my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

AYAM HITAM KISMIS

Assalammualaikum semua, dah selesai beli kain untuk baju raya semalam. Tinggal nak hantar kat rumah tukang jahit, orang Johor juga. Kak pb dah taknak tukar tukang jahit lain. Kakak ni pun boleh bertolak ansur dan tak berkira sangat. Semalam cari nombor talipon dia.......aduhai...tak jumpa pulak. Kena pergi direct kerumah dia nampaknya.

Ok, ni resipi yang kak pb masak semalam. Rajin tau, pepagi dah ke dapur.....:D (sebab cikgu fahmi dah kenyit-kenyit mata :P ajak keluar) Kebetulan adik ipar pun ada sama, sukalah cikgu fahmi dapat mengasah lidah dia yang ketandusan loghat Kelate tu :)



Kali pertama kakpb letak prop begitu, cuma cili merah dan daun sadri =)) orang lain tak heran pun..

AYAM HITAM KISMIS
oleh: blogsurirumah
sumber: Alaf21 (buku Kompilasi Masakan Ayam)

Bahan-bahan:
500 gm ayam - dipotong 6 bahagian (kakpb guna sebelah ayam)
200 gm kerisik
80 gm kismis
20 gm bunga lawang
20 gm kulit kayu manis
10 gm bunga cengkih
2 sudu besar kicap pekat
1 liter air
Minyak untuk menumis
Garam

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara Membuatnya :
1. Ayam di goreng separuh masak (ni kak pb ubah sikit, garam kunyit baru goreng)
2. Tumiskan bahan yang telah di kisar halus, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih hingga naik baunya.
3. Masukkan kerisik, kismis dan air.
4. Masukkan ayam dan kicap. Masak hingga pekat dan sebati serta ayam masak elok.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Jika nakkan kuah lebih, jangan masak sehingga kering.

nota kakpb: kalau makan lauk ni, kalau terkunyah cengkih tu, biarkan je...:D  obat mulut berbau!


17 ulasan:

  1. Mesti sedap sebab ada kismis ye zana. Kakak tak pernah bubuh kismis. lain kali bolehlah cuba sebab anak-anak kakak suka kismis..

    BalasPadam
  2. Salam kak zana. terima kasih sudi jenguk dapuraulad yg tak seberapa. Selamat berkenalan juga, insyaAllah saya ke sini lagi nanti, nak intai kak zana masak apa hihi..

    BalasPadam
  3. salam kak zana... laaa, cik hubby ore kelate ko? hihiihii
    Liza pernah jugak buat lauk ni masa belum jd bloggger dulu, anak2 n cik hubby suka lauk ni, sesuai mkn ngn nasi berperisa kan...

    BalasPadam
  4. hiasan ala makan hotel la kak pb :)

    BalasPadam
  5. assalam kak zana..
    walaupun dgn sedikit sentuhan/hiasan.. terus makanan nampak lebih menarik kak! tentu rasanya pun sedap juga ni....

    BalasPadam
  6. Sedapnya kak! Konon pagi td sy mkn berat. Tak nak mkn tengahari ni. Tp lauk akak ni menggoda selera sy!

    BalasPadam
  7. @Nor
    Sama-sama Nor, alah blog biasa je, cerita campur2.

    BalasPadam
  8. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    W'slm Madiha...alhamdulillah sedap, licin:-)

    BalasPadam
  9. K.zanaaaa...atie bawak nasi lam pinggan ni,nk mintak ayam hitam kismis sikitttttt :D

    BalasPadam
  10. ucu datang bawak cc. oren ni...hehehe..

    selalu ucu msk kicak stail jawa..
    kali ni nk ikut k.zana pnya resepi lah pulak....

    BalasPadam
  11. Salam k.Zana.ayam kicap tak pedas gini sesuai utk anak2.tukang jahit dpt yg sesuai mmg dah tak tukarkan...apatah lagi yg tak berkira.
    re; stew daging biasa masak perlahan...lama tp kalau periuk biasa kena masak dg api sed..

    BalasPadam
  12. @Mamasya
    Bukan utk budak2 je, org tua pun suka:-)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)