my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Asam rebus ikan putih


Ikan putih ni kakpb beli minggu lepas dan ini yang terakhir dalam stok. Nak digoreng, nipis sangat ikannya, jenis yang kecil. Confirm lepas goreng jadi mengecut, alahai.....banyak mana la dapat isi ikan tu. Akhirnya kakpb buat asam rebus simple je. Kalau orang Johor kata, singgang tapi biasanya letak kunyit kan?

Cikgu fahmi suka kuah takde kunyit begini. Sedap buat hirup-hirup katanya. Baguslah, senang kerja si isteri, main campak-campak je. Cuma ni kakpb tumis sikit, bagi naik bau.




ASAM REBUS IKAN PUTIH
oleh: @blogsurirumah

2 ekor ikan putih yang sedang besarnya
sedikit halia, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 btg serai, titik
1/2 labu bawang besar, belah-belah
1 biji tomato, belah-belah
Air asam jawa secukupnya
Sedikit gula melaka
garam

Tumis halia, bawang putih hingga naik bau.
Masukkan air asam jawa, gula merah, tomato dan garam.
Setelah mendidih, masukkan ikan.
Siap! lawankan dengan sambal belacan di cicah dengan kacang bendi...huhu...


14 ulasan:

  1. Salam. Sedap hirup-hirup kuahnya. Kalau bundo, bundo titikkan cili api dua tiga biji bagi naik rasa. mmmmmm...sedap.

    BalasPadam
  2. Kakcik kalau buat asam rebus, tak pernah letak gula merah. :)

    BalasPadam
  3. @ibundo
    Heh....zana letak sbnrnya tapi lupa nak tulis.e

    BalasPadam
  4. @kakcik
    Ni mak cikgu ajar, org kelantan mcm tu kot..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Zana,

    EEEmmmm sedapnya Zana.... nanti boleh la Kak Ros cuba masak resepi ni,tengah dok tak selera makan nih he.he.he....

    BalasPadam
  6. sedapnya kalau dapat hirup kuah asam rebus ni kak tapi kalau masak gini saya suka meratah ikan juga..hehe

    rep: ok kak nanti free saya tunjukkan gambar acuan silikon tu yer..sorry sgt dulu akak pernah tanyakan tapi terlupa dah nak tunjuk...ampunnn...:)

    BalasPadam
  7. Suka menu begini, penyediaannya mudah, hasilnya sedap dan menyihatkan!

    BalasPadam
  8. suka masak ikan camni..sy pgl singgang..hehe.. :)

    BalasPadam
  9. Banyak resepi zana menepati citarasa tekak keluarga kakak tau.. Kakak sekeluarga juga suka masak cara ini tapi kakak tak tumis..

    BalasPadam
  10. tak pernah mkn ikan tu dlm keadaan segar bugar (bkn hidupnye..) tapi yg dah diawetkan dgn garam...pjg lgi mukadimah, hihihihi....senang cerita ikan kering....

    sedap ikan ni sebenarnya...
    kalau nk derhaka lagi dlm masakan singgang@asam rebus tu..campakan lah segenggam daun kesum dgn bunga kantan....pastu boleh lah bersilang tangan hirup sama2 dgn c.fahmi....ceeewahhh...

    BalasPadam
  11. kita suka singgang.. mesti makan dalam pinggan mungkum, kuah kasi banjir, hehe

    BalasPadam
  12. Kak, ikan putih ni ikan laut ke atau ikan putih yg hidup kat sungai/paya/ bendang tu?

    BalasPadam
  13. baru semalam makan singgang ikan kayu. kuah begini memang sedap kalau ada sambal belacan dgn ulam.

    BalasPadam
  14. Ini namanya makanan untuk sihat. Ari2 pun takpe..suka2x

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)