernah masa kakcik tak ikut, dua kotak besar dia bawa balik ikan segar.
kita geram kat ketam ngan udang tu.. Kat sana udang besar macam tu berapa ringgit sekilo.
BalasPadam@kakcik
BalasPadamRamai yg suka melawat pasar KK ni kakcik, yg dah selalu datang pun nak jugak tengok lagi.
@ibundo
BalasPadamIkut harga pasaran biasanya dlm RM25 keatas...jgn geram je, mai la sini.
salam kak PB..
BalasPadamkerangan kat atas tu bentuknya sama mcm logo shell tu kan kak PB.. siput apa ye namanya.. siput kapis ke apa.. sy pun tak berapa tau juga... tp bestkan kat sana hasil laut segar & murah dari kat semenanjung...
@MaDiHaA a.k.a Ratna
BalasPadamW'slm Madiha...mmg segar, sediakan ongkosnya je:-)
salam zana...
BalasPadamkat tempat akak dulu ada pasar sabah... ikan segar dari sabah sgt fresh dan jenis2 ikannya memang pelik dan kaler2nya serupa cam dalam gambar.... saya selalu beli ikan2 kat situ... malangnya tak tahu nama ikan tu sebab x pernah jumpa kat sini!! memang sedap dan lembut je isinya bila di goreng....
rindu kat pasar tsb pasar tu dah ditutup!!!
Kak Zana, sy terkejut bile ketam2 kat Sabah boleh dpt harge semurah RM13 sekilo. Mmg betul kak, klu sekilo RM18 ketam tu...berebut org nak membeli. Ikan2 tu gak, mmg unik. Colorful. Kat sini mane de spesis mcm tu.
BalasPadamCume 1, nape la nak bom ikan? Sedih lak sy rs. Nanti membunuh anak2 yg kecil jugak. Klu ikan pupus, generasi anak2 kite takkan berpeluang lagi nak mkn ikan laut mcm nie. Huhuhuhu.....
Di sana memang terkenal seafood dia fresh kan zana. Untunglah tinggal di sana dapat makan yg fresh selalu...
BalasPadamwaduh x tahan nengok semua seafood tuh esp. ketam n udang tuh..mesti freshkan..perghh!!
BalasPadamkak, besarnya udang tu.segar bugar lak tu..bestnyer.. seronoknye tgk.
BalasPadamalahaiii freshhnyer semua...
BalasPadambesarnya udang! seronoknya ada bekalan seafood fresh sepanjang masa. saya pun tak boleh tahan kalau tengok udang besar-besar mcm tu, mesti nak beli jugak walaupun sikit. aihhh.....sedapnya udang...
BalasPadamSalam k.Zana.freshnya udang, ikan dan ketam tu.murah pula harganya. sy kalau pergi pasar suka betul nak memilih ikan....geram tengok yg fresh..
BalasPadamuiiii meriah nyerrrr... best nyer kalu dpt msk yg fresh2 ni peerrrghhh
BalasPadamsemuanya fresh2 bilalaa saya nak sampai kat sana.. geram tgk...
BalasPadamgeram tengok ketam dan udang udang tu
BalasPadamsiput sedut tu bila dah dilonggok banyak2 macam tu ,saya rasa geli pulak..hehee
BalasPadambaru boleh komen..
BalasPadam