my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Perempuan pakai lipstik tu 'bidak'

Apa perasaan kaum ibu jika anaknya sendiri tidak suka dengan penampilan ibunya? Rasa marah, kelakar, tak kisah? Terkedu.....

Dah banyak kali kak pb dengar dia bersuara, tak berkenan dengan perempuan yang berlipstik. Dia tanya kak pb, cantik ke pakai macam tu? Ish....dalam hati kak pb, budak ni.....kecik-kecik dah pandai menilai orang cantik ke tidak. Tapi bukanlah dia tujukan pada ibu dia.....hehe......bila mata dia terpandang kat kaca tv, iklan Wawa Zainal dengan pelembap bibir tu.

"Kenapa? Ibu pakai lipstik pun tak cantik ke?" nada si ibu macam kecil hati pun ada.
"Ibu ni tak cantik, jadi.....ibu kenalah pakai juga untuk kelihatan cantik di mata ayah, takkan ibu nak selekeh, nanti ayah pandang orang lain pulak...." panjang lebar ibu membela diri.

"Aziz tak kata ibu la......tu...perempuan yang pakai lipstik tebal-tebal tu. Ibu pakai tak macam tu kan?" seolah memujuk hati ibu, takut ibu kecil hati agaknya.

Sebenarnya ibu tak kecil hati pun. Sebab memang ibu pakai lipstik nipis je, kekadang macam tak pakai pula. Hubby selalu tegur, pakai la tebal sikit......haha...mintak maaf la, dulu-dulu masa remaja pun kak pb ni tak suka berlipstik tebal. Kalau guna warna merah terang, bertahun nak habis.

Tapi anak ibu mungkin tak tahu. Ibu ni sebenarnya suka sangat bermake up. Tanyalah brand apa di pasaran yang ibu tak beli. Loreal....Maxfactor (suka sangat jenama ni dulu)...Revlon....Maybeline...Mac...Body Shop....itu tak termasuk jenama dari Malaysia. Cuma ada jenama seperti Avon dan kategori seperti Mustika Ratu yang ibu allergi. Pernah muka bengkak kerana mencuba krim Avon. Mata bengkak kerana mencuba eyeshadow apa tah, dah lupa. Hubby kata kak pb ni kena guna jenama international.....hehe....mesti korang menyampah kan?




Kak pb rasa  kan......dia suka dengan Wawa Zainal ni. Asal keluar je iklan ni mesti dia kata 'bidak'.
 "tengok la nanti makwe/bini Aziz macam mana orangnya", dia sengeh je......


nota : 'bidak' tu buruk atau hodoh kata orang Sabah.




13 ulasan:

  1. Selamat pagi Zana,
    make-up nipis nampak simple & manawan sebenarnya, tapi yang penting wajah bebas dari sebarang kekotoran, jeragat dsb, nampak lawa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat ptg Amie....mmg zana suka simple tp menarik n memuaskan hati.

      Padam
  2. assalamualaikum zana...menawan menarik bila pakai make-up tu cantik..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm mama....betul tu, menarik utk suami..

      Padam
  3. kak pb, saya suka lipstick warna pekat. huhuhu!

    BalasPadam
  4. hahaha..kecik2 dah pandai. owh, fes time saya dengar pasal bidak tu..

    BalasPadam
  5. assalammualaikum kak zana...

    baru sempat nak bw selepas "bertapa"...
    Sejak saya kahwin dgn orang Sabah,baru saya tau "bidak'tu apa....hehehe
    Mula-mula kawin,perkataan tu yg selalu kuar kat molot hubby kalo dia mengomel tentang perut dia yg semakin membesar.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm liza....suami org Sabah ye? Mesti bnyk yg liza tau bahasa sabah.

      Padam
  6. Salam kak pb.. ooo.. bidak tu hodoh ye.. tun jenis yg mmg pakai lip-balm bila keluar rumah. kdg2 dlm umah pun tenyeh lip-balm gak. kalau lipstick tu mmg susah nk habis. tp suka jugak kalau pakai. hihi... ada satu lipstick kawan bagi kaler merah hati, maybelline, cantik kaler dia, tp tu laa, dh 3 tahun tak habis2 pun. pakai sikit2 atas lib-balm.

    BalasPadam
  7. W'slm Tun...apa org Sarawak tak sebut bidak ke? kak pb ingatkan sama dgn Sabah...
    Akak dah lama tak belii kaler merah, rasa mcm nak juga satu lps ni..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)