my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ketua Mathematic, choral speaking


Minggu ni anak bujang kakpb agak sibuk nampaknya. Dengan latihan menari setiap hari sabtu, letih tau ibu, katanya. Hinggakan nak ajak shopping bila sabtu dan ahad pun macam menolak je. Kemudian cikgu lantik dia sebagai ketua mathematic untuk tahun 4 bagi minggu ni. Kalau nak diikutkan takde la rajin mana buat latihan math kat rumah. Manjang kena bebel baru nak ambil buku. Itu pun tak sampai satu jam dah angkat punggung. Sabar je la......

Baru-baru ni bawa balik kertas 3 keping, katanya masuk Choral Speaking. Apa tu? Zaman ibu mana ada benda tu semua. Bercerita dengan irama dalam Bahasa Inggeris, gitulah kalau tak silap. Ibu cuma tolong betulkan sikit2 je sebutan tu sebab ibu bukannya fasih sangat. Ramai yang masuk pertandingan tu dan kena hafal ceritanya, macam hafal skriplah ye....dua tiga hari cikgu latih dah boleh hafal separuh cerita. Cuba kalau ibu dan ayah yang suruh, alamat kering tekak ni......nanti kejap, nanti kejap alasannya.

Harap-harap dengan memasuki pertandingan dan apa-apa aktiviti sekolah akan menjadikan dia sedar yang dia berbakat dalam banyak bidang. Bagusnya dia jarang menolak jika cikgu yang minta ambil bahagian.


10 ulasan:

  1. salam kak zana .. berbakat besar anak kak zana ni .. x apa boleh diasah dan dibentuk biar lagi banyak keluar bakat2 semulajadi ... mana tau nanti ada bakat suara la pulak kan hihi... bangganya ibu ...

    BalasPadam
  2. Salam kak,
    wah...kecik2 lagi ada bakat tu...

    zaman sy skolah pun x smpt nak buat choral speaking tu...elok sy abis skolah...bende tu pun jdi pemes kat skolah...hehe....

    budak2 nie biasa la kak...klau cegu suruh tu...mmg laju jer....klau maknya...sama la jawapan mcm anak akak tu....bila maknya dah jadi mcm singa...! ha...bru nak begerak memasing....hehe....

    BalasPadam
  3. Masa tumpang solat di biliknya hari tu, kakcik nampak bayak piala yang Aziz dapat. Itu tandanya dia memang budak cerdik. :)

    BalasPadam
  4. asslm Kak Zana...biase la bdk2 bile cikgu dia ikut..tp bile mkbpk ckp seribu kali pon lum tntu nk dgr..hihi..tp nmpknye anak akak tu mcm bijak orgnye..

    BalasPadam
  5. @Wani
    W'slm wani...oh tidak menyanyi, suka2 boleh la. Tapi dia mmg suka seni, mungkin bakat turun dari atok nenek dia.

    BalasPadam
  6. @Asyifa Mustaffa
    W'slm syifa, sama la kita dulu2 pun gitu jugak....liat nak belajar kalau disuruh.

    BalasPadam
  7. @kakcik
    Alhamdulillah kakcik, piala tu dari dia tadika hingga sekarang. Itupun separuh dlm almari.

    BalasPadam
  8. @Qasey Honey
    harap2 bijaknya hingga ke peringkat remaja dan bukan bijak yg tidak diingini.

    BalasPadam
  9. masa kite sek menengah dlu pun ada jugak ikut choral speaking, sampai peringkat negeri. kuikuikui....(nak jugak masuk bakul). ingatkan bile besar ni pandailah englishnya. rupenye dah berkarat. sebenarnya masa kecik2 mcm ni la nak latih budak2 supaya berani ke depan.nanti dia dah biasa, takda masalah dah.

    BalasPadam
  10. @Nuwairani Ismail
    berbakat jugak la nani ni...hehe...masuk bakul angkat sendiri takpe, bangga boleh angkat.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)